Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Capai cita-cita kerja dalam bidang robotik

Sektor teknologi di Singapura terus menarik bakat tempatan, termasuk karyawan di pertengahan kerjaya yang mengenal pasti potensi dan prospek yang cerah dalam industri itu. Ini dirangsang lagi
dengan adanya pelbagai program yang menyediakan peluang untuk memupuk bakat Singapura. BERITA HARIAN meninjau dua profil karyawan sedemikian.
Sep 10, 2021 | 05:30 AM



MINAT Encik Mohammad Asraf Abdul Hamid dalam bidang robotik berputik sejak di sekolah rendah selepas menyaksikan teman sekolah memprogramkan robot mainan Lego mereka dalam satu permainan.



Walaupun minatnya terus mekar apabila melangkah ke politeknik - dengan memenangi pelbagai pertandingan robotik - namun Encik Mohammad Asraf tidak pernah berpeluang bekerja dalam industri robotik.



Sebaliknya, selepas menggenggam ijazah dalam kejuruteraan sains komputer, beliau bertugas sebegai penghasil sofwe kanan dengan sebuah firma teknologi maklumat berbilang negara (MNC).



Tetapi impiannya tercapai apabila Encik Mohammad Asraf, 28 tahun memutuskan untuk meninggalkan pekerjannya dan menyertai program pelatih kendalian SGInnovate, bernama SGInnovate PowerX Robotics, yang dibaca tentangnya dalam satu rencana akhbar ini.



Setelah menjalani program intensif selama sembilan bulan itu, anak bongsu dua beradik ditawarkan pekerjaan tetap sebagai jurutera sofwe robotik di Hope Technik. Sebagai sebahagian daripada program latihan dalam bekerja itu, beliau ditugaskan dengan Hope Technik, sebuah firma kejuruteraan yang mereka dan membina huraian robotik untuk pelbagai sektor seperti penjagaan kesihatan.



Encik Mohammad Asraf berkata peralihan ke bidang 'deep tech' - atau syarikat yang menghasilkan inovasi berteknologi tinggi dalam kejuruteraan atau dapatan saintifik signifikan - memerlukan penyesuaian.



"Pekerjaan dalam bidang ini umumnya memerlukan banyak pembelajaran dan penerokaan kerana ia luas dan banyak kerja kami meliputi bidang teknologi yang amat baru.



"Ini bermakna sukar untuk mencari mentor yang mempunyai pengetahuan mendalam atau memberi panduan dalam semua bidang... di firma ini, proses pembelajaran yang memerlukan bekerjasama, malahan mentor dan pekerja lebih mapan belajar perkara baru setiap hari.



"Jadi beralih daripada peranan di sebuah MNC yang sudah lama tertubuh dengan proses dan jangkaan yang jelas ke sebuah SME yang lincah dan perlu mudah bergerak, memerlukan saya menyesuaikan diri semasa awal program latihan," ujar beliau yang pernah menjuarai peraduan WorldSkills Singapore, dalam Robotik Mudah Alih.



Ini mengajarnya supaya menjadi lebih bijak menggunakan alat dan kemahiran yang tepat untuk menyelesaikan sesuatu tugasan, termasuk melabur masa peribadi membangunkan kemahiran dalam bidang seperti model tiga dimensi dan pengekodan.



"Walau mencapai, tetapi kepuasan dicapai daripada menghasilkan huraian baru untuk sistem dan memanfaatkan kecekapan yang berlainan sepanjang proses," ujar Encik Mohammad Asraf.



Antara projek sedang diusahakannya sekarang ialah robot bergerak yang mempunyai keupayaan penghantaran bagi sektor penjagaan kesihatan.



"Disebabkan masalah pekerja dalam sektor penjagaan kesihatan, huraian robotik boleh banyak membantu dalam memberikan lebih banyak masa kepada pekerja hospital untuk memberi tumpuan kepada kerja lebih strategik yang memerlukan interaksi manusia," jelas beliau.



Kongsi Encik Mohammad Asraf, sejak di politeknik, beliau bercita-cita untuk menyumbang kepada masyarakat dan ingin tahu bagaimana pelbagai huraian robotik dapat mengatasi cabaran masyarakat.



Menerusi program SGInnovate ini, ia telah menawarkan peluang untuknya meneroka minat dan menimba kemahiran yang diperlukan untuk bertapak dalam industri robotik.



"Pendedahan industri dalam kehidupan nyata yang saya perolehi daripada program amat berguna untuk membolehkan saya mencapai cita-cita saya," tambahnya.



Mengenai prospek industri itu, Encik Mohammad Asraf yakin automasi dan robotik akan terus rancak dan membentuk semula cara kita bekerja.



Faktor seperti penduduk semakin tua yang boleh membebankan sistem jagaan kesihatan, akan mendorong permintaan kukuh untuk bakat dalam robotik dan teknologi lain.



Nasihatnya bagi mereka yang berminat:



"Ramai rakan saya ada salah tanggapan yang pekerjaan 'deep tech' adalah hanya profesor berkelayakan tinggi dan memakai kot makmal, mengusahakan kajian atau huraian canggih.



"Saya juga mengaku mempunyai tanggapan ini, tetapi pengalaman program ini menunjukkan yang ada peranan untuk semua orang. Anda tidak perlu mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) untuk menikmati kerjaya dalam bidang ini."




"Ramai rakan saya ada salah tanggapan yang pekerjaan 'deep tech' adalah hanya profesor berkelayakan tinggi dan memakai kot makmal, mengusahakan kajian atau huraian canggih.

Saya juga mengaku mempunyai tanggapan ini, tetapi pengalaman program ini menunjukkan yang ada peranan untuk semua orang. Anda tidak perlu mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) untuk menikmati kerjaya dalam bidang ini."

- Encik Mohammad Asraf Abdul Hamid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >