Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Verstappen pecah rekod selaku pemenang perlumbaan 10 kali berturut-turut

Sep 04, 2023 | 05:41 PM



MONZA (Italy): Max Verstappen menempah nama dalam buku sejarah Formula Satu (F1) setelah memenangi perlumbaan ke-10 berturut-turut selepas menjuarai Grand Prix Italy.


Pemandu Red Bull asal Belanda itu sekali gus memecahkan rekod dengan kemenangan perlumbaan terbanyak secara berturut-turut – ia juga merupakan kemenangannya yang ke-12 pada musim ini.

Juara dunia bertahan F1 itu menguasai litar Monza di utara Italy dengan rakan sepasukannya, Sergio Perez, menduduki tempat kedua.

Sungguhpun Carlos Sainz daripada pasukan Ferrari memulakan perlumbaan di petak pertama, beliau tidak dapat menyaingi kepantasan Verstappen dan dipintas pada pusingan ke-15, lantas meranapkan impian Ferrari merangkul kejuaraan di gelanggang sendiri.

Dengan itu, ia melebarkan kedudukan Verstappen ke atas Perez selaku pendahulu Grand Prix (GP) kepada 145 mata dan juga mengekalkan rekod pasukan yang sempurna dengan 14 kemenangan GP pada musim ini.

Beliau berkata: “Saya tidak pernah terfikir pada awal musim bahawa perkara seperti ini mungkin berlaku. (Saya) sangat bangga, tetapi juga sangat gembira dengan perlumbaan ini secara umum.

“Pada satu ketika Carlos mengalami sedikit masalah yang memberi saya peluang di selekoh dua dan apabila saya mendahului, saya hanya boleh fokus pada rentak saya sendiri.”

Verstappen mendahului perlumbaan dengan perbezaan 11 saat di hadapan Sainz, walaupun Sainz beraksi secara cemerlang dalam perlumbaan yang menarik.

Sainz menamatkan perlumbaan di tempat ketiga untuk penampilan podium pertamanya pada musim ini, manakala rakan sepasukan Charles Leclerc mendapat tempat keempat.

Ketua Red Bull, Christian Horner, menyatakan rekod itu semestinya bermakna bagi Verstappen.

“Kami mencipta sejarah dan bukan selalu anda dapat peluang melakukannya,” jelas beliau.

Pemandu terbaik seperti juara dunia tujuh kali Michael Schumacher dan Lewis Hamilton tidak pernah mencapai kemenangan perlumbaan 10 kali berturut-turut dalam puncak kerjaya mereka.

Schumacher mencatatkan tujuh kemenangan perlumbaan berturut-turut pada 2004 manakala Hamilton mencatatkan lima kemenangan perlumbaan secara berturut-turut pada 2014 dan 2020.

Sebastian Vettel adalah pemandu yang paling hampir menyamai rekod Verstappen setelah mencatatkan sembilan kemenangan perlumbaan secara berturut-turut pada 2013.

Dalam pada itu, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, menyatakan bahawa beliau tidak terpegun dengan pencapaian Verstappen.

Beliau berkata: “Bagi saya rekod seperti ini tidak relevan. Ia tidak relevan semasa zaman kegemilangan Mercedes. Saya tidak tahu berapa banyak perlumbaan yang kami menang secara berturut-turut.

“Saya tidak tahu yang terdapat perkiraan bagi bilangan perlumbaan secara berturut-turut yang anda menang.”

Pasukan kendaliannya merangkul lapan gelaran pasukan terbaik secara berturut-turut dari 2014 hingga 2021.

Beliau turut akur Red Bull mungkin dapat memenangi setiap perlumbaan musim ini – pencapaian yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pasukan sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >