Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERGAS

Pergas bentuk generasi asatizah pakar, berkemahiran tinggi

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



DENGAN ilmu hidup menjadi mudah; dengan agama hidup menjadi terarah.



Ilmu agama memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang memiliki kerohanian dan adab yang tinggi untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



Menurut jurucakap Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), golongan asatizah kita amatlah penting dan utama dek kerana peranan mereka sebagai penggerak dakwah dan pembimbing agama, bagi masyarakat Islam kita di sini.



Untuk memastikan kelestarian asatizah dan para ulama kita di Singapura ini, Pergas melalui anak syarikatnya; Pergas Investment Holdings (PIH), telah menubuhkan Dana Pergas Endowmen Legasi Ulama (PERLU) pada 2020.



Sejajar dengan konsep endowmen - wakaf, dana yang terkumpul setakat ini sudah mula disalurkan kepada pembiayaan semula bangunan Paradise@Pergas di 168 Changi Road secara bertahap-tahap.



Pergas yakin dengan adanya aset pelaburan jangka panjang ini, ia akan dan mampu untuk memampankan lagi sumber pendapatan yang kukuh dan berterusan untuk Pergas melalui pulangan sewa yang diraih, walaupun ia mengambil masa yang lama.



Selain daripada pelaburan, bangunan ini juga digunakan sebagai salah satu rangkaian dakwah Pergas menerusi saluran Pergas Radio dan Pergas TV.



Walaupun pembiayaan sebanyak $13 juta masih diperlukan, namun pada tahun ini, Pergas telah memperuntukkan sejumlah wang sebanyak $15,000 hasil daripada pendapatan sewa bangunan tersebut.



Wang ini akan disalurkan kepada dua initiatif Pergas iaitu:



i. Skim Dermasiswa IPIP (IBS) bagi asatizah yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sebanyak $8,000; dan



ii. Tajaan separa bagi asatizah yang menigkuti program Diploma Pasca Sarjana dalam Kaunseling Islam sebanyak $7,000.



Salah seorang penerima dermasiswa tersebut adalah Ustaz Muhammad Hanif Salleh yang sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang "Ilmu Wahyu dan Warisan Islam" atau Islamic Revealed Knowledge and Heritage anjuran Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP).



"Dengan dermasiswa ini, ia dapat menampung sebahagian dari kos pengajian saya.



"Saya yakin ramai lagi boleh meraih manfaat melalui dana ini pada masa akan datang", jelas Ustaz Muhammad Hanif.



Pergas berharap agar masyarakat Melayu/Islam akan terus menyokong dana ini dan usaha Pergas demi membentuk generasi asatizah yang pakar serta berkemahiran tinggi, yang dapat membimbing umat Islam di Singapura ini.




CARA MENYUMBANG 



Ikrarkan sokongan anda kepada Dana Endowmen Pergas (PERLU).



Sumbangan boleh dibuat ke akaun CIMB 2000560073, nombor UEN S57SS0012G073 atau hantarkan cek kepada "PERGAS - CHARITY".



Lungsuri http://perlu.pergas.org.sg atau hubungi 6904-8374 untuk maklumat lanjut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >