PENUH AZAM
Tiada halangan yang lebih besar yang dapat menghalang mereka beraksi dalam sukan seperti yang dibuktikan atlit kurang upaya dari Thailand ini.
SOKONGAN KELUARGA
Atlit menembak negara, Faridah Salleh, mendapat sokongan anggota keluarga semasa beraksi di APG yang lalu.
DETIK PENUH INSPIRASI
Srikandi menembak, Aishah Samad menyambut obor di upacara pembukaan di Stadium Tertutup Singapura pada 3 Disember lalu.
JATUH, BANGUN BALIK
Pemain bola keranjang berkerusi roda negara, Michael Lee, dibantu bangun oleh pemain Laos, Sybone Keosouthip.
SORAKAN LUAR BIASA
Atlit Team Singapore yang beraksi dalam kesemua 15 cabang sukan yang dipertandingkan mendapat sokongan hebat daripada warga setempat sepanjang APG ini.
‘BERSUKAN’ JUGA
Jika ada yang belum tahu, catur adalah antara 15 sukan yang dipertandingkan di APG ini. Singapura menampilkan lima atlit bagi sukan ini.
SIAPA LEBIH CEPAT?
Atlit Singapura, Lieu Teck Hua bersaing dengan peserta Myanmar, Tint Naing, dalam perlumbaan pecut 100 meter (T42).
‘RATU’ TEMASYA
Kehadiran penyokong negara-negara peserta lain seperti ‘jelitawan’ dari Thailand ini memeriahkan lagi suasana sepanjang APG.
SEMANGAT WAJA
Sekalipun tidak menang pingat, skuad goalball negara termasuk Nazarudin Abd Razak dan Marc Chiang berjuang hebat di medan pertandingan.
CUBA-CUBA
Kanak-kanak ini adalah antara lebih 600,000 warga setempat dan pengunjung asing yang mencuba pelbagai permainan dan tarikan di karnival sukan yang diadakan sempena APG ini.