Penulis dan penerbit tempatan, Maria Mahat, bakal melancarkan buku terbarunya, Mana Satu Pilihan Zara? Batik, Songket atau Pelekat?, karya yang pasti menarik perhatian pembaca cilik.
Sebelum ketibaan Ramadan, kedai-kedai kain dikunjungi pelanggan untuk membeli kain bagi dipakai pada lebaran nanti. Kawasan Kampong Glam menjadi tumpuan pelanggan di Singapura tetapi ada juga yang