Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

160 badan manfaat 'kejuruteraan untuk kebaikan'

Demi masyarakat, Engineering Good pindah randah tiga kali, sedia 3,500 komputer riba untuk golongan memerlukan
Dec 15, 2020 | 05:30 AM



CABARAN yang beliau dihadapi sepanjang tahun ini begitu di luar dugaannya. Bukan hanya pejabatnya perlu berpindah-randah sebanyak tiga kali malah, kesibukannya menyebabkan masa bersama keluarga juga terhad.



"Memang betul-betul gila. Apabila sekatan pemutus rantaian jangkitan (CB) bermula, kami mulakan satu usaha kecil-kecilan untuk menyediakan 24 komputer riba kepada sebuah Pusat Khidmat Keluarga (FSC).



"Dalam tempoh 10 bulan ini, kami telah menyediakan hampir 3,500 komputer riba untuk lebih 160 pertubuhan masyarakat!



"Kami telah berpindah pejabat sebanyak tiga kali dalam masa empat bulan untuk memenuhi keperluan yang meningkat tak henti-henti.



"Ini tak termasuk saya juga berpindah rumah pada awal tahun ini... bermakna saya telah berpindah banyak kali dalam seumur hidup!," kata Encik Johann Annuar, semasa diwawancara Berita Harian baru-baru ini.



Encik Johann, 46 tahun, merupakan Pengarah Eksekutif pertubuhan tidak mencari untung, Engineering Good, yang pejabatnya di Kerbau Road di kawasan Litte India, menawarkan komputer riba terpakai yang telah dibaikpulih untuk dimanfaatkan golongan tidak berkemampuan.



Beliau telah menawarkan diri sebagai calon Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



Menurut bapa dua anak perempuan berusia lapan dan sembilan tahun itu, antara Januari hingga Disember ini, pertubuhannya telah menerima 4,821 komputer riba dan jumlah itu terus meningkat.



Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,433 komputer riba telah dibahagikan kepada mereka yang memerlukan.



Usaha membaik pulih komputer ini tambah beliau, dijayakan oleh kira-kira 300 sukarelawan yang bersinsing lengan dengan petugas Engineering Good.



Semasa wawancara itu, Encik Johann, yang merupakan penyokong kuat kelab bola sepak Manchester United itu, juga mendedahkan bahawa pandemik Covid-19 ini menjejasnya dengan cara yang agak berbeza.



"Sebelum Covid-19, saya sebenarnya lebih kerap bekerja dari rumah tetapi keperluan masyarakat menjadi keutamaan jadi inisiatif komputer riba kami mengambil sepenuh masa dan tenaga saya sejak CB," ujarnya yang dikenali sebagai seorang yang kurus dan riang itu.



Encik Johann merupakan seorang jurutera elektrikal dan elektronik.



Sejak menyertai Engineering Good sejak enam tahun lalu pada 2014, telah menyandang pelbagai jawatan penting.



Beliau gemar berbasikal dan telah mengayuh merentasi Turkey hingga New Zealand dalam masa 18 bulan.



Beliau merupakan anggota Pasukan Pendakian Gunung Everest Singapura pada 1998.



Beliau juga pernah menganggotai Lembaga Pengarah pertubuhan perubatan antarabangsa, Medecins Sans Frontieres (MSF - Doctors without Borders).



Dalam kesibukannya membantu golongan memerlukan, apakah beliau punya masa lapang?



"Apabila tempoh pemutus litar berlaku, kami benar-benar memberi tumpuan dalam membantu kanak-kanak mendapatkan komputer riba yang diperlukan, dan mereka inginkannya secepat mungkin kerana HBL (Pembelajaran Dari Rumah) seharusnya berjalan sehingga bulan itu sahaja.



"Semasa sebulan (setengah) pertama, saya dan sekumpulan sukarelawan kami bekerja sehingga jam 1-2 pagi setiap hari, termasuk hujung minggu! Disebabkan Covid-19, kami perlu mendapat kelulusan khas untuk bekerja," ceritanya dan menambah sejak kebelakangan ini mereka lebih peka untuk bekerja dan pulang sebelum 8 malam.



"Saya tidak membuka komputer riba pada hari Ahad. Sepenuh masa itu ditumpukan kepada keluarga yang saya abai semasa bulan-bulan pertama Covid-19, jadi jika anda bertanya tentang masa 'saya' yang boleh diluangkan... mungkin sejak seminggu selepas menidurkan anak, saya dapat tonton episod baru Star Trek?," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >