Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Afgan atasi gerun renang dalam gua, luncur terbang

Dengan lebih banyak negara menetapkan matlamat hidup dengan Covid-19 lantas membuka sempadan perjalanan udara, masa depan cerah untuk sektor pelancongan mula kelihatan. Beberapa selebriti pula dilibatkan dalam program atau inisiatif yang menggalakkan pelancongan, baik ke negara sendiri atau negara luar. BERITA HARIAN melaporkan.
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI anak seni yang suka mengembara demi menyelami budaya orang asing yang kaya dengan keunikan, penyanyi Indonesia, Afgansyah Reza rindukan peluang menjelajah dunia.



Pandemik banyak mengubah hidupnya di mana beliau rasa terkurung dan kadangkala rimas kerana tidak dapat melangkah ke tempat-tempat di luar Jakarta yang sangat disukainya.



Justeru itu, apabila dilamar untuk menjayakan program realiti kembara saluran AXN, 'AXN Ultimate Challenge Indonesia', merupakan bak pucuk dicita ulam mendatang bagi Afgan, 32 tahun.



Dia dapat ke destinasi indah yang saujana mata memandang di Indonesia.



Ini merupakan peluang untuk berhibur, mencuba kegiatan lasak yang tidak pernah dilakukan sebelum ini di samping mempromosikan tempat menarik di negara tercintanya yang mampu menjadi destinasi ideal pelancong merata dunia.



AXN bekerjasama dengan jenama pelancongan Indonesia, Wonderful Indonesia untuk hasilkan siri mini yang membawa penonton menjelajah tempat-tempat yang mempunyai pemandangan cantik, budaya menawan dan pelbagai keunikan negara Asia Tenggara.



Pengacara rancangan ini adalah Richard Kyle manakala pengembaranya adalah Afgan, penyanyi Isyana Sarasvati, Reza Chandika dan Rara Sekar.



Aksi kembara mereka memang tanpa henti, dari Labuan Bajo ke Mandalika dan Bali.



Pasukan Afgan (bersama Reza) dan Pasukan Isyana (bersama Rara) bertarung ketangkasan.



Siapakah yang menjadi juara? Anda perlu mengikuti sendiri AXN Ultimate Challenge Indonesia yang disiarkan setiap Khamis dan Jumaat.



Sementara itu, ikuti wawancara Berita Harian bersama Afgan, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa yang diselaras AXN.



Soalan (S): Apakah perasaan anda terlibat dalam rancangan ini?



Afgan: Pada mulanya, apabila pihak AXN menghubungi saya untuk program ini, saya teruja sekali.



Pertama sekali, kita dapat mengembara. Saya belum pernah ke salah satu tempat yang ditetapkan untuk rancangan ini. Lantaran itu, saya teruja dapat akhirnya keluar dari Jakarta setelah lama dibelenggu pandemik Covid-19; kita tidak dapat ke mana-mana sebenarnya.



Lagi pun, saya dapat mengembara bersama sahabat baik dalam industri, Isyana, Reza dan Rara. Jadi tak wajar kalau saya menolak peluang ini.



Saya sangat teruja untuk meneroka dan menghayati setiap detik daripada kembara ini.



S: Apakah yang anda pelajari daripada pengalaman terlibat dalam rancangan ini?



Afgan: Pada akhirnya, saya fikir pengalaman ini benar-benar membantu saya membangun kehidupan lebih sihat. Setiap hari, kita perlu bangun sekitar 5 pagi dan lakukan semua kegiatan fizikal dan belajar tentang budaya yang membantu saya menjadi lebih tenang dan damai.



Saya banyak belajar daripada lawatan ini. Tempat-tempat yang dikunjungi merupakan sisi Indonesia yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Justeru, saya belajar lebih lagi tentang negara tercinta saya, Indonesia dan penduduknya.



Ini merupakan pengalaman menakjubkan dan secara serius, saya benar-benar terhibur.



S: Apakah cabaran yang anda hadapi dalam rancangan ini?



Afgan: Ada banyak perkara yang saya tidak pernah buat sebelum ini. Kembara ini memang yang lasak secara fizikal. Masa pengembaraan ini panjang. Kami perlu lakukan hiking atau menjalani denai kembara.



Keadaannya panas dan kering pada tengah hari. Kami buat segala cabaran yang diberikan walaupun saya fikir saya mampu buat lebih baik lagi pada masa akan datang.



Secara serius, ini adalah kali pertama saya buat semua perkara seperti berenang dalam gua dan menyahut cabaran yang diberi.



Pada masa itu, sudah malam dan agak menakutkan sebab saya tidak pernah memasuki gua dan saya sangka kegiatan ini dibuat pada siang hari.



Kami belajar untuk meluncur air. Saya tak mampu buat kegiatan ini langsung. Kemudian, kami perlu berkanu. Kemudian ada semacam kegiatan papan luncur terbang. Itu adalah kegiatan paling saya gemari.



Kegiatan ini seperti meredakan tekanan. Apabila kami berada di udara, saya hanya terpekik kuat dengan pemandangannya memang saujana mata memandang.



Ibarat satu pecutan adrenalin, sesuatu yang saya tidak biasa lakukan sebab saya takutkan ketinggian. Namun, saya memaksa diri saya agar melakukannya.



Saya mahu melakukannya. Sekurang-kurangnya, dalam hidup saya, saya gembira sudah berjaya melaksanakannya.



S: Sewaktu pandemik, adakah anda sempat berjalan-jalan apabila keadaan lebih baik?



Afgan: Saya hanya berkunjung ke Bali dua kali sewaktu pandemik. Saya mempunyai rumah di Bali dan kami hanya duduk di rumah itu sepanjang lawatan tersebut. Tak banyak beza daripada kehidupan di Jakarta.



Lantaran itu, terlibat dalam program AXN ini adalah kali pertama sejak pandemik melanda di mana saya dapat meneroka lebih tempat di Indonesia. Saya kagum dengan kecantikannya khususnya di Labuan Bajo. Menarik sebab ini kali pertama saya ke situ.



S: Apa yang ada di Indonesia yang boleh warga Singapura kunjungi apabila sempadan dibuka untuk ke sana?



Afgan: Ada banyak perkara yang boleh dilakukan di Indonesia dan banyak tempat menarik.



Saya benar-benar menyarankan tempat-tempat yang kami kunjungi di dalam rancangan AXN Ultimate Challenge Indonesia, iaitu Labuan Bajo.



Sangat berbaloi. Anda perlu ke sana. Mandalika di Lombok dan tentunya Bali juga menarik. Tiga tempat ini harus atau wajib dikunjungi.



S: Bagaimana perkembangan muzik anda?



Afgan: Tahun depan, saya mahu hasilkan muzik baru setiap bulan. Saya ingin teruskan jelajah saya lagi, mudah-mudahan di luar Indonesia. Saya rindu membuat persembahan di Singapura dan berjumpa dengan peminat Singapura saya.



Pada tahun 2020, saya tidak keluarkan sebarang muzik baru. Tahun ini, agak lebih baik sebab saya keluarkan album tetapi masih pandemik. Anda tidak dapat mempromosikannya. Anda tidak dapat menyanyi di depan hadirin. Tahun depan, saya ingin lebih berdaya penghasilan tinggi. Sukar tetapi saya pasti tahun depan keadaan lebih baik lagi.



Pengajaran terbesar yang saya pelajari sewaktu pandemik ini adalah tidak mengambil mudah apa sahaja perkara.



Kadangkala saya penat dan tidak memberikan segalanya ketika menyanyi. Hari ini, saya amat merindui detik berada di pentas.



Selepas semua ini tamat dan kita kembali seperti biasa, saya mahu ada di sisi kehidupan saya kini, bersama keluarga dan teman saya. Saya hanya mahu nikmati hidup ini sepenuhnya.



S: Ceritakan tentang khidmat kemasyarakatan yang anda berikan sewaktu pandemik.



Afgan: Buat masa ini, saya dan teman-teman fokus pada usaha menyokong anak-anak yang kehilangan ibu bapa mereka kerana jangkitan Covid-19.



Kami ingin menyediakan dana buat mereka meneruskan pelajaran di sekolah dan meraih kehidupan yang sempurna. Kehidupan mereka memang sukar.



Nota: AXN Ultimate Challenge Indonesia disiarkan pada 8.30 malam di saluran AXN pada Khamis dan Jumaat serta penstriman langsung di saluran YouTube AXN Asia setiap Sabtu, 9 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >