Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pesona Duet SG

'Dua Dalam Satu' gandingkan bakat setempat selepas 12 tahun

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



PERTEMUAN antara dua bakat tempatan di dalam program kanak-kanak Suria seperti Rentak Cilik dan Tra La La sekitar 12 tahun lalu ternyata membawa impak hingga ke hari ini.



Siapa sangka, baru-baru ini, juara Anugerah 2005, Hyrul Anuar, 36 tahun, dan bekas penghibur cilik Izzathy Halil, 24 tahun, mampu menjalin kerjasama dalam lagu duet Dua Dalam Satu.



Lagu hasil tulisan lirik Hyrul digubah bersama Kazhendra Kazan dari Muezza Productions.



Ikuti wawancara Berita Harian bersama mereka.



Soalan (S): Bagaimana kerjasama anda boleh terjalin?



Hyrul: Saya mengenali Izzathy sejak beliau berusia 12 tahun lagi. Kami terlibat dalam rancangan kanak-kanak, Rentak Cilik dan Tra La La.



Semasa usianya kecil, kami sering masuk ke studio bersama-sama untuk merakamkan lagu kanak-kanak.



Amat bermakna apabila 12 tahun kemudian kami rakamkan 'single' bersama.



Saya percaya pada bakat beliau yang sangat luas dan keupayaan vokalnya yang harus ditonjolkan pada penggemar muzik tanah air.



Hasrat untuk berkolaborasi sudah lama terpendam memandangkan kami terlibat dalam persembahan di Esplanade.



Saya terfikir mengapa tidak rakam lagu duet dengannya? Ini akan membakar semangatnya untuk hasilkan muzik sendiri selepas ini.



Izzathy: Sebenarnya, saya sangat terharu bahawa dalam ramai penyanyi tempatan, Hyrul memilih saya sebagai rakan duet dalam lagu ini.



Saya juga bersyukur kerana ini adalah 'single' pertama saya sebagai artis rakaman bebas yang tidak terikat dengan mana-mana label.



S: Apa pandangan Hyrul tentang bakat Izzathy?



Hyrul: Saya ibaratkan beliau sebagai Tori Kelly versi Melayu. Sukar untuk mencari penyanyi remaja wanita yang bersuara lantang ala diva sekarang.



Dalam pasaran Singapura, kita ada Rahila Rashun dan Liwani tetapi selepas itu, siapa lagi?



Saya kagum dengan julat vokal, kesegaran dan dinamika suaranya. Selain cemerlang menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi, beliau cukup serba boleh menyesuaikan lenggok suaranya mengikut rangkaian lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.



S: Apakah yang menarik tentang 'Dua Dalam Satu' dan takrifan peribadi anda mengenainya?



Izzathy: Saya ingat lagi kali pertama Hyrul memperkenalkan lagu ini kepada saya, dengan suaranya yang 'dibuat-buat'menyanyikan melodi lagu bahagian wanita... macam suara 'kepit' gitu, walau saya secara peribadi dapati suara Hyrul nyanyi lagu apa pun memang lunak!



Saya terus jatuh cinta dengan gubahan lagu, melodi dan lirik lagu ini. Mulanya, saya payah hadam liriknya walaupun ringkas. Namun, setelah mendalaminya, saya beri tabik hormat buat Hyrul.



Lagu ini ibarat buku panduan buat pasangan yang berkasih.



Hyrul: Pesanan lagu ini sangat mudah sebenarnya. Sebagaimana kita diciptakan berpasangan, lagu ini menekankan tentang struktur cinta yang sempurna.



Sepertimana dalam kisah percintaan antara pasangan, harus ada dua dalam satu. Tiada tiga atau empat, kelak berantakan nanti! Haha.



Tetapi bila dan di mana cinta itu akan menyatu menjadi rahsia-Nya. Mengapa dua insan yang kadang tampak berbeza tetapi saling melengkapi - juga menjadi rahsia-Nya.



Walau ke mana jua, atau selewat mana, akan tiba masanya pasangan kita akan ditemui jua.



S: Lagu duet kegemaran anda?



Hyrul: Whenever You Call (nyanyian Mariah Carey dan Brian Mcknight). Saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Vokal mereka mencetus inspirasi buat saya.



Timeless (nyanyian Kelly Clarkson dan Justin Guarini). Pada saya, inilah lagu cinta paling romantis tetapi kurang diketengahkan.



Akhir sekali, Dirgahayu (nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir). Gabungan dua inspirasi saya. Faizal memang 'genius' yang dapat menghasilkan muzik majestik yang gah.



Izzathy: Ifuleave, dendangan Musiq Soulchild menampilkan Mary J. Blige. Saya meminati lagu R&B dengan lirik yang sangat berkesan mengisahkan tentang putus cinta. 'Tangkap feel'! Penyampaiannya mengagumkan dan penuh emosi.



Almost Is Never Enough oleh Ariana Grande dan Nathan Sykes. Semua budak sekarang sukakan Ariana. Julat suaranya meluas dan beliau pandai kawal vokalnya.



Akhir sekali, Brokenhearted, lagu 'cover' oleh Tori Kelly dan Jeremy Passion.



Tori adalah seorang penyanyi yang saya kagumi dari segi lenggok nyanyian yang tidak mengecewakan. Gandingan mereka berdua mantap. Lagu ini pun baik untuk 'tangkap feel'.




"Saya terus jatuh cinta dengan gubahan lagu, melodi dan lirik lagu ini. Mulanya, saya payah hadam liriknya walaupun ringkas. Namun, setelah mendalaminya, saya beri tabik hormat buat Hyrul."
- Izzathy Halil.



"Pesanan lagu ini sangat mudah sebenarnya. Sebagaimana kita diciptakan berpasangan, lagu ini menekankan tentang struktur cinta yang sempurna."
- Hyrul Anuar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >