Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN: Ejen rumah ubah strategi pasarkan hartanah

Adi Mesti Jadi lancar operasi kilat media sosial

Wabak Covid-19 menjejas teruk urus niaga hartanah, lebih-lebih lagi semasa sekatan pemutus rangkaian jangkitan dilaksana. Bagi kebanyakan ejen hartanah, tempoh mencabar itu menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Enggan berpeluk tubuh dan mengharapkan keadaan pulih secepat mungkin, beberapa ejen hartanah meneroka pelbagai cara untuk merancakkan semula urus niaga hartanah. BERITA HARIAN mendapatkan pengalaman beberapa ejen hartanah.
Aug 31, 2020 | 05:30 AM



APABILA sekatan pemutus rantaian jangkitan dilaksana April lalu, urus niaga pasaran hartanah setempat tergenjot serta merta.



Semasa tempoh luar biasa itu, Pengarah Divisyen Kanan ERA Realty, Encik Noor Haidi Abdul Malek mendapati perniagaannya teruk terjejas - hampir tiada urusan selama beberapa minggu.



"Memang apabila tempoh pemutus rantaian jangkitan itu berlangsung, kalimat yang berada dalam fikiran kami adalah, 'Nak makan apa ye?'"



"Perniagaan dan pendapatan kami seolah terhenti buat April dan kami turut mengambil dua hingga tiga minggu untuk membangkit semula," kata beliau yang juga dikenali dengan nama Adi Mesti Jadi



Namun beliau berpandangan, dalam setiap krisis ada hikmahnya.



Justeru, Encik Haidi memerah otak mencari jalan keluar.



Enggan menyerah kepada keadaan, Encik Haidi dan pasukannya berhempas pulas melakar operasi kilat merancakkan semula urus niaga hartanah.



"Kami bergegas melakarkan strategi dalam talian, dan saya fikir, dengan melakukan ini, ia juga bakal memanfaatkan perniagaan kami meskipun setelah tamatnya Covid-19," kata Encik Haidi ketika dihubungi baru-baru ini.



Langkah yang dilaksana termasuk memuatnaikkan kandungan hartanah di media sosial secara kerap, terutamanya di Instagram dan TikTok.



Pasukan itu juga giat mengongsi panduan jual beli hartanah di media sosial serta cara mengelak menghadapi masalah urus niaga.



Encik Haidi juga memberi sasaran kepada ejen-ejen di bawah pimpinannya supaya menghasilkan video bagi mempromosikan ciri-ciri rumah dalam masa tiga hari.



Usaha mereka berbaloi, jumlah penjualannya naik daripada tiga atau empat rumah yang dijual pada April, kembali kepada taraf normal, iaitu sekitar 15 hingga 20 rumah dijual pada Mei.



Beliau juga berkata, ada antara ejen-ejennya turut menyaksikan prestasi niaga yang lebih baik berbanding tahun lalu.



Selain Encik Haidi, isterinya Cik Ayu Yanti turut menyingsing lengan melaksanakan strategi online mereka.



"Oleh kerana kami tidak dibenarkan membuat kunjungan, kami terpaksa bekerjasama dengan penjual untuk membuat penyesuaian dengan menggunakan wadah Zoom, pautan video WhatsApp dan sebagainya.



"Mak cik yang nak jual flat pun ikut buat video dan menggunakan Zoom supaya pelanggan dapat lihat rumah mereka," tambah Encik Haidi.



Bagi Cik Yanti pula, semasa melaksanakan kunjungan dalam talian, beliau meminta penjual supaya menunjuk sekitaran dalam rumah menerusi video agar pembeli mempunyai pandangan yang lebih lengkap.



Selain itu, Encik Haidi juga memberi panduan dalam talian tentang perancangan kewangan berhubung pembelian atau penjualan hartanah kepada pelanggannya.



"Lebih-lebih semasa pandemik ini, kami juga mendapati ramai yang gajinya dipotong, ada yang dihentikan kerja dan ada yang mengalami masalah kewangan.



"Jadi kami sedar akan keprihatinan orang ramai, dan menyiapkan kandungan media sosial mendidik mereka tentang isu-isu hartanah atau memberi nasihat kepada mereka.



"Akaun media sosial kami turut telah menjadi satu ruang untuk orang ramai meluahkan keprihatinan mereka kepada kami."



Cik Yanti pula berkata selain kandungan berkaitan isu hartanah, mereka suami isteri, juga memuatnaikkan kandungan santai seperti kegiatan harian dan bersama keluarga dan rakan sepasukan.



"Ini juga memainkan peranan dalam perusahaan kami, agar orang ramai sentiasa mengingati kami dan kenali kami secara peribadi dan supaya mereka rasa senang untuk bersembang bersama kami."



Namun pasaran hartanah terus tidak tentu, kata Encik Haidi yang berpengalaman selama 18 tahun dalam sektor hartanah.



"Selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan itu berakhir, kami perhatikan ramai pembeli merebut peluang mendapatkan apa jua unit yang dijual dalam pasaran.



"Sekarang kami menyaksikan kekurangan flat yang ada di pasaran kerana ramai pemilik rumah rasa takut untuk menjual rumah mereka.



"Ini kerana mereka takut berupaya mendapatkan rumah baru setelah menjual flat mereka.



"Namun kami berpendapat sebaliknya ini merupakan tempoh yang terbaik untuk menjual rumah kerana permintaan tetap ada, dan penjual berupaya menawarkan harga yang lebih tinggi untuk flat mereka dan mereka berupaya mendapatkan lebih untung."



Menurutnya, ini merupakan satu keadaan yang pelik, bahkan menakutkan juga, kerana ejen hartanah tidak berupaya menerima tawaran oleh pembeli kerana khuatir tidak berjaya mendapatkan rumah ganti buat penjual mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >