Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Verstappen menang Grand Prix Brazil, Norris raih tempat keenam

Nov 4, 2024 | 2:50 PM
Max Verstappen daripada Red Bull meraikan kemenangan di podium selepas memenangi Grand Prix Sao Paulo.
Max Verstappen daripada Red Bull meraikan kemenangan di podium selepas memenangi Grand Prix Sao Paulo. - Foto REUTERS

SAO PAULO: Max Verstappen meraih kemenangan dalam perlumbaan Grand Prix Brazil meskipun hujan lebat dan terdapat beberapa siri kemalangan pada 3 November.

Ia memberinya peluang untuk bangkit daripada tempat ke-17, sekali gus menghidupkan semula usahanya merebut kejuaraan Formula Satu (F1) yang keempat berturut-turut.

Pemandu Red Bull itu memperolehi kelebihan apabila perlumbaan dihentikan buat seketika, menjuarai perlumbaan di hadapan Esteban Ocon dan Pierre Gasly daripada Alpine.

Sementara itu, pesaing utama Verstappen, Lando Norris, hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keenam untuk pasukan McLaren.

Kemenangan itu merupakan kejayaan pertama bagi Verstappen sejak perlumbaan Grand Prix Sepanyol pada Jun 2023.

Beliau kini mendahului kejuaraan dengan kelebihan 62 mata dengan baki tiga perlumbaan pada musim ini.

“Kamu tahu apa maknanya? Suatu yang sangat memuaskan,” kata Verstappen di radio pasukan ketika melintasi garisan penamat.   

George Russell daripada Mercedes berada di tempat keempat dengan Charles Leclerc daripada Ferrari di tempat kelima.

Manakala Oscar Piastri daripada McLaren berada di tempat ketujuh. 

Yuki Tsunoda daripada RB Racing berada di tempat kelapan dengan rakan sepasukan Liam Lawson di tempat kesembilan dan Lewis Hamilton mengisi 10 tempat teratas. 

Bagi Verstappen, keadaan huru-hara, hujan lebat, dua kereta keselamatan yang dikerahkan dan beberapa siri nahas akan diingati sebagai salah satu kemenangan terbesar dalam keadaan cuaca hujan.

Dalam keadaan yang mencabar, Verstappen mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemandu terbaik dalam F1 dengan kelebihan masa 19.5 saat di tempat pertama, dalam 26 pusingan terakhir perlumbaan.

Pemandu dari Belanda itu bermula di tempat ke-12, tetapi diturunkan ke tangga ke-17 kerana dikenakan penalti akibat melebihi had enjin dengan menggunakan enjin baru untuk perlumbaan itu.

Verstappen berkata:

“Emosi saya seperti menaiki rollercoaster, dengan kedudukan saya bermula di tempat ke-17, saya tahu ini akan menjadi perlumbaan yang sukar.

“Saya dan pasukan saya berjaya mengelakkan masalah, kekal tenang dan meluncur laju. Semua ini menjadikan kemenangan ini satu kenyataan.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg