Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Van der Sar masih di ICU tapi stabil lepas alami pendarahan otak

Jul 12, 2023 | 1:47 PM
KEADAAN STABIL: Edwin van der Sar dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan otak semasa bercuti di Croatia pada 7 Julai.
KEADAAN STABIL: Edwin van der Sar dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan otak semasa bercuti di Croatia pada 7 Julai. - Foto fail

LONDON: Edwin van der Sar masih menerima rawatan rapi tetapi tidak berada dalam keadaan “bahaya yang mengancam nyawa” selepas mengalami pendarahan di otak, kata isterinya Annemarie van Kesteren.

Bekas penjaga gawang Manchester United berusia 52 tahun itu dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) di Croatia pada 7 Julai semasa bercuti.

“Edwin masih dalam unit jagaan rapi tetapi beliau berada dalam keadaan stabil. Setiap kali kami melawatnya, beliau dapat berbicara.

“Kami perlu menunggu dan sabar untuk melihat bagaimana keadaannya akan berkembang. Beliau tidak berada dalam keadaan bahaya yang mengancam nyawanya,” kata van Kesteren dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelam Belanda Ajax Amsterdam.

Van der Sar meletak jawatan sebagai ketua eksekutif Ajax pada Mei selepas kelab itu menduduki tempat ketiga dalam liga Belanda dan gagal layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2009.

Beliau pernah bermain untuk United, Ajax, Juventus dan Fulham sebagai penjaga gawang dan telah membuat 130 penampilan bagi negara asalnya, Belanda.

Van der Sar bersara selepas meninggalkan United pada 2011 dan menyertai lembaga pengarah Ajax pada 2012 sebelum menjadi ketua eksekutif kelab itu pada 2016.

Beliau bermain 266 kali bagi United dan membantu kelab itu memenangi empat Liga Perdana dan satu Liga Juara-Juara pada 2008. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg