Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Cef Wan pilihan TV Fox

Hos program makanan Asia untuk siaran Amerika, Afrika, Australia dan Eropah
Jan 14, 2014 | 02:50 PM



DUA tahun lalu, Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan, cef selebriti Malaysia yang terkenal, pernah menyuarakan hasrat kepada wartawan untuk bersara.


Katanya sudah penat memasak dan mengelilingi dunia. Hari tuanya mahu dihabiskan dengan bermain dengan cucu dan melihat mereka membesar.


Baru-baru ini, beliau ditemuramah mengenai East Bites West, sebuah program memasak terbitan Televisyen Fox, di mana beliau menjadi hosnya.


Nampaknya rancangan Cef Wan bersara ditangguhkan. Beliau kini lebih aktif mengendalikan projek terbarunya di Eropah. Berikut temuramah dengan beliau.


Soalan: Betulkah kalau dikatakan bahawa anda ialah Cef Asia yang pertama atau lebih tepat, Cef Melayu pertama, yang diberi peluang menjadi hos program kulinari antarabangsa?


Cef Wan: Betul. Saluran Fox ini ialah saluran baru yang dinamakan Fox 24 Kitchen yang merupakan saluran makanan terbesar di dunia. Program East Bites West yang mempunyai 13 episod ini disiarkan di Latin Amerika dan juga di Utara Eropah seperti Holland, Iceland dan Finland.


Daripada lain-lain hos rancangan keluaran Fox, rancangan East Bites West mendapat rating paling tinggi di negara program ini disiarkan. Penonton mendapati Wan begitu lucu, jujur dan mempunyai daya penarik yang sungguh 'refreshing'.


Wan diberitahu oleh Televisyen Fox supaya mengekalkan stail Wan yang unik. Kontrak Wan akan disambung untuk siri baru East Bites West dengan 26 episod, khas untuk penonton di Eropah dan Amerika.


Tujuan program ini adalah untuk menunjukkan kepada penonton cara menyediakan makanan Asia yang sihat, mudah dan lebih menjimatkan.


Soalan: Mungkinkah kejayaan memenangi Anugerah Khas Juri Antarabangsa bagi Televisyen Inggeris baru-baru ini menjadi faktor utama yang membawa kepada kejayaan anda terpilih menjadi hos Fox TV Culinary Extravaganza atau sebaliknya?


Cef Wan: Tidak juga. Televisyen Fox membuat senarai pendek 27 cef dari seluruh Asia dan Australia. Mereka mendapati cara Wan mengendalikan rancangan memasak berlainan daripada cef-cef yang lain.


Kata mereka Wan sangat dihormati dan disayangi di rantau ini. Jadi mereka membuat keputusan menjadikan Wan hos program East Bites West.


Soalan: Menjadikan makanan Melayu dikenali seluruh dunia sudah menjadi salah satu cita-cita Cef. Adakah program 'East Bites West' ini langkah pertama mencapai tujuan tersebut?


Cef Wan: Tentu sekali. Ini adalah permulaannya. Dengan bakal tersiar program East Bites West di Amerika, Afrika, Australia dan Eropah, Wan percaya makanan Melayu akan mendapat tempat di arena kulinari antarabangsa.


Soalan: Adakah Cef menghadapi sebarang masalah ketika menjadi hos rancangan memasak ini?


Cef Wan: Masalahnya ialah waktu bekerja yang panjang. Wan terpaksa selesaikan 13 episod dalam 40 hari. Sebelum itu lebih kurang tujuh hari rakaman filem dibuat di beberapa daerah di Malaysia memperkenalkan bahan-bahan masakan di rantau ini seperti bagaimana belacan dan sos cili dibuat. Kami juga ke Langkawi untuk melihat pelbagai jenis beras.


Tetapi bahan-bahan masakan ini tidak dibawa ke United Kingdom kerana semuanya ada di sana. Wan cuma bawa kuali sahaja.


  • Nota: Rancangan 'East Bites West' disiarkan di saluran National Geographic setiap Rabu, 8 malam.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >