Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara berbasikal amal 'Habibi 500' jaya kumpul $25,370

$10,700 untuk Rumah Kebajikan Muhammadiyah, baki $14,670 untuk Shine Children and Youth Services
Oct 19, 2021 | 05:30 AM



KEADAAN diri yang kurang sihat dan hujan lebat tidak mampu mematahkan semangat Encik Muhammad Idris Alkhatib dan rakannya, pengembara ulung negara, Encik Khoo Swee Chiow, melangsungkan acara berbasikal 'Habibi 500' untuk tujuan amal pada 9 dan 10 Oktober lalu.



Dorongan mereka menjadi lebih galak bila memikirkan derma yang terkumpul akan disalurkan ke Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) dan Shine Children and Youth Services.



Semasa berita mengenai acara berkenaan pertama kali dilaporkan akhbar ini pada 28 September lalu, Encik Muhammad Idris, 46 tahun, berkata beliau mensasarkan sebanyak $5,000 sahaja untuk RKM.



Namun selepas berakhirnya acara berbasikal sejauh 502.29km atau sebanyak 32 pusingan di Tanah Merah Coastal Road itu, jumlah sumbangan derma yang diterima mencapai jumlah di luar dugaannya - mencecah $25,370 - atau lebih lima kali ganda daripada sasaran.



Dari jumlah tersebut, Encik Muhammad Idris berjaya mengumpulkan $10,700 untuk RKM dari seramai 80 penderma menerusi wadah Giving.sg untuk RKM.



Mengongsi berita baik itu dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, Encik Muhammad Idris mengaku tidak menjangkakan usahanya mendapat sokongan sebaik itu.



"Rancangannya adalah untuk mengumpulkan $5,000 (sahaja) kerana saya menjangkakan sukar untuk orang menderma semasa pandemik ini, tetapi kemurahan hati kawan-kawan sememangnya melampaui dugaan. Saya benar-benar bersyukur, Alhamdulillah," katanya.



Bukan itu sahaja, berkat kesungguhan mereka juga menyaksikan acara dapat ditamatkan dengan masa yang jauh lebih pantas, dalam tempoh 25 jam 40 minit - berbanding 30 jam yang ditetapkan pada awalnya.



"Kami rancang untuk menamatkan acara ini dalam 30 jam, kerana menjangkakan berlaku beberapa kerumitan disebabkan rabdomiolisis tetapi badan saya dapat bertahan, menakjubkan," katanya lagi.



Rabdomiolisis berlaku apabila badan tidak mampu menanggung pergerakan fizikal melampaui daya tahannya sehingga menjejas saraf serta buah pinggang dan boleh membawa maut.



Pasukan kecemasan disediakan Ciclo E Caffe dan Bike Doctors demi memastikan acara berbasikal untuk amal ini dijayakan dengan baik.



Beliau juga mendedahkan turut berjaya mengumpulkan $6,675 sementara pasangannya, Encik Khoo, pula berjaya mengumpulkan $7,995 dari keseluruhan $14,670 derma untuk Shine Children and Youth Services.



"Kesemua wang yang dikumpulkan, disalurkan langsung kepada pertubuhan-pertubuhan ini," kata Encik Muhammad Idris, yang bertugas sebagai pengarah urusan Wiz Werx serta pengasas Habibi Cyclist itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >