Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI BOLA SEPAK SETEMPAT

Zulfahmi tunda bulan madu kerana beri tumpuan pada kerjaya

Oct 01, 2017 | 05:30 AM



ALAM perkahwinan dikatakan mampu mematangkan diri seseorang jika ia dapat dipupuk dengan baik oleh pasangan suami isteri.



Justeru, mahligai yang dibina oleh pemain bola sepak negara, Zulfahmi Arifin, bersama isterinya, Cik Hanan Fathi, baru seminggu lalu telahpun dirancang dengan penuh teliti dengan menitik beratkan masa yang akan diluangkan bersama.



"Sebelum kami berdua melangkah kaki dan beralih ke alam perkahwinan, saya dan isteri banyak berbincang tentang masa hadapan kami sebagai suami isteri.



"Kami akur bahawa tentunya banyak cabaran yang harus ditempuh terutama dari segi masa bersama, namun kami bersetuju akan mengekalkan persefahaman yang telah kami semai sebelum berkahwin," kata Zulfahmi, 26 tahun.



Sebagai pemain bola sepak skuad Singapura, Zulfahmi, yang juga merupakan pemain kelab Hougang United, perlu memperuntuk masanya bagi latihan serta perlawanan yang akan disertainya setiap minggu.



Jadual pekerjaan Cik Hanan yang mengikut syif pula menyukarkan lagi keadaan bagi mereka berdua meluangkan masa bersama.



Disebabkan itu, menurut Zulfahmi, mereka jarang berjumpa sebelum berkahwin.



Perkara yang dinyatakan suaminya itu turut diakui Cik Hanan yang menyifatkannya sebagai sesuatu perkara yang telah diterima dan membiasakan diri dengannya.



"Semasa zaman 'dating', kami memang sudah biasa dengan hanya berjumpa sekali dua dalam seminggu.



"Kami berdua sangat faham akan jadual pekerjaan kami yang kadangkala berbeza, jadi bagi saya, saya sudahpun dapat menerimanya sebelum berkahwin," kata Cik Hanan, 28 tahun, yang bertugas sebagai pakar penjualan di sebuah butik barang kemas di Lapangan Terbang Changi.



Tidak seperti kebanyakan pasangan mempelai baru lain yang akan terus berbulan madu sejurus selepas majlis persandingan mereka, Zulfahmi dan Cik Hanan terpaksa menangguhkan perancangan bercuti kerana waktu yang tidak mengizinkan.



Tiga hari selepas perkahwinan mereka, Zulfahmi harus menumpukan perhatiannya pada membantu kelab 'The Cheetahs' mengharungi persaingan dengan pasukan dari Filipina, Global-Cebu FC, dalam peringkat separuh akhir Piala RHB Singapura.



Bagi Cik Hanan, beliau tidak berasa kecewa atau sedih kerana faham akan tanggungjawab yang perlu dipikul suaminya yang kini menjadi pencari nafkah utama keluarga.



Sifat memahami dan prihatin ini menjadi antara perkara yang amat dihargai pemain pertahanan negara itu.



"Alhamdulillah, setakat ini kami masih menyesuaikan diri hidup berpasangan dan menjadi lebih matang dalam menguruskan kehidupan berkeluarga.



"Saya juga bersyukur kerana mendapat isteri yang sering memberi sokongan kepada kerjaya saya dan juga berdikari... kini kehidupan saya lebih terjaga," ujar Zulfahmi sambil tersenyum melihat ke arah isterinya.



Walau apa pun, mereka berdua bersepakat agar cabaran ini tidak akan menjejas perancangan mereka mendirikan rumah tangga dan membesarkan keluarga bersama di tempat tinggal baru mereka di kawasan Edgedale Plains di Punggol.



Mengongsi tentang perancang masa hadapannya, Zulfahmi berkata beliau masih menyimpan hasrat mahu meningkatkan lagi kerjayanya dalam bola sepak agar dapat menjadi pemain yang lebih baik.



Biarpun berita tentang pemotongan pembiayaan yang akan diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) musim depan menimbulkan kekhuatiran kelab setempat dan juga pemain, Zulfahmi yang telah menyarung jersi skuad Singa sejak 2011 enggan membiarkan berita itu menjejas tumpuannya pada matlamat utamanya.



"Saya cuba tidak memikirkan sangat tentang perkara ini, kerana saya percaya pintu rezeki sentiasa akan terbuka... lebih-lebih lagi apabila sudah mendirikan rumah tangga ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >