PALERMO (Italy): Pemain tenis China Zheng Qinwen memenangi kejuaraan WTA pertamanya pada Ahad dengan menewaskan pemain Italy Jasmine Paolini dalam final gelanggang tanah liat di Palermo.
Pemain berusia 20 tahun itu, yang menduduki tangga ke-26 dalam senarai pemain wanita dunia, menang menerusi kiraan 6-4, 1-6, 6-1 ke atas lawannya yang menduduki tangga ke-52 dalam ranking wanita.
Ia perlawanan akhir kedua Zheng selepas menduduki tempat kedua di Tokyo pada 2022, dan merupakan kemenangannya yang ke-20 tahun ini.
Pemain itu menjadi wanita China ke-11 memenangi kejuaraan perseorangan WTA dan yang kedua pada 2023 setelah Zhu Lin menewaskan Hua Hin di Thailand pada Februari.
“Saya memenangi perlawanan WTA pertama saya di sini, dan kini kejuaraan WTA pertama saya juga di sini.
“Jadi kemenangan ini memang amat-amat instimewa bagi saya. Ini adalah kejuaraan WTA 250 pertama saya dan akan saya ingat sepanjang hayat,” ujar Zheng, yang melangkah ke final selepas menewaskan pemain Mesir Mayar Sherif dalam perlawanan separuh akhir yang memakan masa lebih tiga jam. – AFP.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg