Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Cekal hadapi barah buah dada

'Survivor' Cef Queen Siti galak pesakit sertai BCF
Dec 12, 2021 | 05:30 AM



TIDAK mahu rasa sedih, murung atau menyoal nasib diri tatkala didiagnosis dengan penyakit barah buah dada.



Sebaliknya, pemandiri (survivor) barah buah dada dan cef selebriti, Cik Siti Dzaleha Zainal atau lebih mesra dengan panggilan Cef Queen Siti, 51 tahun, reda dengan penyakitnya dan mencekalkan diri untuk mengharungi penyakit ini dengan semangat positif dan terbuka.



Cef Queen Siti telah didiagnosis dengan barah buah dada tahap kedua pada 2013 dan telah menjalani rawatan mastektomi yang menanggalkan salah satu buah dadanya.



Beliau kemudian menjalani rawatan kemoterapi dan pembedahan plastik pembinaan semula.



Namun, sepanjang perjalanan beliau menjalani rawatan barah buah dada, beliau mendapat maklumat tentang prosedur rawatannya terlebih dahulu daripada doktornya supaya beliau boleh mempersiapkan mindanya.



Sebagai contoh, Cef Queen Siti menjelaskan, apabila beliau hendak menjalani pembedahan plastik pembinaan semula, beliau bertanya kepada doktornya bagaimana rasanya selepas pembedahan tersebut. Doktornya memberitahunya bahawa bahagian buah dada yang dibedah akan berasa tegang.



Justeru, Cef Queen Siti tetapkan fikirannya agar beliau berasa yakin dan sememangnya, setelah sedar daripada pembedahan, itulah yang beliau rasa dan bukan rasa sakit.



"Saya tidak menafikan perasaan takut dan sedih itu ada apabila saya mula mendapat tahu bahawa saya diserang penyakit barah buah dada.



"Tetapi, saya tidak mahu dibuai emosi dan mahu melalui perjalanan rawatan penyakit barah buah dada sebaik-baik mungkin dengan rasa tenang dan pemikiran positif," kata Cef Queen Siti, ibu tiga anak yang berusia 20, 25 dan 28 tahun.



Anak-anaknya masih kecil semasa beliau menghidapi penyakit ini.



Beliau pernah bertugas di sebuah syarikat berbilang negara (MNC) dan kini bekerja dari rumah sebagai penolong eksekutif di sebuah MNC juga.



Beliau juga merupakan juara bagi pertandingan realiti memasak, Queen Juara Memasak dan juga berniaga dari rumah dengan mengambil tempahan makanan dan kek lapis.



Katanya lagi: "Menghidap penyakit barah buah dada bukanlah satu hukuman mati.



"Pengesanan awal adalah kunci untuk kembali sembuh dan meneruskan kehidupan bersama keluarga tersayang."



Menurutnya, doktor beliau telah menyarankan beliau mengunjungi Yayasan Barah Buah Dada supaya beliau boleh menyertai kumpulan sokongan di yayasan itu.



"Suasana di BCF sangat ceria dan positif sejurus saya tiba di situ.



"Apabila saya berbual dengan anggota BCF, saya tidak tahu mereka adalah pesakit barah, walhal ada di antara mereka sudah mengalami barah buah dada, sudah kembali sembuh dan kemudian terkena barah di bahagian badan yang lain sebanyak dua, tiga kali.



"Aura anggota BCF sangat positif dan ini membuat saya suka pergi ke sana," kata Cef Queen Siti.



Cef Queen Siti telah menyertai BCF pada 2014 dan dilantik sebagai ketua untuk kumpulan sokongan pesakit barah buah dada Melayu, di mana, beliau berusaha meningkatkan kesedaran tentang kumpulan sokongan dan aktiviti-aktiviti anjuran BCF di kalangan masyarakat Melayu.



"Tetapi, sebelum Covid-19, saya tidak menurut serta dalam kegiatan BCF seketika kerana saya sibuk menyertai kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) diploma dalam kecemerlangan perkhidmatan. Saya merancang kembali turut serta dalam kegiatan BCF pada masa akan datang," kata Cef Queen Siti.



Justeru, Cef Queen Siti menggalakkan pesakit barah buah dada menyertai BCF kerana yayasan ini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti kaunseling dan meminjamkan rambut palsu dan menganjurkan pelbagai kegiatan seperti bengkel memasak, kelas zumba, perlumbaan bot naga dan sebagainya.



  • Artikel ini dibawakan khas oleh Yayasan Barah Buah Dada dengan kerjasama Roche.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >