Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS

Buru sijil bahasa Arab pada usia 72 tahun

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



USIA lanjut tidak menghalang Cik Saidah Shariff, 72 tahun, untuk mempelajari bahasa Arab di Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP).



Cik Saidah, eksekutif bersekutu perkhidmatan pesakit, telah menyertai program Pengajian Bahasa Arab di IPIP pada awal tahun ini selepas beliau tamat program Diploma dalam Pengajian Islam di IPIP pada Disember lalu.



Sebelum ini, Cik Saidah telah mengikuti program Pengajian Islam di IPIP sejak 2014 daripada program Takrif Islam, Sijil Pengajian Islam, Sijil Lanjutan Pengajian Islam dan Diploma Pengajian Islam.



"Selain berminat untuk terus menimba ilmu, saya juga terdorong hendak mempelajari bahasa Arab selepas mengalami satu peristiwa.



"Ketika itu saya amat kesal tidak menolong seorang wanita yang meminta pertolongan saya, tetapi dia cakap dalam bahasa Arab dan saya tidak faham,'' kata Cik Saidah.



Mengulas tentang pengalamannya mengikuti program Pengajian Bahasa Arab di IPIP, Cik Saidah berkata:



"Alhamdulillah, pensyarah yang mengajar memang baik. Di dalam kelas, kami berpeluang menulis dan bertutur dalam bahasa Arab dan kadangkala, kami membuat tugasan secara berkumpulan. Ada juga penilaian di akhir peringkat pengajian bagi menguji pemahaman kami dalam bahasa Arab."



Di rumah, Cik Saidah juga mendengar sebutan bahasa Arab melalui laman video, YouTube, supaya beliau dapat memahami bahasa Arab dengan lebih baik.



"Saya sarankan masyarakat Islam mempelajari bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al-Quran.



"Apabila kita memahami bahasa Arab, lebih senang kita faham apa yang kita baca di Al-Quran," kata Cik Saidah.



Program Pengajian Bahasa Arab anjuran IPIP adalah pengajian yang akan memberi penekanan kepada empat kemahiran iaitu pendengaran, pembacaan, penulisan dan perbualan.



Program ini menawarkan tiga peringkat dari peringkat asas, pertengahan hingga ke peringkat lanjutan.



Setiap tempoh peringkat adalah selama sembilan bulan. Kelas pengajian akan disampaikan dalam bahasa Melayu dan Arab. Ia menghala kepada peperiksaan peringkat GCE 'O'.



Matlamat program ini adalah untuk membina khairah ummah melalui pengajian bahasa Arab dan budayanya; mengajar bahasa Arab kepada masyarakat dari peringkat awal hingga peringkat lanjutan; dan memberi kemahiran bertutur, menulis, bercakap dan mendengar dalam bahasa Arab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >