Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

5 bintang 'jiwa emas' Hollywood pilihan warganet

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN berkedudukan sebagai selebriti ternama yang disanjung peminat dari merata dunia, beberapa bintang bergemerlapan di Hollywood ini dianggap cukup merendah hati dan baik budi.



Mereka luangkan masa buat peminat memerlukan, tidak menyombong bahkan buat baik dengan pekerja pembersihan dan pelayan restoran.



Sebilangannya mempunyai yayasan kebajikan sendiri untuk digerakkan bagi menguar-uarkan misi kemanusiaan.



Siapakah lima selebriti 'Jollywood' (diambil daripada frasa 'jolly good' yang bermaksud girang dan baik hati) pilihan warganet yang disenaraikan laman More?



Ed Sheeran beri kejutan manis di hospital, majlis kahwin peminat...



Penyanyi kelahiran Halifax di United Kingdom, Edward Christopher Sheeran, 30 tahun, yang mesra dengan panggilan Ed Sheeran, dikenali kerana lagu cinta yang menyentuh jiwa.



Perfect, Happier dan Castle on the Hill adalah antara lagu dendangannya yang mampu membuat si pendengar terbuai atau berjurai air mata.



Beliau adalah bintang kaya raya yang disenaraikan majalah perniagaan terbilang Forbes sebagai selebriti terkaya di tangga kesembilan dunia malah mempunyai nilai bersih £200 juta ($368.6 juta).



Namun, bapa seorang anak kecil ini gemar memberi kejutan manis buat peminat sebelum pandemik melanda dengan melawat mereka di hospital atau muncul di majlis kahwin bagi memberi ucapan tahniah.



Laman BuzzFeed melaporkan Sheeran pernah ke majlis hari lahir seorang wanita, Jess Wright, di hospital, setelah wanita itu bersedih tidak dapat ke konsertnya kerana sakit.



Beliau juga membantu seorang jejaka melamar temanitanya yang berjuang dengan penyakit barah otak.



Sheeran juga pernah memberi kata-kata perangsang buat kanak-kanak yang gagap agar tidak mudah berputus asa.



Oprah tidak lelah dengan kerja amal



Pada usia 67 tahun, pengacara ikonik Oprah Winfrey, yang juga seorang penerbit, pelakon, penulis dan dermawan, tidak pernah jenuh dengan amanah dan misinya membantu ramai.



Beliau dianggap pemurah kerana gigih menyumbang kepada badan amal. Bagi setiap rancangan sembang yang diacarakannya, hadiah kerap diberikan kepada penonton.



Kata-kata perangsang berdasarkan kegetiran hidup yang pernah beliau alami sebagai mangsa penderaan seksual ketika kecil sering dimuatkan dalam buku tulisannya.



Buku motivasi What Happened To You?, What I Know For Sure dan The Path Made Clear: Discovering Your Life's Direction and Purpose adalah antara hadiahnya buat mereka yang masih mencari arah tuju dalam hidup.



Kecekalan menjadi temannya dan beliau sering menggalakkan peminatnya agar memberi seberapa yang mereka mampu menerusi rancangan Oprah's Big Give dan siri jualan amal barangan yang diminati beliau seperti cawan kopi dan baju panas di laman Amazon.



Taylor Swift ringan tangan membantu



Penyanyi Taylor Alison Swift, 31 tahun, menjadi idola ramai gadis remaja kerana gaya fesyen, kata-kata motivasi serta keupayaannya mengarang lagu yang dekat di hati ramai yang lalui asam garam bercinta.



Pelantun lagu You Belong With Me dianggap peka dengan keperluan peminatnya dan mengambil berat jika mereka dalam kesusahan.



Baru-baru ini, beliau menderma AS$15,500 ($20,993) kepada peminatnya yang berusia 19 tahun setelah mendapat tahu gadis itu menjaga ibunya yang koma sejak tiga tahun lalu.



Beliau juga penderma dan penyokong tetap badan amal kanak-kanak, Make-A-Wish Foundation, yang mengotakan impian kanak-kanak yang bertarung dengan penyakit kronik di 50 negara.



Swift juga pernah menyalur wang buat mangsa banjir, ribut angin dan Covid-19 di Amerika. Hadiah buat pekerja barisan hadapan tidak putus-putus diberi.



Dalam notanya buat jururawat penerbangan, Britta Thomason:



"Saya berterima kasih kepada anda kerana gagahi pandemik ini untuk berada di barisan hadapan... saya terinspirasi dengan nyala rasa anda membantu pesakit."



Kegemarannya juga adalah menderma buku kepada perpustakaan buat kanak-kanak memerlukan.



Keanu Reeves peka dan tidak lokek



Pelakon francais filem cereka sains, The Matrix, Keanu Charles Reeves, 57 tahun, dikatakan pernah menyumbang wang AS$20,000 ($27,080) kepada kru belakang tabir filem The Matrix apabila mendapat tahu lelaki itu mempunyai masalah kewangan keluarga.



Reeves juga menghadiahkan motosikal Harley-Davidson buat setiap pelakon aksi nekad yang membantunya dalam babak mencabar.



Beliau banyak merahsiakan budi baiknya tetapi sumber rapatnya mendedahkan Reeves sering menyumbang kepada hospital kanak-kanak berpenyakit kronik.



Malahan, sebuah yayasan buat kanak-kanak ini dibangunkan demi meringankan beban keluarga mereka.



Angelina Jolie terajui kerja kemanusiaan



Jolie, 46 tahun, bukan sahaja pelakon yang komited tetapi seluruh jiwa raganya dilaburkan buat kerja kemanusiaan di merata dunia.



Dalam satu wawancara bersama majalah Vogue, beliau menceritakan tentang kunjungannya ke negara yang parah dilanda peperangan dalam misi bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



"Saya sebenarnya belajar daripada perjuangan golongan pelarian ini tentang nilai keluarga, daya tahan, harga diri dan penakatan," jelasnya.



Beliau, antara lain, adalah utusan khas agensi pelarian PBB dan pengasas Inisiatif Mencegah Keganasan Seksual Dalam Konflik serta perintis Kempen 'Draw Me To Safety With War Child UK' yang membantu anak-anak di negara yang mula bangkit daripada peperangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >