Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bidang perawanan menawan lebih ramai karyawan

Teknologi kian diperlukan dalam sekitaran ekonomi digital hari ini; pelbagai program ada bagi pekerja tingkat kemahiran, sertai bidang ini
Mar 30, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi jawatan kerja dalam pengkomputeran awan atau cloud computing semakin meningkat sedang penggunaannya semakin berleluasa dalam sekitaran digital hari ini.



Terdapat banyak program dan skim yang diperkenalkan bagi membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam bidang ini yang membolehkan pekerja, termasuk karyawan Melayu/Islam, menembusi pasaran yang berkembang ini.



Satu tinjauan menunjukkan 51 peratus pekerja digital Singapura, yang telah memanfaatkan kemahiran pengkomputeran perawanan hari ini, yakin ia diperlukan menjelang 2025 bagi mereka melaksanakan tugas mereka, menurut satu laporan yang dijalankan Amazon Web Services (AWS).



Ketua Pusat Data dan Operasi Perawanan di NTUC Enterprise, Encik Muhammad Ilmi Shah, menguruskan prasarana perawanan dan pusat data di sini, bersama pasukannya seramai 15 orang.



"Saya dan pasukan saya harus memastikan semua perkhidmatan berjalan dengan lancar di pusat data dan juga dalam sistem perawanan kami," kata beliau.



Oleh kerana minat, beliau mengambil beberapa kursus yang diadakan dalam talian untuk melengkapi pengetahuan dan mendapatkan kemahiran yang diperlukan mengenai bidang ini seperti yang ditawarkan firma Udemy, sebuah wadah dalam talian yang menyediakan kursus-kursus untuk para karyawan dan juga pelajar.



Bidang pengkomputeran awan merupakan proses di mana pengguna menggunakan Internet sebagai tempat untuk menyimpan data seperti dokumen, gambar ataupun video seperti Gmail dan iCloud.



Selepas dimuat naik, pengguna kemudian boleh mencapai data-data tersebut dengan menggunakan komputer, telefon bimbit atau alat peranti mudah alih lain melalui sambungan Internet.



Karyawan Cik Malis Selamat, 40-an tahun, memegang jawatan sebagai Pengarah Perniagaan Komersial di sebuah firma sofwe berbilang negara (MNC) Amerika Syarikat, VMWare Solutions, yang bertanggungjawab untuk mengembangkan penggunaan huraian canggih, termasuk perawanan, kepada beberapa perusahaan di Asia Tenggara dan Korea Selatan.



Cik Malis berpendapat firma-firma dan juga penduduk tempatan harus mengambil peluang untuk mendakap perkembangan ini, terutama di kalangan masyarakat Melayu.



"Dengan lebih banyak perusahaan yang menggunakan teknologi ini, masyarakat kita tidak harus terlepas memanfaatkan pertumbuhan ini," ujar Cik Malis.



Dalam gerbang pemadanan kerja JobStreet, terdapat sekitar 510 pekerjaan dalam bidang ini seperti jurutera perawanan dan arkitek keselamatan perawanan.



Melihat potensi itu, Cik Nurul Baizura Abdul Rasid, 25 tahun, terdorong menyertai program latihan pengkomputeran perawanan di bawah Skills Ignition SG, hasil kerjasama Google, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), dan SkillsFuture Singapura (SSG).



"Beranikan diri, walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai teknologi , anda akan dibimbing secara menyeluruh.



"Program ini telah membuka mata dan mendedahkan saya dengan lebih mendalam kepada teknologi ini,'' kata Cik Nurul Baizura, yang juga sedang mengikuti ijazah sarjana muda dalam keselamatan siber secara sambilan di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >