Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ethis Global berdasarkan syariah kumpul dana ekuiti $2.28 juta luas niaga di Indonesia, M'sia

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT penjanaan awam berdasarkan syariah, Ethis Global telah mengumpulkan dana ekuiti sebanyak AS$1.7 juta ($2.28 juta) dari para pelabur dalam bagi memperluaskan perniagaannya di Indonesia dan Malaysia.



Pengasasnya Encik Umar Munshi berkata syarikat itu telah menarik pelabur termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) Standard Chartered Saadiq, yang merupakan perbankan Islam berpangkalan di Dubai, Encik Khurram Hilal, dan seorang tokoh perbankan Islam terkemuka, Dr Daud Vicary Abdullah, yang juga pengarah urusan DVA Consulting dan mantan Presiden Inceif, sebuah institut kewangan Islam di Malaysia.



Syarikat induknya, kumpulan Ethis Global Sdn Bhd di Malaysia, kini memiliki tiga anak syarikat: Ethis Ventures Sdn Bhd, PT Ethis Fintech Indo dan GS Global Guardian Sdn Bhd yang mempunyai jenama Global Sadaqah (GS).



Ethis Ventures dibentuk pada 2017 dan merupakan wadah penjanaan awam ekuiti berlandaskan syariah pertama yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada lewat 2020.



Pengerusi Penasihat Ethis Group, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, berkata: "Matlamat sejagat dan tumpuan kami ialah menarik pemegang saham baru yang membawa pengalaman dan rangkaian hubungan ke dalam kumpulan kami dan kami berharap ia akan dapat mendorong pertumbuhan bagi tahun-tahun mendatang.''



Tahun depan, Ethis merancang menawarkan khidmat di Indonesia dan Malaysia yang meliputi projek pertanian dan wakaf.



"Dengan pelaburan AS$1.7 juta dari pelabur itu, kami berharap untuk meluaskan perniagaannya dan memanfaatkan teknologi baru sebagai antara usaha penuh sebelum syarikat itu mengumpulkan dana sebanyak AS$10 juta dalam pusingan Siri A penuh,'' kata Encik Umar.



Diasas pada 2014, Ethis merupakan syarikat teknologi kewangan (fintech) Islam yang menawarkan pelaburan penjanaan awam yang mampan. Ia beroperasi menggunakan wadah yang dikawal di Malaysia dan Indonesia dan sudah mendapat kelulusan pengawalan di Dubai dan Qatar.



Ethis Indonesia telah beroperasi sejak 2015, memadankan pelabur runcit dari lebih 50 negara dalam kempen-kempen pelaburan yang menumpukan dalam bidang seperti perumahan dan projek rangkaian bekalan syarikat kecil dan sederhana (SME).



"Kesinambungan ini, kami yakin akan menjadi pemangkin dalam pertumbuhan dan kejayaan kami,'' tambah Encik Umar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >