Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Derita radang kulit sejak berusia 13 tahun

Baru-baru ini, dikejarkan ke hospital selepas seluruh mukanya pula diserang ekzema
Nov 15, 2021 | 05:30 AM



BAK sudah jatuh ditimpa tangga.



Derita ekzema yang dialami Cik Zaleha Abdul Kader bukan sahaja belum pulih, malah terus merebak ke bahagian lain tubuhnya.



Kalau dahulu ia hanya menjejas bahagian tangan, belakang badan serta kakinya, kini masalah kulit yang dialaminya itu terus merebak ke bahagian depan tubuh dan yang terkini ke mukanya.



Kisah Cik Zaleha yang mengalami ekzema sejak berusia 13 tahun pernah disiarkan di dada akhbar ini beberapa tahun lalu.



Sejak itu banyak rawatan yang telah dilaluinya - termasuk cara moden dan tradisional.



Namun langsung tidak membuahkan sebarang hasil.



Baru-baru ini beliau yang belum berumahtangga telah dikejarkan ke hospital selepas seluruh mukanya pula diserang ekzema.



"Secara jujurnya, apabila saya lihat wajah saya di cermin, saya sendiri rasa seram. Muka saya diselaputi kepingan kulit yang kering.



"Muka saya berasa amat bisa, sehinggakan saya tidak mampu makan. Sebabnya apabila saya buka sahaja mulut, kulit saya yang kering akan koyak dan berdarah.



"Begitu juga dengan badan saya yang berasa amat sakit.



"Pada ketika itu, saya tidak dapat bergerak ke mana, atau lakukan apa pun dan hanya mampu terbaring di atas katil saya.



"Saya hanya mampu berdoa semoga penyakit saya disembuhkan ketika itu," katanya yang ketika itu enggan ke hospital kerana bimbangkan kesihatan dan nasib ibunya di rumah seorang diri.



Kebetulan sehari selepas mula diserang semula ekzema yang kronik itu, rumahnya dilawati seorang kakitangan daripada kelab masyarakat berdekatan yang menghantar makanan kepada beliau dan ibunya.



Cik Zaleha kemudian hanya mampu menghantar pesanan WhatsApp kepada kenalannya itu yang kemudian meminta bantuan beberapa rakan sepejabat beliau sebelum mereka menghubungi ambulans.



RAWATAN DI HOSPITAL



Cik Zaleha kemudian dimasukkan ke wad pengasingan selama sehari sebelum dipindahkan ke wad biasa selama tujuh hari.



Semasa di sana beliau telah diberi sejenis suntikan yang meredakan keadaannya, kata doktor yang merawatnya, Dr Koh Wei Liang.



Cik Zaleha berkata beliau kemudian disuntik dua kali semasa tempohnya dirawat di hospital.



"Selepas dua hari disuntik, saya mula rasa amat lega dengan keadaan ekzema yang saya alami. Saya lihat wajah saya mula kembali normal, dan begitu juga bahagian lain tubuh saya.



"Yang pasti saya dapat tidur dengan amat lena, sesuatu yang saya sukar lakukan selama berpuluh tahun lamanya," jelasnya lagi.



MATA TERJEJAS



Akibat menggosok matanya terlalu kuat kerana ekzema, Cik Zaleha mengalami kornea mata kiri yang koyak dan ini menjejas penglihatannya.



Penglihatan mata kanannya pula terjejas akibat katarak yang mungkin disebabkan terlalu banyak ubat steroid yang perlu diambilnya sebelum ini.



Kini penglihatan mata kirinya hanya berfungsi 10 peratus sementara penglihatan mata kanannya hanya 40 peratus.



"Saya belum sempat berjumpa doktor untuk rawatan susulan kerana keadaan kesihatan saya masa kini. Jadi buat masa ini, saya hanya bergantung kepada tongkat putih untuk bergerak ke mana-mana.



"Sementara itu, saya juga membesarkan abjad pada telefon bimbit saya untuk membaca pesanan yang dihantar pada saya," ujarnya lagi yang turut mengalami masalah lelah, migrain dan rasa cemas.



KEADAAN IBU



Sedang beliau dirawat di hospital, Cik Zaleha sentiasa terkenangkan nasib ibunya, Cik Saodah Busu, 72 tahun.



Menurut Cik Zaleha, ibunya yang sebelum ini aktif dalam senaman qigong, mengalami masalah artritis selain demensia peringkat awal, sejak dua tahun lalu.



Sejak itu, kebanyakan kegiatan rutin harian seperti menyediakan juadah makan diserahkan kepada Cik Zaleha.



"Sebab itulah pada awalnya saya keberatan ke hospital kerana bimbangkan keadaannya dan lagipun saya enggan susahkan sesiapa.



"Tapi saya bernasib baik, kerana ada saudara mara dan jiran saya yang datang menjenguk ibu hampir setiap hari. Mereka juga sediakan makanan untuk ibu," jelasnya.



Cik Zaleha menambah sebelum ini beliau juga telah menangguhkan temu janji ibunya di klinik sebanyak tiga kali kerana serangan ekzema yang dialaminya.



Tapi beliau bertekad membawa ibunya itu ke klinik selepas beliau mula pulih seperti sediakala.



Kini selain menerima bantuan ikhlas saudara mara dan jirannya, Cik Zaleha turut menanti sokongan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), selain menerima bantuan wang tunai daripada Pejabat Khidmat Sosial (SSO).



Meskipun begitu beliau tetap bimbang akan tunggakan hutang untuk baki pinjaman bagi flat empat biliknya di Sims Avenue itu.



"Mudah-mudahan saya dapat sembuh dengan cepat dan kemudian dapat saya jalankan tugas bagi menyara kehidupan saya dan ibu," ujarnya yang kematian bapanya pada 1984 dan adik lelakinya pada 2012.



Kededuanya meninggal dunia akibat penyakit lelah.



RAWATAN SUSULAN



Bagi memastikan beliau dapat meneruskan dan menyara kehidupan, Cik Zaleha memerlukan suntikan ubat yang diberi nama Dupixent.



Malangnya ubat yang mampu meredakan keadaan ekzemanya itu berharga $1,000 bagi setiap suntikan.



Mujur baginya semasa dimasukkan ke hospital dan semasa menerima suntikan tersebut kali pertama semasa di wad, beliau mendapat bantuan kakitangan kebajikan sosial perubatan pihak Hospital Besar Changi (CGH).



"Dan saya diberitahu yang saya akan menerima bantuan bagi bayaran suntikan-suntikan itu yang saya perlukan sepanjang hayat saya.



"Kini saya hanya mampu ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu, dan akan terus berdoa selain berusaha memastikan keadaan saya kembali pulih.



"Yang penting saya dapat teruskan kehidupan seperti biasa dan menjaga ibu dengan sebaiknya.



"Selagi boleh saya tidak mahu susahkan orang lain," ujarnya lagi yang tetap tenang dengan nasib yang dialaminya kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >