Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU FILEM

Emosi lebih suram di sebalik aksi 'Spider-Man', 'Resident Evil'

Tom Holland, Kaya Scodelario pikul bebanan besar bagi teruskan daya tarikan filem adiwira gah
Dec 15, 2021 | 05:30 AM



BUKAN mudah membawa watak dalam francais filem besar yang sebelum ini dihidupkan oleh pelakon lain, lebih-lebih lagi yang disayangi peminat.



Yang sering diingati penonton adalah bintang asal filem adiwira dengan jenama besar Spider-Man dan Resident Evil yang diterajui Tobey Maguire dan Mila Jovovich.



Pastinya, Tom Holland yang menyarung seragam merah biru dan merah hitam untuk menggantikan Maguire dan Andrew Garfield sebagai wira labah-labah Spider-Man atau Peter Parker merasakan tekanannya.



Pelakon Inggeris berusia 25 tahun ini, bagaimanapun, mengatasi Maguire dan Garfield dari segi bilangan filem Spider-Man yang dijayakannya.



Kalau Maguire tampil dalam tiga filem, Spider-Man, Spider-Man 2 dan Spider-Man 3 manakala Garfield pula muncul dalam dua filem, The Amazing Spider-Man dan The Amazing Spider-Man 2, Holland pula diketengahkan sebagai Spider-Man dalam enam filem.



Terima kasih kepada syarikat penerbitan gergasi Marvel Comic Universe (MCU), maka Holland dilamar selaku Spider-Man buat Captain America: Civil War, Spider-Man: Homecoming, Avengers: Infinity War, Avengers: Endgame, Spider-Man: Far From Home dan Spider-Man: No Way Home.



Jovovich yang sudah mencecah usia 45 tahun pula perlu memberi laluan buat pelakon muda, Kaya Scodelario, 29 tahun, selepas enam filem dalam francais Resident Evil.



Enam filem tersebut adalah Resident Evil, Resident Evil: Apocalypse, Resident Evil: Extinction, Resident Evil: Afterlife, Resident Evil: Retribution dan Resident Evil: The Final Chapter.



Scodelario kini boleh anda tonton di pawagam dalam filem Resident Evil: Welcome to Raccoon City.



Bezanya, mereka adalah dua watak berbeza. Jovovich adalah Alice dan Scodelario adalah Claire Redfield, sekutu terdekat Alice dan watak yang asalnya dibawa oleh Ali Larter.



Menonton dua filem ini membawa saya melihat betapa satu idea kreatif mampu melahirkan lebih banyak idea kreatif agar relevan dengan tuntutan masa kini.



JALAN CERITA AKSI SEGAR WALAU DISULAM KESEDIHAN



Kebiasaannya apabila pelakon baru diperkenalkan untuk menggantikan pelakon lama dalam filem adiwira yang dihasilkan semula seperti Spider-Man, jalan cerita yang disajikan mungkin adalah serupa.



Apabila kerap diulang-ulang tentang bagaimana Peter Parker menjadi Spider-Man, peminat tegar francais filem ini mungkin akan terasa kebosanan.



Justeru, adalah satu kesegaran untuk membawa penonton bererdar pada jalan cerita baru sepertimana dalam Spider-Man: No Way Home.



Kali ini, identiti wira labah-labah kesayangan ramai ini diketahui. Topengnya terbuka sehinga dia tidak dapat memisahkan antara kehidupan sebenarnya sebagai Peter Parker dan adiwira Spider-Man.



Peter meminta bantuan Doctor Strange tetapi keadaannya menjadi lebih mencabar dan risiko bahayanya bertambah sebab ia mendesaknya mengetahui apakah pengertian menjadi Spider-Man.



Berbanding dengan filem Spider-Man yang sudah, terdapat unsur kesedihan dan kesuraman dalam filem kali ini.



Dilema Peter dapat penonton rasakan apabila rahsia yang dipendamnya dalam membantu masyarakat tanpa dikenal pasti sudah terbongkar.



Rasa serba salah, keliru, marah, sedih dan menyesal bercampur-aduk menjadi bebanan fikiran.



Perkara ini diakui sendiri oleh Holland dalam nota penerbitan filem ini.



Katanya: "Apa yang akan membuat orang ramai terkejut adalah filem kali ini luput unsur keseronokan melihat Spider-Man terjun dari bangunan tinggi atau menyelamatkan orang dengan menghayun tubuhnya dari satu bangunan ke bangunan lain.



"Sebaliknya, ada semacam kesedihan dan kegelapan yang membuat penonton terkesan sebab anda enggan melihat watak kesayangan anda harungi sesuatu yang perit dan mendesak naluri kemanusiaannya."



Spider-Man: No Way Home memberikan saya gambaran tentang kebenaran yang kebanyakan masa, orang yang menggembirakan orang lain dan menyelamatkan masyarakat sebagai adiwira sebenarnya lebih banyak menangis dalam senyuman.



Banyak pengorbanan dan jerih payahnya yang tak dapat dibayangkan hanya untuk menjadi adiwira berhati mulia.



HOLLAND MULA JEMU JADI SPIDER-MAN?



Tekanan yang dirasakan Holland bagi membawa watak besar Spider-Man dalam enam filem dapat dibayangkan.



Sebab beliau berdepan dengan kelompok peminat Maguire dan Garfield.



Di sebalik saya secara peribadi lebih sukakan lakonan Maguire yang beremosi hanya dengan menatap matanya yang berkaca dalam babak sedih serta ketangkasannya dalam babak aksi, ada juga pandangan pengamat filem bahawa Holland adalah Spider-Man yang tepat dek usia muda belianya.



Mungkin juga pihak Marvel memberi jalan cerita yang baik untuk Holland jayakan berbanding filem Spider-Man yang diterajui Maguire dan Garfield.



Laman Insider menyenaraikan Holland sebagai pelakon yang paling layak membawa watak Spider-Man dalam kalangan 11 pelakon yang sama ada pernah membawa watak wira itu atau meminjamkan suara mereka bagi animasi Spider-Man.



Maguire di tangga ketiga manakala Garfield di tangga ke-10.



Namun, terbaca dalam beberapa rencana, Holland enggan terlalu lama menjadi Spider-Man malah bergelar pelakon kerana ingin beredar ke projek lain termasuk menjadi penari, kemahiran asalnya sewaktu kecil.



MUSLIHAT SYARIKAT FARMASI YANG JEJAS PENAKATAN MANUSIA TERUS DITEROKA 'RESIDENT EVIL'



Resident Evil: Welcome to Raccoon City pula masih lagi berlegar di sekitar syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corp dan kota Raccoon City yang menjadi bak padang jarak padang tekukur yang mati tetapi masih mengandungi anasir negatif dalam bentuk zombi yang ingin menentang manusia.



Apabila kekejaman wujud semula dan tidak terkawal di bandar ini dengan kebangkitan si mati menjadi zombi, Claire dan rakan-rakannya harus bekerjasama untuk menyelongkar muslihat di sebalik penubuhan Umbrella Corp dan eksperimen membahayakan manusia yang ia kendalikan.



SCODELARIO TIDAK MENGECEWAKAN SEBAGAI WIRA AKSI PENUH EMOSI



Sememangnya ramai yang melihat aksi nekad Jovovich buat tempoh panjang dari 2004 hingga 2016 akan rindukan kehadirannya.



Namun, saya dapat lihat betapa Scodelario yang memegang 'baton' wirawati Resident Evil kini memberi terbaik buat filem yang meraih inspirasi daripada permainan komputer Jepun yang terkenal.



Emosinya sebagai Claire, anak yatim yang melalui trauma demi trauma begitu jelas kelihatan.



Sekali lagi, isu penakatan manusia apabila diancam bahaya serta muslihat syarikat gergasi dalam mengendalikan ujian berisiko yang memusnahkan manusia dipaparkan.



Cuma kali ini, kesuraman plot dapat lebih dirasakan. Segala yang tidak elok tentang manusia yang boleh dikaitkan dengan alam nyata dibongkar.



Resident Evil lebih daripada setakat filem aksi. Ia berpengaruh dari segi mewujudkan budaya pop dari segi muzik, pakaian, teknik perfileman dan pencahayaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >