Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Fatimah Mohsin buka restoran ala suasana kampung

Setempat
27
0

Fatimah Mohsin buka restoran ala suasana kampung

Dec 03, 2020 | 05:30 AM

BELIAU telah lama mencari dewan majlis yang menawarkan suasana eksklusif seperti kampung atau di tepi pantai untuk majlis perkahwinan.

Apabila usahawan Fatimah Mohsin akhirnya berjaya mendapatkan tempat yang sesuai di Gallop Kranji Farm Resort, beliau yang jatuh hati dengan suasana sekitaran yang jauh dari hiruk pikuk kota, mengambil keputusan meluaskan rancangan perniagaannya ke bidang makanan dan minuman (F&B) pula - dengan membuka restoran pertamanya.

Dikenali dengan nama 555 Halal Thai di 10 Neo Tiew Lane 2, restoran yang dibuka esok bagi gerai penjaja dan mulai Isnin bagi makanan Thai - adalah berkonsep terbuka yang menawarkan suasana resort, di kelilingi banyak flora dan fauna.

Selain daripada makanan Thai yang disiapkan sendiri oleh tukang masak asal Thai, restoran itu turut menawarkan pelbagai makanan penjaja yang dikendalikan oleh peniaga dari rumah yang dipilih Cik Fatimah sendiri berdasarkan pengalaman dan mutu makanan mereka. Makanan itu termasuk apam balik, pisang goreng pelbagai perisa, sate, laksa dan nasi lemak kukus.

Ketika ditemui, usahawan itu berkata beliau mulanya tidak merancang untuk menceburi F&B tetapi sekadar mahu mencari dewan tetap bagi majlis perkahwinan yang dikendalikannya.

"Saya sebenarnya dah lama mencari kawasan bersuasana kampung atau di tepi pantai. Akhirnya saya bertemu seorang rakan yang dah lama kendali restoran di Gallop Kranji Farm Resort. Tetapi operasi restoran milik kenalan saya ini terjejas sejak Covid-19, bahkan tidak beroperasi langsung dan prasarana lama tempat ini agak lusuh.

"Justeru beliau menawarkan agar saya bergabung dengannya untuk menjalankan F&B dengan konsep baru," kata Cik Fatimah sambil menjelaskan rakan kongsinya tidak mahu diketengahkan di media.

Beliau juga merahsiakan pelaburan yang dikeluarkan untuk membangunkan tempat tersebut.

Kawasan resort itu cukup luas tetapi tempat yang dikendalikan Cik Fatimah adalah sekitar 5,000 kaki persegi. Untuk majlis perkahwinan, ia boleh memuatkan 200 tetamu untuk sekali duduk.

Kata Cik Fatimah, walaupun beliau menyedari kawasan tersebut agak jauh di hujung utara Singapura - bahkan anda boleh melihat bangunan di Tanjong Puteri di Johor dari Selat Johor ketika melewati jambatan di Kranji Way - beliau percaya ia tidak menjadi penghalang untuk orang ramai mengunjungi tempat tersebut.

"Orang Singapura suka cari tempat-tempat yang unik untuk mendapatkan suasana tenang dan makanan yang sedap. Ramai yang beritahu saya, perjalanan ke restoran ini seperti perjalanan ke Melaka…. macam masuk kampung!"

Restoran itu akan beroperasi dari 11 pagi hingga 11 malam pada hari biasa dan 10 pagi hingga tengah malam pada hujung minggu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3