Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Tipez' temu jodoh dengan polis

Penstriman langsung majlis nikah pelakon 'Aduh...Bibikku!' Atyy Malek di YouTube pagi ini
Oct 10, 2020 | 05:30 AM



ORANG tua-tua kata, 'Jangan terlalu benci dengan seseorang...nanti dari benci jadi suka sampai kahwin dengan orang berkenaan...'



Kata-kata ibunya sewaktu beliau meniti usia remaja membuatkan peneraju watak pembantu rumah Indonesia, Tipez, dalam Aduh...Bibikku!, Atyy Malek, 29 tahun, tergelak kini.



Kerana bak plot drama cinta, peralihan daripada benci jadi sayang itulah yang benar-benar terjadi kepadanya yang akan bernikah dengan Muhammad Syahmi Kadir, 28 tahun, seorang pegawai polis pada 10 pagi ini.



Perkenalan bermula sekitar 15 tahun lalu di Sekolah Menengah Serangoon dengan Atyy tidak berkenan dengan Syahmi, seorang pemain bola sepak sekolah yang popular dalam kalangan gadis sekolah tersebut.



Sebagaimana kongsi Atyy ketika dihubungi di ambang majlis pernikahannya:



"Pada ketika itu, saya di menengah dua, dia di menengah satu. Syahmi budak bola...jadi biasalah, dia perasan macam lawa, terror...macam hero yang dikenali dan disukai pelajar perempuan lain.



"Kawan-kawan saya merasakan dia ni cute...selalu juga lihat budak perempuan suka cubit-cubit pipinya. Mereka hairan mengapa saya pandang Syahmi macam biasa-biasa sahaja. Saya tengok rasa meluat dan memang menyampahlah dengannya.



"Nak ringkaskan cerita, ada satu peristiwa yang buatkan saya lembut hati dan anggap dia ni sahabat yang prihatin. Ketika saya dalam kesusahan pada waktu itu, dialah penyelamat dan pemberi semangat. Satu perkara tentangnya yang buat saya rasa selamat, dia penyayang dan bertanggungjawab pada keluarga.



"Walaupun Syahmi kemudian berpindah sekolah sewaktu di menengah dua, kami masih berkawan. Kami masing-masing pergi dating dengan orang lain tetapi kami tetap suka dan selesa kongsi pengalaman."



Pada 2010, Atyy yang berada di tahun akhir Politeknik Temasek (TP) dan Syahmi yang menuntut di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menjalin ikatan lebih serius.



Bagi pelakon genit yang dikenali dan disukai ramai kerana keselambaannya membawa watak Tipez, menyertai gerbang perkahwinan adalah sesuatu yang menimbulkan debaran buatnya.



"Saya sudah biasa berdikari dan merupakan anak tunggal. Memikirkan bakal ada orang lain yang berkongsi hidup dengan saya kadangkala membuatkan saya janggal.



"Namun, saya mohon keluarga, teman-teman dan orang ramai doakan yang terbaik buat kami. Bohonglah kalau saya katakan hubungan cinta kami berbunga-bunga indah sentiasa.



"Banyak dugaannya. Ada pasang surutnya sampaikan pernah ada tempoh nak putuskan sahaja atau tak jadi nak kahwin. Sungguhpun begitu, doa ibu bapa saya dan Syahmi mengukuhkan hubungan kami.



"Ramai orang ingat Syahmi pasti cemburu apabila saya aktif berlakon dan dikenali. Tapi terus terang saya katakan, kalau tak kerananya yang percayakan bakat saya, saya takkan ada dalam persada lakonan.



"Syahmi selalu kata saya boleh menghiburkan orang lain dan ada bakat lakonan semula jadi. Mengapa tak asah bakat itu?" cerita Atyy lagi.



Ditanya apakah yang membuatkan mereka saling melengkapi, Atyy menjelaskan beliau dapat memberi Syahmi kekuatan meluahkan pandangan secara jujur manakala Syahmi membuatnya selesa bergaul dalam kumpulan teman yang ramai.



Dalam pada itu, Atyy juga memohon maaf kepada mereka yang dikenali tetapi tidak dapat diundang ke majlis yang terbatas had hadirinnya kerana ketetapan yang perlu dipatuhi dalam tempoh Covid-19.



Majlis pernikahan mereka di rumah Atyy dibuka kepada keluarga dan teman terdekat. Namun, orang ramai boleh menontonnya di YouTube menerusi pautan Bit.ly/atisyah



Jamuan resepsi di Lagun Sari pula dibuat dalam dua sesi (setiap satu 50 orang) esok.



Mengenai percutian bulan madunya, Atyy tertawa seraya berkata:



"Nak ke New York tak jadi...maka kami berbulan madu di Sentosa sahaja, konon feeling Bali."



BAKAL SUAMI TAK CEMBURU MALAH GALAK BERLAKON



"Ramai orang ingat Syahmi pasti cemburu apabila saya aktif berlakon dan dikenali. Tapi terus terang saya katakan, kalau tak kerananya yang percayakan bakat saya, saya takkan ada dalam persada lakonan.

Syahmi selalu kata saya boleh menghiburkan orang lain dan ada bakat lakonan semula jadi. Mengapa tak asah bakat itu?"

- Atyy Malek




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >