Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Anjur program belajar Al-Quran secara percuma

Feb 18, 2022 | 05:30 AM



DEMI untuk memastikan masyarakat Islam di sini celik Al-Quran, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) terus membimbing pelajar serta asatizah setempat untuk mendalami ilmu agama dan pembelajaran Al-Quran mereka.



Sejak ditubuhkan pada 2006, hampir 500 pelajar telah mengikuti program mereka, dan kebanyakannya diadakan secara sambilan; samaada dalam kelas atau sesi diadakan dalam talian dengan kerjasama tujuh masjid dan dua persatuan Melayu/Islam setempat.



Antara program dakwah yang dianjurkan Pergeraq adalah Program Pensijilan, Program Pengayaan, Program Al-Quran serta Projek Kemasyarakatan. Manakala Program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran atau (SPGQ) merupakan salah satu program yang mendapat sokongan yang memberangsangkan dari masyarakat Islam setempat.



Setiausaha Eksekutif Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin, 63 tahun, berkata setiap tahun sebelum Covid-19 melanda, persatuannya perlu membelanjakan sehingga $40,000 berbanding $12,000 kini, untuk membiayai kelas-kelas seperti Kempen Cilik Al-Quran (KCQ).



Dilancarkan secara percuma pada Disember 2010 untuk mendampingi masyarakat Islam setempat, projek KCQ ini telah menjadikan Al-Quran sebagai sandaran kehidupan seharian mereka.



Para pelajar ini datang dari pelbagai latar belakang seperti penerima zakat, pesakit barah, keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas, keluarga berpendapat rendah serta mereka daripada keluarga ibu bapa tunggal.



Menyentuh tentang program SPGQ pula, tenaga pengajar secara sambilan, Ustazah Norlin Mohamed Noor, 38 tahun, memberitahu Berita Harian (BH), golongan pelajar yang mengikuti pembelajaran tersebut begitu rencam dan program ini diminati ramai.



Program ini juga bertujuan mengukuhkan ilmu berkenaan Al-Quran dan memberikan para asatizah ini pengiktirafan sebagai guru Al-Quran yang bertauliah.



Kursus ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ilmu tajwid, teologi Islam, tafsir, hafalan serta pembelajaran akhlak dan pelbagai lagi.



Program ini berdurasi selama satu tahun, dan diadakan secara sambilan.



Untuk mengikuti program sijil ini, pelajar perlu mengenali huruf-huruf Al-Quran dan memahami tajwid secara asas dan berusia 18 ke atas.



"Dalam Al-Quran, terkandung pelbagai ilmu yang perlu kita ketahui. Dari Al-Quran juga, kita dapat mengetahui segala ilmu yang terdapat di dunia ini. Ramai yang menyangka bacaan Al-Quran itu hanya sebagai bacaan semata-mata, namun hakikatnya tidak begitu. Banyak yang boleh kita terokai didalam Al-Quran ini.



"Pada pendapat saya, kelebihan kursus SPGQ ini amat berlainan dari kursus-kursus yang lain. Kami menawarkan fokus yang mendalam untuk mempelajari Al-Quran, dan pencerahan yang kami berikan termasuk dari sudut saintifik juga,' jelas Ustazah Norlin lagi.



Beliau menambah: "Sebagai contoh surah Alfateha, jika kita mengetahui makna yang tersirat dalam surah ini dengan mendalam, kami yakin, ia boleh memberikan impak yang mendalam dalam kehidupan seseorang.



"Rasulullah saw sendiri berpandukan dengan Al-Quran, dan Baginda dapat memimpin ummah dan kaum Muslim dengan jayanya sehingga ke hari ini," jelas ibu kepada lima orang anak dan lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) ini lagi.




"Dalam Al-Quran, terkandung pelbagai ilmu yang perlu kita ketahui. Dari Al-Quran juga, kita dapat ketahui segala ilmu yang terdapat di dunia ini. Ramai yang menyangka bacaan Al-Quran itu hanya sebagai bacaan semata-mata, namun hakikatnya tidak begitu. Banyak yang boleh kita terokai di dalam Al-Quran ini.''
- Ustazah Norlin Mohamed Noor.




INGIN SERTAI KELAS AL-QURAN? INGIN MENYUMBANG KEPADA PERGERAQ?



Bagi anda yang berminat untuk mengikut kelas-kelas Al-Quran anjuran Pergeraq, sila hubungi talian 6348-7057 (waktu pejabat). Lungsuri laman mereka di pe(INFOBOX)rgeraq.sg, atau -e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.



Untuk menderma kepada keperluan Pergeraq pula, anda boleh menghulurkan sokongan murni dengan dengan melakukan perkara berikut:



Hantarkan cek atas nama "Persatuan Guru-Guru Al-Quran"

Inter Bank Transfer:

- DBS Current Account- 017-903204-0




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >