Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

15,300 syarikat di sini jalani transformasi walau Covid-19

Usaha dijangka jana nilai $18.4b, 22,000 pekerjaan bagi golongan PMET; lebih ramai pemimpin niaga sedar keadaan tidak akan kembali seperti sebelum Covid-19: Chun Sing
Feb 06, 2021 | 05:30 AM



DI tengah-tengah suasana mencabar dek pandemik Covid-19 tahun lalu, sebanyak 15,300 syarikat menjalankan projek transformasi dengan sokongan pemerintah - 54 peratus lebih tinggi berbanding 2019.



Ini dijangka menjana nilai sebanyak $18.4 bilion dan 22,000 pekerjaan bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dalam tahun-tahun akan datang.



Mengulas tentang usaha transformasi perniagaan itu semalam, Menteri Perusahaan dan Perdagangan, Encik Chan Chun Sing, berkata lebih ramai pemimpin perniagaan kian sedar keadaan tidak akan kembali seperti sebelum Covid-19.



"Jika pemimpin perniagaan kita percaya keadaan akan kembali seperti biasa, mereka kurang cenderung untuk melakukan perubahan struktur yang penting kepada model perniagaan, operasi dan bahkan dasar sumber manusia mereka.



"Tetapi bagi semakin ramai yang sedar hari-hari sebelum Covid-19 tidak akan kembali, mereka akan mempergiat usaha transformasi untuk memastikan mereka kekal berdaya tahan dan berdaya saing dalam ekonomi yang sudah berubah," kata Encik Chan.



Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai pencapaian agensi Enterprise Singapore (ESG) bagi tahun lalu.



ESG berkata ia telah menyokong 15,300 syarikat dalam projek untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi, serta meluaskan perniagaan ke luar negara tahun lalu.



Syarikat itu kebanyakannya daripada sektor runcit, perdagangan borong, perkilangan, perkhidmatan makanan dan perkhidmatan profesional.



Sebanyak 14,800 perusahaan telah menjalani projek peningkatan daya penghasilan dan peningkatan keupayaan tahun lalu - satu kenaikan 78 peratus berbanding 2019.



Sebanyak 600 syarikat pula telah menjalani projek inovasi, untuk membangun produk dan huraian baru bagi merebut peluang semasa pandemik ini, atau meningkatkan daya saing mereka bagi tempoh jangka masa panjang.



Selain membantu perniagaan menjalani transformasi, ESG tahun lalu giat menghulurkan sokongan kepada perusahaan mengharungi Covid-19.



Agensi itu bekerjasama dengan institusi kewangan untuk meluluskan pinjaman bernilai $18 bilion bagi 21,000 syarikat.



Sebanyak 87 peratus penerimanya merupakan syarikat mikro dan kecil, kebanyakannya daripada sektor perdagangan borong, pembinaan, perkilangan, perkhidmatan profesional, dan runcit.



Sedang Singapura berharap ekonomi global akan melihat tanda-tanda pemulihan dalam pertengahan kedua tahun ini, situasi ekonomi kekal tidak menentu, kata Encik Chan.



Ini disebabkan risiko jangkitan yang masih boleh menular, tekanan geopolitik dan peralihan kepada rantai penghasilan dan bekalan.



"Ini bermakna sedang kita terus menyokong perniagaan, kita tidak boleh berbuat demikian sewenang-wenangnya.



"Sokongan kita akan semakin tertumpu dan disasarkan untuk membantu perniagaan membangun keupayaan baru, serta mengembang dan merebut peluang dan menembusi pasaran baru," kata Encik Chan.



Pengerusi ESG, Encik Peter Ong, semalam menjelaskan pendekatan yang akan diambil ESG tahun ini untuk membantu perniagaan menjalani perubahan dan merebut peluang baru.



Antaranya, agensi itu akan menyokong usaha untuk membina keupayaan baru bagi membantu syarikat terus meluaskan perniagaan ke luar negara, serta memanfaatkan inovasi.



"Dari sudut sektor, kami melihat permintaan dalam bidang pertumbuhan baru seperti perkilangan lanjutan, agroteknologi dan pendidikan teknologi," kata Encik Ong.



Syarikat juga perlu terus bersedia untuk merebut peluang dalam pasaran baru, termasuk di China dan Asia Tenggara, yang ekonominya kini sedang pulih.



Tahun lalu, sebanyak 1,600 syarikat telah meneruskan dengan usaha pengembangan di luar negara, termasuk syarikat pendidikan Kowabunga Global yang menubuhkan pejabat penjualan di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Syarikat yang diasaskan pasangan suami isteri Encik Muhammad Taufiq Yahya dan Cik Suliani Mohd Noor pada 2007 itu kini memiliki 14 pusat jagaan pelajar dengan sekitar 1,500 pelajar.



LAPORAN LANJUT: Firma pendidikan manfaatkan sokongan Enterprise SG untuk menyerantau ke M'sia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >