Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID JAMAE CHULIA

Kerja peningkatan bermula akhir bulan, dijangka telan kos $3j

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



MASJID bersejarah dan antara yang tertua di Singapura, Masjid Jamae Chulia, bakal mengadakan kerja-kerja peningkatan dan naik taraf bermula pada akhir bulan ini.



Ia antaranya akan memasang hawa dingin di ruang solat serta menambah bilik darjah serta kemudahan mesra golongan kurang upaya dan warga senja.



Masjid ini terletak di South Bridge Road dan telah berusia 196 tahun.



Kerja-kerja peningkatan ini dijangka selesai dalam tempoh 10 bulan, dan menelan belanja sehingga $3 juta.



Sepanjang tempoh ini, masjid yang telah diwartakan sebagai monumen negara pada 1974 itu akan terus beroperasi seperti biasa.



Masjid Jamae Chulia yang dikenali juga sebagai 'Periya Palli' dan bermaksud Masjid Besar dalam bahasa Tamil, boleh menampung kira-kira 1,200 jemaah apabila selesai kerja pembaikan kelak.



Masjid ini juga merupakan salah satu masjid yang memenuhi pembelajaran agama Islam khususnya bagi golongan India Muslim tempatan, pekerja Islam dan pelancong di kawasan tengah bandar seperti di Chinatown.



Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata Masjid Jamae Chulia merupakan salah satu masjid yang tertua di Singapura.



Justeru, kita harus menjaganya agar masjid ini terus berada dalam keadaan yang baik demi keselesaan masyarakat Islam di negara ini.



Di samping itu, beliau juga mengharapkan sokongan yang berterusan dari orang ramai agar misi untuk mencapai jumlah yang dikehendaki akan tercapai.



"Kami faham saingan yang kami terima untuk mendapatkan dana bagi kerja-kerja peningkatan untuk Masjid Jamae Chulia ini amat mencabar. Namun kami akan melakukan yang terbaik dan semoga masjid yang bersejarah ini akan terus terpulihara dan mendapat sokongan padu dari masyarakat Islam di sini.



"Dengan kerja-kerja peningkatan ini, Masjid Jamae Chulia boleh menampung 100 pelajar untuk bilik-bilik darjah pada satu-satu masa dan menjadi lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya," jelas Encik Rasheed Zaman.




"Kami faham saingan yang kami terima untuk mendapatkan dana bagi kerja-kerja peningkatan untuk Masjid Jamae Chulia ini amat mencabar. Namun kami akan melakukan yang terbaik dan semoga masjid yang bersejarah ini akan terus terpulihara dan mendapat sokongan padu dari masyarakat Islam di sini.''
- Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad.




CARA MENYUMBANG 



Untuk menyampaikan sumbangan kepada Masjid Jamae Chulia, berikut cara-caranya.



- Hantarkan cek anda kepada Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.



- Derma langsung ke pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps kepada 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid ini.



- Pemindahan bank ke OCBC akaun semasa 517-070041-002.



- Imbas QR kod di bawah ini untuk memberikan sumbangan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >