Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Verstappen tewas selepas kereta terbakar

Mar 25, 2024 | 03:24 PM



Prestasi baik dan luar biasa pasukan Red Bull selama dua tahun berakhir dalam Grand Prix Australia pada 24 Mac, selepas juara dunia Formula Satu (F1) Max Verstappen melakukan hentian pit kerana bahagian belakang keretanya terbakar.

Akibatnya, Verstappen terkeluar awal daripada perlumbaan itu.

Pelumba Belanda yang mencatat sembilan kemenangan berturut-turut itu juga mengalami masalah brek pada pusingan keempat, dua tahun selepas kekalahan terakhir beliau dan Red Bull kerana masalah mekanikal kereta pada perlumbaan di Albert Park pada 2022, lapor The Straits Times (ST)


Kekuatan pasukan Red Bull telah membantu Verstappen memenangi tiga kejuaraan pemandu sebelum ini, dan dua kejuaraan pasukan berturut-turut.

Kekalahan Verstappen adalah detik menyedihkan bagi pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes itu, yang kini hanya empat mata di depan pasukan Ferrari dalam kedua-dua kejuaraan.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Ferrari Carlos Sainz, dengan rakan sepasukannya, Charles Leclerc, di tempat kedua.

Sergio Perez, naib juara di belakang Verstappen di Bahrain dan Arab Saudi, berada di tempat kelima bagi Red Bull.

“Kami semua adalah satu pasukan dan DNF (tidak menamatkan perlumbaan) ini menyakitkan bagi semua. Ia satu perkara untuk dijadikan iktibar. Dua tahun kami tidak menghadapi DNF disebabkan masalah mekanikal, dan ia adalah luar biasa,” kata ketua pasukan Red Bull Christian Horner.

“(Ia) luar biasa selepas tiga perlumbaan, beliau masih mendahului kejuaraan walaupun dengan DNF ini”, tambah Horner ketika bercakap mengenai Verstappen.

Verstappen berkata keretanya baik-baik sahaja semasa pusingan pembentukan, tetapi brek kanan belakang tersangkut sejak permulaan perlumbaan.

Perez pula mengadu keretanya menimbulkan masalah sepanjang hujung minggu lalu.

Horner berkata Perez mungkin tidak sedar keretanya mengalami kerosakan apabila melepasi Fernando Alonso daripada pasukan Aston Martin semasa perlumbaan.

“Beliau kehilangan banyak daya tekanan daripada lantai kereta,” tambah Horner.

Kemudian “kemerosotan tayar kereta menjadi lebih teruk dan kami tidak begitu baik pada penghujung perlumbaan, dan ini ciri agak luar biasa bagi kereta kami”, tambahnya.

Ferrari meraikan mata maksimum, dengan Leclerc turut mencatat pusingan terpantas.

Perez berkata Ferrari “benar-benar” mempunyai rentak untuk menang, walaupun jika Verstappen kekal di landasan sehingga tamat perlumbaan.

“Ia adalah hujung minggu yang sangat teruk,” tambah pemandu Mexico itu.

Rasa duka mungkin lebih teruk dirasai pesaing Mercedes.

Dengan Lewis Hamilton turut terkeluar awal daripada perlumbaan dan George Russell tersingkir lewat, Mercedes mengalami DNF berganda pertama dalam perlumbaan F1 dalam tempoh lima tahun, menambah lagi suasana suram pada awal musim.

Juara dunia tujuh kali, Hamilton, bertahan 17 pusingan di Melbourne sebelum keretanya terhenti disebabkan kegagalan enjin, manakala Russell terbabas dan masuk ke kawasan batu kerikil pada selekoh enam, sebelum merempuh pengadang pada penghujung perlumbaan.

Ia adalah DNF berganda pertama bagi Mercedes sejak Hamilton dan Valtteri Bottas keluar awal daripada saingan, setelah menghadapi masalah teknikal pada Grand Prix Austria 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >