Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Verstappen sukar ditandingi: Ketua Mercedes Toto Wolff

Buat kenyataan lepas pemandu Red Bull itu juarai Grand Prix Jepun
Apr 15, 2024 | 05:31 AM



NAGOYA: Ketua pasukan Mercedes perlumbaan kereta Formula 1 (F1), Toto Wolff, menjangka pelumba Red Bull, Max Verstappen, sukar dikejar musim ini.


Ini selepas Grand Prix Jepun yang berlangsung pada 7 April menyaksikan pelumba kelahiran Belgium itu menang perlumbaan tersebut, mengatasi rakan sepasukannya, Sergio Perez.

“Tiada siapa akan dapat menyaingi Max tahun ini (2024),” kata Wolff selepas kemenangan Verstappen di litar Suzuka.

“Cara beliau memandu dan keretanya memang hebat.

“Anda boleh lihat cara beliau kendalikan tayarnya. Musim ini memang tentang yang terbaik berbanding yang lain dan itulah persaingan yang perlu sentiasa dihadapi,” kata Wolff.

Kemenangan Verstappen sebenarnya sudah dijangka memandangkan beliau menang dua perlumbaan sebelum itu – di Bahrain pada 2 Mac dan Arab Saudi pada 9 Mac.

Jika tidak kerana masalah brek, mungkin juga Verstappen memenangi perlumbaan di Australia pada 24 Mac. Perlumbaan itu dimenangi Carlos Sainz daripada pasukan Ferrari.

Memang ramai pesaing Verstappen sudah menjangka keputusan sejauh ini.

Apatah lagi Verstappen bersama Red Bull telah menguasai perlumbaan F1 sejak pertengahan musim 2022.

Beliau melangkah ke musim ini berbekal kejayaan baik yang dicapai musim sebelumnya.

Biasanya apabila sesebuah pasukan dan pemandu mempunyai rekod baik dalam satu tahun itu, sudah pasti mereka serba sedikit akan dapat menguasai sedikit perlumbaan musim selanjutnya.

Yang pasti ramalan sesetengah pihak bahawa akan ada persaingan sengit daripada pelumba lain seolah-olah tidak wujud musim ini.

Namun, Verstappen dan Ferrari berasa akan wujud persaingan hebat daripada pasukan lain.

“Ada kegenjotan dalam perlumbaan di Melbourne. Tapi apa yang kami lakukan di litar Suzuka, itulah yang ingin kami capai setiap hujung minggu.

“Musim perlumbaan masih lama lagi sebelum berakhir. Saya tidak mahu fikirkan tentang baki musim perlumbaan kali ini. Saya hanya ingin menghampiri perlumbaan satu per satu,” kata Verstappen.

Beliau menambah: “Akan terdapat litar yang mungkin menyebelahi kami.

“Apabila kami berlumba di litar yang kami selesa, kami perlu mengambil kesempatan dan cuba mendapatkan mata maksimum sebagai sebuah pasukan, dan itulah yang akan kami cuba capai.

“Apabila kami berada di litar yang mungkin dianggap sukar sedikit, kami perlu memaksimumkannya, kerana akan ada pasukan lain yang ingin cuba menang juga,” katanya.

Selepas pasukan Red Bull tewas satu-satunya perlumbaan di litar Singapura pada 2023, Verstappen menganggap litar jalan raya lebih sukar.

“Melihat pada sejarah, litar jalan raya biasanya lebih sukar buat kami.

“Tapi saya fikir yang kereta kami sudah bertambah baik, apabila dipandu pada kelajuan rendah.

“Di litar jalan raya ia bukan tentang kelajuan rendah sahaja, malah sudut bagi kereta membelok, jalan yang tidak rata,” tambahnya.

Di belakang Red Bull sekarang ialah Ferrari.

Pasukan lumba McLaren pula di kedudukan ketiga paling pantas, sementara kedudukan Mercedes dan Aston Martin masing-masing keempat dan kelima.

Ferrari juga merupakan kereta kedua terpantas pada akhir 2023, dan pada musim ini persaingan mereka semakin sengit dan hampir dengan Red Bull.

Pasukan itu diwakili Charles Leclerc dan Carlos Sainz.

“Kami memang sudah bertambah baik dari sudut kereta yang digunakan. Seperti contoh, ia dapat dilihat semasa perlumbaan di Suzuka, Jepun.

“Kami mungkin belum sepantas Red Bull semasa di perlumbaan Suzuka, tapi apabila kereta kami terus bertambah baik, saya harapkan kami dapat capai apa yang diinginkan,” kata Sainz.

Beliau menambah: “Secara keseluruhannya, kami terus bertambah baik. Kami juga lebih fleksibel semasa berlumba, berbanding tahun lalu (2023).”

Seperti Ferrari, McLaren juga menunjukkan kemampuan yang hebat. Malah di perlumbaan Suzuka, McLaren menduduki tempat ketiga.

Meskipun begitu, kereta mereka masih tetap sukar menyaingi kelincahan kereta Red Bull pada masa kini.

Perlumbaan selanjutnya akan berlangsung pada 21 April di Litar Antarabangsa Shanghai, China. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >