Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Balu pengarah Mamat Khalid harap anak akan teruskan legasi filem bapanya

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



ISTERI pengarah filem Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan, berkongsi detik-detik terakhir suaminya meninggal dunia minggu lalu.



Hasmah mengakui masih tidak percaya dengan kehilangan Mamat, namun seperkara yang melapangkan dadanya ialah apabila pemergian Allahyarham dipermudahkan.



"Saya masih tak percaya Allahyarham sudah tiada. Rasa lebih teruk melihat dia masuk dan duduk di hospital lama daripada dia meninggal dunia.



"Sebab Mamat pergi dengan sangat tenang ...



"Pada malam kejadian, dia bermain keyboard lagu 'Apokalips', kemudian dia kena kancing gigi dan tersandar.



"Meninggal dunia itu mudah sampai tahap tak percaya dia dah pergi. Saya minta buat pengesahan kali kedua sebelum dia dikebumikan.



"Dia pergi sangat tenang, tak ada kerut pada wajah tapi kelihatan tersenyum. Ini berkat doa semua orang," katanya kepada laman Gempak, lapor Astro Awani.



Dalam pada itu, Hasmah meletakkan harapan kepada anaknya, Mohd Khalid Amen, agar menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham Mamat.



Kata Hasmah, biarpun ketika hayatnya Mamat berbelah bagi untuk melepaskan tanggungjawab mengemudi karya seni, kini, Amenlah yang dirasakan individu paling layak.



"Saya berharap anak saya Amen, dapat menyambung legasi yang ditinggalkan arwah.



"Projek dah susun sampai Disember... Tolonglah bagi sokongan pada Amen.



"Sebab Mamat rasa dia tak bersedia lagi terutama dari segi menerima hentaman dan kritikan netizen," luahnya.



Untuk itu, Amen juga akan menyambung naskhah telefilem 'Kampong Pisang Berbuah Dua Kali' yang sepatutnya memulakan penggambaran minggu depan.



Sebagai mengenang pemergian Allahyarham Mamat Khalid, Astro juga menayangkan 19 karya hebat di saluran Astro On Demand.



Antara filem dan drama bersiri yang dirangkumkan dalam rel 'Mamat Khalid Dalam Kenangan' termasuklah 'Hantu Kak Limah', Episod 10; 'Journey To Stardom'; 'Klik Rider'; dan 'Yang Dulu Bersama Mamat Khalid'.



Pemergian Allahyarham Mamat meninggalkan impak luar biasa kepada industri seni tempatan.



Allahyarham meninggal dunia pada 24 Oktobe akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak.



Allahyarham pengsan di restorannya, Sarang Art Hub, di Tanjung Malim, Perak, sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.



Mamat Khalid meninggalkan isterinya dan lima anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >