Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bina komuniti peniaga makanan di bawah satu bumbung

Sep 20, 2021 | 05:30 AM



BERGERAK ke hadapan bersama - itulah antara perkara yang menjadi pegangan pasangan usahawan Cik Nana Adam dan Encik Dzulkifli Ahmad dalam menguruskan KloudKitchen.



Pengasas bersama syarikat tersebut yang menyediakan ruang dapur bagi perniagaan dari rumah (HBB) dan perniagaan kecil dan sederhana (SME) itu menganggap peniaga-peniaga lain yang menyertai mereka sebagai sebahagian masyarakat yang dibina.



"Bagi kami, kami bantu satu sama lain, ia seolah-olah satu masyarakat," kata Cik Nana, 39 tahun.



Menambah, Encik Dzulkifli, 38 tahun, berkata:



"Apabila kami mulakan perniagaan ini, inilah salah satu perkara yang kami inginkan - jika kita boleh melangkah ke hadapan bersama-sama.



"Setiap syarikat yang berusaha sendiri mempunyai lebih banyak halangan untuk diatasi. Lebih mudah jika kita bekerjasama dalam kemudahan ini."



Selain menyediakan dapur pusat bagi HBB dan SME yang memerlukan ruang dapur, KloudKitchen yang terletak di Science Park, juga menyediakan khidmat penghantaran yang membolehkan pelanggan menempah daripada pelbagai gerai di sana di bawah satu yuran penghantaran.



Idea tersebut timbul daripada pengalaman Encik Dzulkifli sendiri menempah makanan bagi keluarganya.



"Saya terpaksa membayar dua yuran penghantaran berbeza apabila saya tempah dari dua restoran berbeza di aplikasi yang sama.



"Oleh itu, kami mahu mempunyai hab di mana terdapat 10 penjual dan pelanggan boleh beli daripada pelbagai penjual dan hanya bayar satu yuran penghantaran sahaja," kata beliau.



Ditubuhkan di tengah-tengah pandemik Covid-19, 50 peratus ruang di KloudKitchen sudahpun dipenuhi peniaga makanan dan minuman (F&B) kini.



"Kami gembira kami dapat menyediakan peluang bagi SME dan usahawan baru.



"Empat peniaga di sini sebenarnya merupakan usahawan kali pertama, sebelum ini mereka sama ada berjualan daripada rumah atau mereka langsung tidak pernah menceburi F&B, jadi menarik juga.



"Kami juga membantu mereka membangunkan perniagaan mereka kerana kami sudah terbiasa dengan hal berkaitan pelesenan dan peralatan yang mereka perlukan," kata Cik Nana.



Khidmat lain seperti sokongan pemasaran dan konsultasi menu juga disediakan, kata Encik Dzulkifli, yang sebelum ini pernah bekerja dengan salah satu platform e-dagang terkemuka di sini.



"Perkongsian data dengan penjual di sini, misalnya apakah pesanan harian purata mereka, makanan manakah yang pelanggan mereka suka, berapa tinggi atau rendah harga yang patut mereka letakkan, ini semua kami kongsi," katanya.



Dari sudut pandangan pelanggan pula, nampaknya model membolehkan mereka menempah dari pelbagai peniaga tetapi hanya membayar satu yuran penghantaran merupakan daya tarikan kuat dengan 100 peratus pelanggan yang menempah melakukan demikian, tambah beliau lagi.



Yang menariknya, hal tersebut bukan sahaja memanfaatkan pelanggan tetapi juga para peniaga di sana termasuk @mattmeals.sg, @projekchai, @gengmakan.sg, @papaayam-sg dan @masakextra.



Jelas Encik Dzulkifli:



"Dengan adanya tempahan silang (cross order), kami dapati bahawa peniaga-peniaga ini sebenarnya berkongsi kumpulan sasaran.



"Peniaga A mempunyai kumpulan pelanggan sendiri dan begitu juga Peniaga B. Bila mereka membuat tempahan silang, kedua-dua perniagaan ini sebenarnya secara tidak sengaja mewujudkan kesedaran jenama bagi satu sama lain.



"Ini adalah satu model kolaborasi di mana kami dapat membantu satu sama lain dan saya fikir ia sangat hebat."




"Apabila kami mulakan perniagaan ini, inilah salah satu perkara yang kami inginkan - jika kita boleh melangkah ke hadapan bersama-sama.



Setiap syarikat yang berusaha sendiri mempunyai lebih banyak halangan untuk diatasi. Lebih mudah jika kita bekerjasama dalam kemudahan ini."
- Encik Dzulkifli Ahmad, pengasas bersama KloudKitchen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >