Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan pekerja diberhentikan naik sedikit suku kedua: MOM

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH pekerja yang diberhentikan naik sedikit pada suku kedua ekoran kesan langkah mengetatkan sekatan Covid-19.



Menurut laporan pasaran buruh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, bilangan mereka yang diberhentikan meningkat kepada 2,340 pada suku kedua berakhir Jun, berbanding 2,270 pada suku sebelumnya.



Bagi separuh pertama tahun ini, 4,620 pemberhentian pekerja dilaporkan.



Perangkaan ini setara dengan kadar separuh tahunan yang dicatatkan pada tempoh 2018 hingga 2019, jelas MOM.



Dalam kalangan penduduk, kadar pemberhentian pekerja naik atau tidak berubah berbanding suku pertama bagi kebanyakan kumpulan usia, pendidikan dan pekerjaan.



Menurut MOM, sama seperti suku-suku sebelumnya, penduduk lebih berusia - dalam lingkungan 40-an dan 50-an tahun - golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) serta mereka berpendidikan tinggi menyaksikan kadar pemberhentian kerja lebih tinggi pada suku kedua.



Misalnya, kadar pemberhentian pekerja bagi PMET naik sedikit kepada 2 peratus berbanding 1.7 peratus pada suku pertama.



Bercakap dalam satu taklimat media semalam, Setiausaha Tetap bagi Tenaga Manusia, Encik Aubeck Kam, berkata umumnya, perangkaan pemberhentian pekerja masih dalam lingkungan suku tahunan sebelum pandemik.



Beliau menarik perhatian bahawa terdapat keprihatinan terhadap kadar pengangguran yang meningkat dalam kalangan penduduk berusia 40-an tahun dan penduduk berkelulusan universiti.



"Namun pada suku kedua, kadar pekerja yang diberhentikan yang memasuki semula dunia pekerjaan, meningkat bagi semua kumpulan usia di bawah umur 50 tahun," terang Encik Kam.



Contohnya, kadar kemasukan kerja semula selepas enam bulan diberhentikan kerja bagi golongan berusia 40 tahun hingga 49 tahun adalah 67.2 peratus berbanding 66.9 peratus.



Perangkaan itu juga meningkat bagi mereka yang sebelum ini diberhentikan daripada jawatan penjualan kerani dan kerja perkhidmatan - 69.7 peratus berbanding 68.9 peratus sementara mereka yang berkelulusan ijazah, 65 peratus berbanding 63.9 peratus.



Secara keseluruhan, kadar kemasukan kerja semula selepas enam bulan diberhentikan dalam kalangan penduduk Singapura susut sedikit kepada 64 peratus pada suku kedua berbanding 66 peratus pada suku pertama.



Sementara itu, Encik Ang Boon Heng, pengarah jabatan kajian tenaga manusia dan statistik MOM berkata pengangguran umumnya menjejas pekerja lebih tua.



Bagaimanapun, kadar pengangguran bagi mereka berusia antara 40 tahun dengan 49 tahun merosot daripada 4.1 peratus pada Disember tahun lalu, kepada 3.2 peratus pada Mac lalu sebelum naik semula kepada 3.7 peratus pada Jun.



"Kita harus memantau hal ini dan melihat sama ada ia membentuk satu trend atau hanya turun naik... saya tidak akan terlalu risau mengenai hal ini melainkan ada kenaikan lebih meluas bagi semua kumpulan usia," tambahnya.



Awal bulan ini, MOM berkata firma yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja harus memaklumkan kementerian itu setiap kali mereka membuang pekerja dalam tuntutan baru yang berkuat kuasa pada 1 November. Buat masa ini, majikan hanya perlu memaklumkan MOM apabila memberhentikan lima atau lebih pekerja dalam masa tempoh enam bulan.



Laporan itu juga menunjukkan lebih ramai pekerja, khususnya dalam sektor makanan dan minuman (F&B) dikenakan minggu bekerja lebih singkat atau pemberhentian kerja sementara pada suku kedua.



Sejumlah 5,580 pekerja telah terjejas dalam hal ini, berbanding 4,020 orang pada suku pertama yang berakhir Mac.



Sektor F&B telah terkesan oleh langkah lebih ketat semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 16 Mei hingga 13 Jun, apabila orang ramai tidak boleh makan di luar demi menyekat penularan Covid-19.



"Sementara perangkaan ini kekal tinggi berbanding masa sebelum pandemik, namun dengan lebih banyak aturan kerja sementara, ia membantu memastikan pemberhentian kerja agak rendah bagi separuh pertama tahun ini," ujar MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >