Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dari personaliti popular ke pengarah bersama

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



BERBANDING sebilangan selebriti televisyen lain yang kerap memuatnaik gambar peribadi dan keluarga di laman media sosial, pelakon Norman Ishak menganggap dirinya malu menonjolkan diri.



Lantaran itu, apabila dipilih sebagai Personaliti Lelaki Paling Popular pada Pesta Perdana ke-16 di Teater Mediacorp, Jumaat lalu, Norman yang bermula sebagai bakat cilik, bagaikan berada dalam awang-awangan mimpi.



Ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah tersebut, Norman, 32 tahun, berkata:



"Ini adalah pencalonan saya yang keempat bagi kategori personaliti popular. Saya sebenarnya sudah lali kalah sepanjang tiga edisi Pesta Perdana yang lalu. Malah, rasa canggung dicalonkan bagi kategori ini.



"Justeru, apabila diumumkan sebagai pemenang, saya macam tak pasti gelaran ini sesuai buat saya ataupun tidak. Di media sosial, saya memang tak seaktif yang lain dan bukan pempengaruh sosial.



"Calon-calon lain, Fauzie Laily, Iskandar Shah Zulkifli, Hans Hamid dan Izzat Yusoff semua 'members'. Kami sudah berjanji, tak kisahlah siapa yang menang sebab kami saling menyokong satu sama lain."



Norman turut dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama sebagai pengiktirafan lakonannya dalam drama cinta berlatarbelakangkan perang Bosnia, Hilang Kasih Di Sarajevo.



Dengan 17,500 pengikut Instagram, Norman akur jangkaan ramai pastinya beliau akan menghasilkan lebih banyak video TikTok dan memuatnaik gambar bersama keluarga atau berkongsi kisah peribadinya di media sosial.



"Bagi saya sendiri, orang yang layak menerima anugerah ini mestilah yang ekspresif dan selesa berkongsi gambar atau kisah peribadi dan libatkan keluarga mereka sekali dalam kandungan Instagram.



"Saya agak sepi di media sosial dan kadangkala rasa serba salah macam bebani penyokong saya dengan tugas mengundi saya bagi anugerah ini pula.



"Namun, jika ini namanya rezeki, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengundi kerana piala yang digenggam ini berkat sokongan keluarga, teman-teman dan pengikut saya.



"Walau tak banyak pos di media sosial, anda tetap setia menyokong saya," katanya lagi.



Norman, anak pelawak dan pengacara Allahyarham Ishak Ahmat, dikenali sebagai pelakon cilik air mata dalam drama Sayang Semuanya.



Faktor ini di samping kerendahan hatinya membuatkan penonton setia saluran Suria begitu terpaut dengan personalitinya.



"Sebenarnya, seorang pelakon kanak-kanak harus kekalkan nyala rasanya untuk terus berseni kalau ingin bergelar pelakon dewasa pula.



"Kalau semarak api ini mati, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Tak kiralah berapa banyak anugerah yang dimenangi, yang paling penting kerja seni ini dibuat seikhlas hati.



"Sebabnya, kita bukan sahaja ingin menghiburkan orang lain dalam drama tetapi perlu sampaikan pesanan buat mereka. Kalau lakonan kita ikhlas, ia sampai ke hati penonton," tambahnya.



Pada fasa selanjutnya dalam kerjaya seni Norman, beliau begitu teruja dengan peranan baru sebagai pengarah bersama yang akan disandangnya bagi siri drama 'thriller' baru Papahan Films, Identiti.



Ia mengisahkan tentang anak yang hilang dan tiba-tiba muncul selepas 20 tahun lenyap daripada pandangan ibunya.



Selepas keluar daripada kepompong selesanya sebagai pelakon televisyen dan mencuba teater monolog The Page On Stage - Samping di The Arts House dua tahun lalu, beliau bakal mengarah pula.



Amanah itu akan digalas dengan bantuan pengarah prolifik, M. Raihan Halim, yang juga mengarahnya bagi teater Samping.



"Saya gembira dan tidak sabar sebab dapat berada di balik kamera kali ini bagi mempelajari sesuatu yang baru. Lagipun, dalam bidang seni ini, kita tidak boleh mudah berpuas hati dan berusaha pertingkat diri," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >