Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Berpeluh-peluh ajar peribahasa

Mengajar bahasa Melayu kian mencabar dalam suasana bahasa Inggeris yang menonjol. Hal ini ketara dalam pengajaran peribahasa. MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg) menyusurinya.
Jun 27, 2016 | 05:30 AM



YANG mana satu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah-petitih, bidalan, perbilangan dan kata hikmat?



Semua itu digolongkan sebagai peribahasa atau ungkapan puitis bahasa Melayu.



Kalangan guru Bahasa Melayu setempat sering tercabar ketika mengajar peribahasa.



"Banyak murid menghafal peribahasa tanpa mengetahui konteks atau cara menggunakannya," ujar seorang guru Bahasa Melayu wanita yang muda.



IKHTIAR PGBM



Selain bantuan lewat latihan di Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) atau di Institut Pendidikan Nasional (NIE-NTU), muncul Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM) yang memperkasai para guru Bahasa Melayu.



Pada 28 Mei lalu, PGBM menganjurkan Bengkel Pengajaran Peribahasa.



Tampil dua pakar - Encik Mohd Fauzi Abdullah, ketua Jabatan Kesenian dan Peradaban Melayu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Malaysia; dan rakannya, Encik Mohd Yusoff Shamsuddin, pensyarah kanan Jabatan Persuratan Melayu.



Menurut Encik Mohd Fauzi yang pernah meraih gelar 'Pensyarah Cemerlang', peribahasa perlu diajarkan menurut tahap minda pelajar.



Di sekolah rendah lazimnya simpulan bahasa diajarkan kerana ia merupakan peribahasa yang mudah - dua atau tiga perkataan yang membawa maksud yang mendalam tetapi berlainan daripada makna perkataan.



Contohnya: tajam hati yang bermakna perasa (sensitif) tetapi tajam akal bermakna pintar.



DALAMI ERTI



Di peringkat menengah, muncul bahagian peribahasa yang lebih sukar iaitu perumpamaan atau umpamaan, kiasan dan bandingan - semuanya adalah kata puitis yang merujuk kepada sesuatu yang dianggap sama dengan ibarat atau misalan.



Di peringkat maktab rendah pula, diajarkan pepatah-petitih atau peribahasa yang lebih halus maknanya.



"Yang utama, guru mesti mengajak pelajar memahami konteks peribahasa yang banyak dicipta pada zaman dahulu, di kampung.



"Banyak peribahasa mengenai ayam. Maka itu, untuk mengetahui resmi ayam, kenalah ke reban ayam atau melihat ayam di taman haiwan atau lawat kampung di Malaysia," ujarnya.



Imej 'ayam' lazimnya negatif tetapi ada juga yang positif seperti baik membawa resmi ayam betina.



Sebabnya, ayam betina lazimnya tidak tunjuk lagak dan mengelak daripada bencana. Ayam jantan pula berlagak sehingga bersabung.



"Erti risiko boleh dipelajari dalam peribahasa besar kapal, besar gelombang. Mengenai kuasa, harimau melambangkannya, tetapi kancil pula mencerminkan bijaksana," kata Encik Mohd Fauzi.



Beliau menilai peribahasa semacam 'hadis' bagi orang Melayu kerana terangkum kebijaksanaan yang luar biasa mengenai cara mengatur kehidupan.



Oleh itu, guru perlu menunjukkan kepada pelajarnya bahawa peribahasa itu bukan sekadar ungkapan puitis, malah mengandungi perasaan dan pemikiran (makrifat).



"Peribahasa mencerminkan kajian ke atas masyarakat atau sosiologi dan juga konsep makna atau semiotik. Ini perlu difahami guru untuk disampaikan kepada pelajarnya," kata Encik Mohd Fauzi, 56 tahun.



KAEDAH AJAR



Untuk mengajar peribahasa, guru perlu memahami konsepnya - objek dan makna tersurat dan tersirat secara struktural, fokus, penghayatan dan didik hibur.



Dari segi pengajaran struktural, guru perlu menunjukkan penceritaan daripada peribahasa. Misalnya hati emas menunjukkan dua lambang iaitu hati sebagai tekad, perasaan dan semangat, sementara emas pula merujuk kepada suatu yang berharga.



Pembahagian fokus pula merujukkan peribahasa menurut tema atau subtema (tema pecahan).



Misalnya bagi kekata 'hati' , terdapat simpulan bahasa:



  • Ada hati (menyimpan perasaan atau harapan);

  • Ambil hati (tersinggung)

  • Tiada hati (tanpa perasaan)

  • Berat hati (enggan)

DIDIK HIBUR



Encik Mohd Fauzi menunjukkan pelbagai cara yang dipanggil 'didik hibur' seperti bermain kompang sambil menyanyikan peribahasa, melakonkan atau mendramakan kisah berdasarkan maksud peribahasa sehingga pantomin (berlakon tanpa bersuara tetapi diiringi suara latar).



"Malah kita boleh buat monolog atau senandika untuk menceritakan peribahasa macam penglipur lara zaman dulu. Cara ini membolehkan kita mengasah pelajar menjadi pencerita," katanya.



Langkah yang lebih besar, hujahnya, ialah 'penyepaduan seni' dalam pengajaran. Ini termasuklah seni lukis iaitu melukiskan gambaran mengenai peribahasa yang dipaparkan maksudnya sehingga menyanyi, berpuisi dan bermain muzik.



"Guru zaman kini tidak lagi dinilai sebagai pemancar ilmu. Kini guru menjadi pemudah cara. Sebabnya: ilmu boleh diperolehi daripada banyak sumber, termasuk Internet.



"Tugas guru dalam mengajar Bahasa Melayu ialah selaku pembimbing yang merangsangkan daya kreatif murid agar tahu mencari ilmu dan mencintai bahasa Melayu, termasuk peribahasanya," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >