Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HASANAH

Beri sumbangan, berwakaf agar sentiasa dapat ganjaran Allah

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



WAKAF merupakan sedekah jariah daripada pewakaf yang menyedekahkan sebahagian hartanya untuk kepentingan masyarakat secara umum.



Wakaf bukan sahaja boleh didermakan melalui wang, malah boleh berupa emas yang tidak lagi ingin dipakai.



Peri penting mengeluarkan sebahagian harta diterjemahkan melalui firman Allah swt dalam surah Ali 'Imran yang bermaksud:



"Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." (3:92)



PELBAGAI INISIATIF WAKAF



Bagi menggalakkan masyarakat berwakaf dan berinfak, Masjid Hasanah melakukan pelbagai inisiatif dan usaha pengumpulan dana untuk projek naik taraf yang bakal dijalankan.



Antara inisiatif yang diusahakan ialah dengan mengadakan khidmat wakaf ke rumah, dengan pegawai serta Lembaga Pentadbir Masjid akan datang ke rumah penderma untuk mengambil sumbangan wakaf dalam bentuk wang atau emas.



Selain menderma secara online, para penderma boleh membuat pembelian kupon-kupon amal yang akan dijual pihak masjid.



Masyarakat Islam juga boleh membeli tiket untuk acara amal, menyertai syarahan atau terus ke Masjid Hasanah untuk menderma pada waktu pejabat.



Mereka juga boleh mendapatkan tabung keluarga untuk diletakkan di rumah mereka dan mengembalikan tabung tersebut apabila sudah penuh.



MENGGALAK PENDERMAAN



Salah seorang pewakaf emas masjid tersebut, Cik Yenniverti Eunos, 63 tahun, berkata penghantaran atau pengambilan wakaf emas atau wang merupakan satu inisiatif yang baik.



Beliau, yang tinggal di Geylang Bahru, menambah:



"Dengan khidmat sedemikian, ia memudahkan para penderma yang tinggal berjauhan dari Masjid Hasanah atau masjid-masjid lain untuk terus memberi derma.



"Saya turut menggalakkan adik-beradik saya untuk terus menyumbang ke mana-mana masjid yang memerlukan.



"Ini kerana sumbangan yang mereka lakukan itu dapat meraih ganjaran daripada Allah swt.



"Amalan sedemikian turut digalakkan oleh ibu saya sendiri iaitu Cik Rosma Abdullah."



TERIMA KASIH PENDERMA



Pengerusi Masjid Hasanah, Encik Amir Mohamed Ali, dan semua anggota pentadbir dan warga kerja Masjid Hasanah mengucapkan terima kasih kepada para penderma untuk dana naik taraf masjid.



Masjid Hasanah mengalu-alukan para penderma terus menyumbang bagi projek naik taraf yang akan dijalankan pada tahun depan.



Antara lain, kemudahan masjid akan dipertingkat, terutama ruang untuk jemaah kurang upaya.



Projek itu diharap dapat memberi keselesaan lebih baik kepada jemaah dan menjadikan Masjid Hasanah bertambah makmur.




CARA MENYUMBANG



- Paynow ke UEN: S70MQ0042B



- Pindah wang ke akaun: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang rujukan dengan "wakaf" atau "infak". Jika inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque



- Melalui cek kepada "LPM Hasanah". Poskan ke alamat: Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road,



Singapura 608878. Tulis nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirim.



- Untuk pertanyaan, hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian +65 6561-7990, Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 1 petang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >