Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Tadika Darul Makmur akan dipindah sementara ke Assyafaah

Aug 19, 2022 | 12:34 AM



MURID-MURID tadika Masjid Darul Makmur dijangka akan meraih peningkatan dalam pengalaman pembelajaran mereka apabila projek peningkatan di masjid yang terletak di Yishun akan dijalankan.



Sementara masjid dinaik taraf, perkhidmatan tadika akan dipindahkan sementara ke Masjid Assyafaah. Kerja-kerja naik taraf ini dijangka bermula pada Disember nanti.



"Insya-Allah setelah peningkatan masjid selesai, anak-anak akan berada di tempat yang baru, dengan kelengkapan terkini.



"Pembelajaran anak-anak akan menjadi lebih menarik dan akan mengikut peredaran masa," jelas pengetua tadika Masjid Darul Makmur, Cik Shahren Ali, 45 tahun.



SISTEM IT BAKAL DIPERTINGKAT



Menurut Cik Shahren, yang mula berkhidmat sebagai guru tadika di masjid ini pada 2003, selain dari ruang luas dan baru, sistem IT (Teknologi Maklumat) bakal dipertingkat dan ini boleh diterapkan dalam pembelajaran kanak-kanak tadikanya.



Masjid Darul Makmur telah ditubuhkan pada 1987.



Seiringan dengan pembukaan masjid, tadikanya juga telah bertapak pada tahun yang sama.



Masjid ini menerima sambutan yang sangat memberangsangkan daripada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika masjid dengan tujuan untuk mendapatkan pendidikan keseluruhan - duniawi dan ukhrawi.



Program tadika ini adalah untuk kanak-kanak yang berusia dari empat hingga enam tahun.



Objektif utama tadika Masjid Darul Makmur adalah untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi keseluruhan pembangunan anak-anak.



Ini termasuk pembangunan akademik dan juga kemahiran tertentu. Contohnya, selain mata pelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik, kemahiran sosial dan pendidikan Islam juga turut diajar.



Oleh kerana tadika masjid adalah di bawah naungan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), maka aktiviti atau pembelajaran perlu mengikut garis panduan yang dilakarkan oleh ECDA.



Selain pembelajaran akademik dan juga kemahiran hidup yang diterapkan, komponen ukhrawi adalah ciri-ciri tambah nilai yang ditawarkan dalam pembelajaran harian.



Kurikulum yang diterapkan di tadika-tadika masjid ini adalah berdasarkan Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).



"Kami menerapkan kemahiran asas seperti cara bergaul dengan kawan-kawan dan cara menunggu giliran dan berkongsi permainan.



"Ia adalah kemahiran asas yang diterapkan pada kanak-kanak.



"Selain itu, ada komponen Islamik tambahan yang kami terapkan juga, seperti pembacaan surah-surah asas dan bacaan doa bersama terjemahannya supaya anak-anak ini akan faham apa maksud atau makna yang dibacanya," terang Cik Shahren lagi, sambil menambah surah-surah yang diajar bertahap-tahap mengikut peringkat umur mereka.



Jika pada awalnya mereka mempelajari doa-doa harian seperti doa makan, doa untuk ibu bapa dan sebagainya, di tadika tahun dua mereka akan mempelajari doa-doa dalam solat, doa wuduk, serta praktikal wuduk dan solat.



Malah, komponen Islamik ini dapat diterapkan dengan baik sehingga menjadi gaya hidup murid-murid tadikanya.



Contohnya, Cik Shahren berkongsi cerita daripada ibu bapa murid tadikanya yang mungkin terlepas pandang apabila sedang memilih barang runcit.



Mereka ditegur anak mereka apabila ditanya jika barang itu "halal atau tidak?"



Daripada pandangannya juga, perbezaan dapat dilihat dalam diri kanak-kanak tadikanya.



Ada yang menangis bukan sahaja pada hari pertama sekolah, malah mereka turut menangis di hari terakhir sekolah pada tahun kedua.



Ini bukan kerana mereka masih takut tetapi kerana sedih untuk meninggalkan guru-guru mereka.



MURID LEBIH BERKEYAKINAN



Personaliti mereka turut berubah kepada seorang murid yang lebih berkeyakinan, manakala kemahiran sosial mereka juga meningkat.



Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka turut menyambung pendidikan ukhrawi mereka di kelas-kelas Kids aLive dan Teens aLive di masjid ini.



Tenaga pengajar di tadika merangkumi 100 peratus guru yang terlatih khususnya dalam bidang pembangunan anak-anak di peringkat diploma. Ada juga antara mereka merupakan lulusan dari Universiti Al-Azhar.



Cik Shahren menyatakan pasukannya akan berusaha memberikan yang terbaik walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa menjalankan kerja peningkatan.



Tadika Darul Makmur akan berada di Masjid Assyafaah di kawasan Sembawang dan beliau mengalu-alukan penduduk di kawasan ini untuk mendaftarkan anak mereka di tadika ini.



"Besar harapan kami, untuk semua masyarakat Islam khususnya dari kawasan utara Singapura, dapat membantu dan memberikan sumbangan bagi kerja-kerja peningkatan di Masjid Darul Makmur.



"Semoga dengan sumbangan masyarakat, kanak-kanak di tadika masjid akan dapat meraih manfaat dan mereka inilah yang akan menjadi pemimpin di masa akan datang," katanya lagi.




CARA MENYUMBANG 



Untuk sumbangan kepada Masjid Darul Makmur, sila lungsuri laman https://campaigns.darulmakmur.sg.



Anda boleh juga menyumbang melalui cek atas nama 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.



- Hubungi talian 6752-1402 untuk pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >