Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Wahyudi akan isi kekosongan selepas 'pemergian' Ichsan

Jul 03, 2022 | 08:31 AM



BEKAS pesilat Indonesia Wahyudi Lukman bakal menyertai kakitangan jurulatih dalam pasukan nasional silat negara, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Wahyudi, 34 tahun, akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih silat negara, Allahyarham Mochammad Ichsan Nur Romadhon.



Wahyudi mewakili pasukan silat Indonesia sehingga 2016 dan pernah merangkul pingat perak di Kejohanan Pencak Silat Sedunia 2012.



Beliau menjadi rakan sparring pasukan negara baru-baru ini, selama beberapa bulan, sebelum mereka ke Sukan SEA Hanoi, Vietnam Mei lalu dan turut mendampingi skuad Singapura ke temasya sukan itu.



Allahyarham Mochammad Ichsan meninggal dunia menyusuli satu kemalangan jalan raya di Bali pada lewat Mei lalu.



Nahas itu berlaku sekitar dua minggu selepas Allahyarham membantu pesilat acara tanding Singapura membawa pulang tiga pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa dari Sukan SEA Hanoi, Vietnam Mei lalu.



Keseluruhannya, pasukan silat Singapura menang besar dengan empat pingat emas, tiga pingat perak dan empat pingat gangsa - pencapaian paling cemerlang dalam temasya sukan serantau itu.



Dalam satu laporan Berita Harian (BH) awal bulan lalu, Persisi berkata ia telah mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga ahli silat Indonesia bagi menggantikan Allahyarham.



Ketiga-tiga mereka berusia antara 31 dengan 33 tahun dan merupakan rakan sparring kepada para pesilat nasional.



Mengulas pemilihan Wahyudi sebagai jurulatih barunya, Sheik, dalam satu wawancara bersama Berita Minggu (BM) baru-baru ini, berkata:



"Kami menerima banyak calon dari Indonesia yang berminat untuk menjadi jurulatih pasukan silat Singapura. Tapi, Wahyudi adalah yang terbaik sebab dia mengenali gaya, budaya dan pesilat kami.



"Dia sudah tahu jangkaan saya terhadap jurulatih dalam pasukan nasional. Mereka tidak boleh malas, harus kekal bersedia dan memberikan usaha 100 peratus pada pemain. Dia sudah tahu cara kami beroperasi."



Sheik menambah bahawa Wahyudi dijangka menyertai pasukan silat negara kira-kira dua minggu mendatang, setelah keperluan visanya untuk bekerja di sini diluluskan.



Namun, beliau tidak akan menyertai skuad nasional ke Kejohanan Pencak Silat Sedunia di Melaka, Malaysia pada hujung bulan ini.



Buat masa ini, pasukan silat negara di bawah bimbingan jurulatih Muhammad Fiqri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >