Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CATATAN

Banjir berulang jejas kehidupan penduduk Kota Tinggi

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kali hujan terutama malam, penduduk di sini tidak dapat tidur nyenyak kerana bimbang air Sungai Johor akan melimpah lagi menyebabkan banjir buat kali kedua bulan ini.



Sebelum ini, hujan berterusan pada 1 hingga 2 Januari lalu menyebabkan bandar Kota Tinggi dinaiki air kira-kira 50-60 sentimeter (cm) menyebabkan semua premis perniagaan ditutup dan penduduk berdekatan terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PSP) yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).



Peniaga mula membersihkan premis perniagaan masing-masing pada 6 dan 7 Januari lalu selepas banjir mulai surut dan hujan tidak sekerap sebelum itu.



Pada masa yang sama, mereka sentiasa waspada mengikuti perkembangan ramalan cuaca terkini.



Bagi pemilik Jawhari Furniture Gallery, Encik Mohd Khafiz Bachok, beliau mengakui bimbang apabila hujan seharian pada 10 Januari tetapi yakin banjir kali kedua tidak mungkin berlaku kerana banjir sebelum ini akibat hujan berterusan dua hari selain air laut pasang agak besar.



Fenomena banjir di Kota Tinggi selalunya dikaitkan dengan air laut pasang besar dengan Sungai Johor yang tidak dapat menampung taburan air hujan yang meningkat akibat hujan berterusan beberapa hari di daerah berkenaan.



Encik Mohd Khafiz yang sudah berniaga perabot sejak 2008, berkata sebelum ini beberapa kali banjir di kawasan perniagaannya tetapi air cuma naik setakat di jalan raya di depan kedainya dan kali ini air naik kira-kira 30 cm hingga masuk ke premis perniagaannya.



"Hujan di bandar Kota Tinggi agak lebat pada 1 dan 2 Januari lalu. Pada 3 Januari pula hujan berkurangan, hanya renyai-renyai tapi air semakin naik. Pada 2 petang, air melimpah hingga atas jalan di hadapan kedai. Pada 3 petang pula, air naik mendadak hingga memenuhi keseluruhan jalan dan hanya tinggal beberapa sentimeter sebelum masuk ke premis.



"Saya dan staf mula mengemas barang-barang yang berisiko rosak. Selepas memastikan semuanya sudah disusun di tempat yang selamat, kami pulang ke rumah masing-masing pada 4 petang kerana bimbang jalan keluar akan ditutup. Keesokannya, apabila kami menghampiri kawasan kedai, kami tidak dapat masuk kerana air membanjiri ruang kedai, " katanya kepada Berita Harian.



Encik Mohd Khafiz berkata beliau mempunyai pengalaman menjadi 'mangsa' banjir apabila kedainya di Segamat dilanda banjir pada 2012 dan ketika banjir melanda Kota Tinggi beliau sudah bersedia untuk menyelamatkan barangan berharga dulu.



Katanya, beliau juga bernasib baik kerana perabot yang dijual diperbuat daripada kayu padu yang tidak rosak jika terendam air manakala perabot lain disusun di tempat yang tinggi.



"Saya dan staf mula membersih kedai selepas hari keempat banjir selepas air surut. Proses pembersihan agak lama dan kami terpaksa menutup kedai selama enam hari, " katanya.



Bagi Mohd Fahmi Mohd Yusof yang menetap di Johor Bahru tidak dapat tidur malam setiap kali hujan kerana bimbang dengan keselamatan ibu bapanya yang tinggal di Taman Kota Kecil, Kota Tinggi, kerana kediaman itu sering dilanda banjir.



Katanya, pada banjir 1 dan 2 Januari lalu beliau sempat balik melihat keadaan rumah teres setingkat ibu bapanya yang dinaiki air paras lutut di bahagian dapur hingga ruang tetamu.



"Apabila hujan berterusan dua hari, saya mengambil keputusan meredah banjir dari Johor Bahru ke Kota Tinggi kerana bimbang keselamatan bapa yang berusia 64 tahun dan ibu, 58 tahun. Alhamdulillah mereka selamat dan tidak perlu ke pusat pemindahan, " katanya.



Encik Mohd Fahmi yang sudah berkeluarga tidak dapat melupakan peristiwa banjir besar 2006-2007 apabila rumah ibu bapanya ditenggelami banjir hingga paras bumbung sekali gus merosakkan keseluruhan harta benda mereka.



Beliau yang ketika itu sedang menuntut di Melaka terpaksa pulang kerana bimbang dengan keselamatan ibu bapanya yang menumpang sementara di rumah datuknya di kawasan berdekatan.



Katanya, beliau masih berjaga-jaga kerana cuaca masih tidak menentu selain air laut pasang sehingga menyebabkan air Sungai Johor melimpah tengah hari pada 12 Januari lalu.



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik R Vidyananthan, dalam kenyataannya, berkata hujan sudah berhenti di kebanyakan kawasan di negeri ini, tetapi langkah berjaga-jaga dan pemantauan masih diteruskan kerana keadaan cuaca tidak menentu.



Katanya, Kota Tinggi kekal sebagai daerah paling terjejas dengan mangsa banjir seramai 2,198 orang daripada 591 keluarga di 23 PPS, menurun sedikit berbanding 2,219 orang daripada 594 keluarga, baru-baru ini.



Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula melaporkan hujan lebat akan melanda Kota Tinggi, Johor Bahru, Mersing, Kulai, Segamat dan Pontian.



Ketua Pengarah MetMalaysia, Encik Jailan Simon, pula berkata situasi banjir di negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti yang pernah melanda negeri berkenaan sebelum ini,



Beliau berkata pihaknya menjangkakan hanya banjir biasa seperti yang berlaku setiap tahun dan tidak banjir besar seperti di Johor pada tahun 2006 dan 2007, cuma tahun ini di Pahang agak besar sikit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >