Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fasa Ketiga bawa sinar harapan kepada ekonomi seni

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



FASA Tiga pembukaan semula ekonomi Singapura memberi sinar harapan yang baru kepada penganjur acara dan penggiat seni, yang telah terjejas dengan sekatan Covid-19.



Beberapa penganjur dan syarikat memberitahu Berita Harian mereka teruja dengan pengumuman tentang Fasa Tiga, yang ditetapkan bermula pada 28 Disember nanti.



Antara lain, sekatan akan dilonggarkan untuk membolehkan sehingga 250 orang menghadiri sesuatu acara hiburan atau persembahan awam.



Penganjur acara dan pengurus bakat dari Voz Management, Encik Olly Ismail, merupakan antara mereka yang mengalu-alukan berita baik tentang Fasa Tiga yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin lalu.



Beliau sedang merancang acara Anugerah Dasyat Giler pada Mac ini bagi meraikan artis-artis yang lagu mereka memasuki carta.



Jika sebelum ini, pihaknya hanya mempertimbangkan wadah dalam talian untuk menganjurkan acara tersebut, mereka kini mempertimbangkan acara hibrid untuk menyatukan persembahan langsung dan juga penstriman dalam talian.



"Seronok kalau dapat libatkan peminat yang ingin menyokong artis kesayangan mereka daripada setakat menonton di telefon bimbit dari jauh.



"Kami masih berbincang dan menanti pengumuman lanjut mengenai ketetapan yang diperlukan dalam menganjurkan konsert di luar serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil," katanya.



Dalam pada itu, pusat seni seperti Esplanade pula telah pun membentangkan sajian hiburan yang boleh dinikmati awam sepanjang Januari hingga Mac ini.



Ini termasuk siri persembahan percuma yang diadakan secara harian di ruang legar Esplanade.



LAPORAN LANJUT: Lebih banyak acara, lebih ramai penonton...




"Seronok kalau dapat libatkan peminat yang ingin menyokong artis kesayangan mereka daripada setakat menonton di telefon bimbit dari jauh."
- Encik Olly Ismail, penganjur acara dari Voz Management.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >