Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

192 negara sertai Expo 2020 Dubai

Ekspo itu akan kongsi amalan dan huraian dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, keusahawanan, inovasi dan teknologi
Oct 01, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS ditunda akibat Covid-19 tahun lalu, Expo 2020 Dubai kembali bagi menghimpunkan 192 negara, termasuk Singapura, bagi mengongsi amalan dan huraian dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan dan keusahawanan serta inovasi dan teknologi.



Ekspo itu, yang dilancarkan semalam, akan mula menerima pengunjung awam hari ini.



Ia akan berlangsung hingga 31 Mac tahun depan dan diharap menerima lebih 25 juta pengunjung.



Duta Besar Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Singapura, Encik Jamal Abdulla AlSuwaidi berharap UAE dapat menarik ramai pengunjung antarabangsa untuk menikmati pelbagai pavilion yang memberikan tumpuan seperti iklim, air, perbandaran, kesihatan dan pelancongan dan perhubungan.



Dengan tema 'Alam Semula Jadi, Memelihara, Masa Depan', Pavilion Singapura di ekspo itu menggabungkan seni bina dan alam semula jadi, yang bertujuan memaparkan perjalanan Singapura menuju pertumbuhan, kemampanan dan daya tahan.



"Sebagai Duta Besar UAE ke Singapura, saya gembira melihat Pavilion Singapura yang akan menawarkan pengalaman yang cukup menarik kepada jutaan pelawat antarabangsa yang akan ke Dubai untuk melihat dan menikmati sendiri pengalaman itu," kata Encik Jamal, apabila ditanya oleh Berita Harian (BH) mengenai penyertaan Singapura.



Dalam ucapannya semasa acara pranonton media bagi Pavilion Singapura Selasa lalu, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata penyertaan Singapura dalam ekskpo itu merupakan komitmen Singapura untuk bersikap terbuka dan berhubung dengan seluruh dunia selain ingin menjadi sebahagian pertukaran idea dan inovasi global.



Pavilion itu mencontohi dan mencermin visi Singapura untuk menjadi 'Kota dalam Alam Semula Jadi', dengan integrasi pintar reka bentuk, teknologi dan alam semula jadi.



Diadakan setiap lima tahun, ekspo itu merupakan satu acara bagi setiap negara menunjukkan teknologi dan seni bina yang terbaru.



Di sebalik sekatan pergerakan yang masih dilaksanakan di negara-negara, penganjur ekspo itu menetapkan sasaran menarik seramai 25 juta pengunjung.



Ekspo itu adalah acara terbesar diadakan di dunia Arab yang diharap dapat merangsang ekonomi dan sektor pelancongan. Berbilion dolar telah dilaburkan bagi mengadakan acara itu secara UAE memenangi bidaan bagi menganjurkan pameran antarabangsa itu pada 2013.



Tapak ekspo itu adalah seluas 900 stadium bola sepak yang dihiasi dengan seni bina menarik dari negara-negara di dunia.



Tahun lalu, ekonomi UAE susut 6.6 peratus disebabkan pandemik Covid-19.



Dengan langkah menarik lebih banyak pelaburan dan membantu perniagaannya, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara itu untuk mencapai 3.1 peratus tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >