Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Yeo Jia Min menang selesa perlawanan pembukaan

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Walaupun terpaksa menunggu dua jam untuk membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik, pemain badminton Singapura Yeo Jia Min mengatasi pemain nombor 92 dunia dari Mexico, Haramara Gaitan, dengan selesa untuk menang 21-7, 21-10 dalam masa 25 minit dalam perlawanan pembukaan Kumpulan K perseorangan wanita di Musashino Forest Sport Plaza semalam.



Dengan kuis yang cekap dan smesy yang tajam, Yeo, 22 tahun, tidak dapat dihentikan menentang Gaitan sedang beliau memulakan kempen Tokyo 2020 dengan cemerlang.



Pemain nombor 30 dunia itu akan bertemu pemain nombor 18 dunia dari Korea Selatan, Kim Ga-eun hari ini untuk menempah tempat ke pusingan kelompok 16 pesaing.



Yeo telah menang tiga daripada empat pertembungan terakhir menentang Kim, yang menewaskan Gaitan 21-14, 21-19 pada Sabtu lalu.



Dalam perseorangan lelaki, rakan senegara dan pemain nombor 42 dunia Loh Kean Yew turut mengalami penangguhan selama 20 minit dalam perlawanan pembukaan beliau malam kelmarin namun kekal fokus untuk mencatat kemenangan pertamanya di Tokyo 2020.



Loh, 24 tahun, mengalahkan atlet pelarian Aram Mahmoud 21-15, 21-12 dalam masa 32 minit di Musashino Forest Sport Plaza kelmarin.



Loh akan bertemu pemain nombor 7 dunia dari Indonesia, Jonatan Christie untuk menentukan siapa daripada Kumpulan G yang layak ke pusingan kelompok 16 pesaing.



Christie menewaskan Mahmoud 21-8, 21-14 pada Sabtu lalu.



Menentang Loh, pemain Syria itu berjaya mendahului kedudukan di awal kededua permainan.



Tetapi, apabila Loh menjumpai rentaknya, beliau dapat menghuru-harakan Mahmoud di gelanggang dengan mudah dan mencari peluang untuk meraih mata.



Christie akan memberi cabaran yang lebih sukar untuk Loh dengan pemain berusia 23 tahun itu adalah juara bertahan perseorangan lelaki di Sukan Asia.



Beliau juga terdorong mencapai kejayaan, bermain di temasya sukan yang ditunda akibat pandemik koronavirus, untuk memperingati abangnya yang meninggal dunia disebabkan penyakit itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >