Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

Beraneka acara, makanan eksotik pelbagai negeri menanti anda

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



RINDU suasana meriah setiap kali ada acara di Ekspo Singapura?



Ayuh, kunjungi Malaysia Fest 2022 anjuran MegaXpress International Pte Ltd yang kembali dengan sejumlah 212 gerai dan pelbagai aktiviti selepas tiga tahun sepi ekoran pandemik Covid-19.



Malaysia Fest 2022 diadakan dari hari ini (25 Ogos) sehingga 28 Ogos di Dewan 6A Ekspo Singapura dari 10 pagi hingga 10 malam.



Antara tujuan utama festival ini adalah untuk mempromosikan negeri Sabah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.



Pameran edisi kelima festival ini memberi tumpuan kepada pelancongan di 'Travel Zone' (Zon Kembara) serta mempersembahkan lebih banyak produk makanan, fesyen dan produk kecantikan daripada wilayah-wilayah seluruh Malaysia.



Pengunjung boleh melihat pavilion Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, yang memaparkan aneka maklumat tentang Selangor, Sabah, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Malaysia.



Selain mempromosikan destinasi pelancongan, Malaysia Fest 2022 menawarkan beraneka jenis makanan eksotik dan popular.



Biasanya, apa yang digemari ramai iaitu jualan besar-besaran bagi buah-buahan, "Fruit Empire", dari seluruh wilayah Malaysia termasuk cempedak, nangka serta jualan Pasar Tani dengan tanaman, sayur-sayuran dan ulam-ulaman seperti pucuk paku, petai dan jering khas dari ladang-ladang Malaysia, turut disediakan.



Pengunjung juga boleh membeli minuman dan makanan eksotik seperti kopi kacung darat, kuih peneram, kuih cincin, kek lapis, jagung keju hujan padu, keropok keping, keropok ikan, keropok lekor, jus avokado, durian belanda, aneka jeruk, produk Agromas dan bermacam-macam lagi.



Nikmati hidangan popular Malaysia di kafeteria dan zon trak makanan seperti juadah kuetiau Pulau Pinang, rendang maman Negeri Sembilan, lemang, kambing panggang, dendeng dan banyak lagi.



Bagi mereka yang menggemari fesyen dan kecantikan, ada promosi hebat bagi produk terkini dari pasaran Malaysia seperti batik, songket, aksesori, kraftangan dan produk kecantikan.



Ada juga promosi jenama-jenama di dalam talian terkini di pavilion, "Malaysia Popular Online Brands".



Seandainya anda merancang pergi bercuti ke Malaysia, ini masanya anda meninjau destinasi pelancongan pilihan anda.



Tourism Malaysia akan mempromosikan percutian di tempat-tempat eksotik di Malaysia oleh Resorts World Genting, hotel dan resort Royale Chulan, Hotel EQ Kuala Lumpur, kembara ke Borneo, pantai Desaru dan beberapa tempat menarik lain.



Dapatkan pakej-pakej istimewa yang ditawarkan serta peluang untuk "penebusan" di kaunter Tourism Malaysia.



Saksikan juga pelbagai persembahan tarian, seni budaya dan demonstrasi kraf tangan yang melambangkan kebudayaan unik setiap negeri.



Bagi menyemarakkan lagi suasana, pengunjung boleh mengikuti pelbagai demo masakan serta aktiviti dan ceramah interaktif yang dibawakan oleh Masjid Al-Amin.



Antara ceramah interaktif anjuran Masjid Al-Amin adalah Cakap Masjid Bersiri bersama Fiza O dan Ustazah Dr Sakinah Saptu dengan topik '4 Kunci Rezeki', dan Ustaz Aiman Khalid dengan topik 'Diari Tok Kadi' pada hari ini (25 Ogos dan esok (26 ogos) 11 pagi.



Majlis khataman Al-Quran oleh Muslimah masjid-masjid Singapura pada 27 Ogos, 10 pagi; syarahan perdana oleh Drs Ustaz Ahmad Dahri dengan topik 'Rezeki atau Istidraj' pada 27 Ogos, 6 petang; dan majlis selawat yang dipimpin oleh Ustazah Kamiseh Parisan pada 28 Ogos, 10 pagi.



Pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah dengan menyertai pertandingan "Like Makanan dan Produk Gaya Hidup Kegemaran Anda & Menang".



Ini dilakukan dengan menekan like makanan dan produk gaya hidup kegemaran mereka di dalam dewan Ekspo Singapura ini melalui Facebook dan Instagram MegaXpress dan berpeluang memenangi hadiah menarik.



Ada juga cabutan bertuah bagi setiap perbelanjaan $20 ke atas di sebarang gerai di dewan Ekspo Singapura ini bagi pengunjung menangi hadiah-hadiah menarik.



Namun, bagi mereka yang merindui acara hiburan, acara ini menawarkan barisan ikon Malaysia yang gah seperti Dato Seri Siti Nurhaliza selaku ikon seni Malaysia dan pengasas produk; Dato Seri Aliff Syukri Terlajak Laris dan Datin Seri Shahida selaku ikon CelebPrenuer Malaysia; dan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sebagai ikon CelebCouple Malaysia.



Berhibur juga dengan barisan CeleBrands Eksklusif iaitu Elly Mazlein, Syura, Noorshila Amin, Ayu Damit, Mawar Rashid, Fikry Ibrahim, Ajak Shiro.



Hady Mirza, Zarina Zainuddin, Fahrin Ahmad, Jasmine Ashraff, Nina Iskandar, Tiz Zaqyah, Mahmud Ali Bashah, Sufi Rashid, Lan Solo, Datin Fouziah Gous, Lana Nodin, Azza Elite dan Roslan Shah.



Sila lungsuri www.megaxpress.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >