Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

HIBURAN

Maya ingin mahir dalam lakonan juga

Dalam usia 18 tahun sudah jaya pikat hati ramai penonton dari S'pura hingga ke NY dengan kehebatan suara
Apr 18, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI anak muda yang dibesarkan dalam keluarga muzik, Maya Raisha Zainudin telah memikat hati ramai penonton dari Marina Bay Sands di Singapura hingga ke Carnegie Hall di New York dengan kehebatan suaranya.



Kini, dengan pelibatannya dalam persembahan teater yang akan datang, No Regrets - A Tribute to Edith Piaf, yang dianjurkan oleh Sing'theatre, Maya berharap dapat mengasah kemahirannya sebagai penghibur bukan hanya sebagai penyanyi, malah sebagai seorang pelakon.



Meskipun berpengalaman dalam pelbagai persembahan di Singapura dan di luar negara, Maya mengakui bahawa penampilan beliau kali ini adalah persembahan pertamanya dalam teater muzikal.



MAIN WATAK EDITH PIAF



Memainkan watak sebagai Edith Piaf ketika beliau masih anak muda dalam persembahan itu, Maya berkata beliau dapati wataknya serupa dengan dirinya dari segi dorongan semangatnya dalam bidang seni.



"Sebahagian besar kehidupan Edith diceritakan melalui muzik.



"Sekiranya anda mendengarnya, anda dapat mempelajari dan mengetahui identitinya sebagai seorang individu.



"Dari segi itu, saya rasa kami agak serupa kerana sebahagian besar kehidupan saya juga melibatkan muzik sejak saya muda lagi.



"Boleh dikatakan kami berdua mempunyai keinginan kuat untuk berjaya dalam apa yang kami lakukan," kata anak muda berusia 18 tahun itu.



Produksi muzikal yang mempamerkan 20 lagu dalam bahasa Perancis dan Inggeris itu merupakan reviu yang akan menceritakan perjalanan muzik Edith Piaf di negara Perancis serta pahit manis kehidupannya sebagai seorang penyanyi wanita.



MENYANYI DALAM BAHASA PERANCIS



Daripada 20 lagu itu, kata Maya, beliau akan menyanyikan tiga lagu dalam bahasa Perancis secara solo.



Beliau, yang mempelajari bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga di sekolah sejak di sekolah menengah lagi, berkata pengetahuan itu banyak membantunya dari segi menyebut lirik-lirik lagu dengan baik.



"Cara Edith menyanyi sebenarnya agak unik dan sukar meniru atau mengikutinya. Menyanyi dalam bahasa berlainan juga bukan sesuatu yang mudah.



"Namun begitu, saya rasa pengetahuan bahasa ketiga ini memberi saya kelebihan untuk memahami liriknya dengan lebih mendalam serta menyanyikannya dengan sebaik mungkin," katanya.



HADAPI CABARAN



Meskipun beliau selesa menyanyi, Maya berkata pada masa yang sama beliau menghadapi beberapa cabaran untuk berlakon dan menyanyi.



Namun begitu, katanya, beliau terdorong untuk menunjukkan prestasi terbaik daripada pelakon-pelakon lain.



Antara mereka ialah pelakon terkenal Hossan Leong, Mina Ellen Kaye, Rebekah Sangeetha Dorai dan Sofia Poston.



"Pelakon lain semua mempunyai bakat yang hebat dan menunjukkan prestasi terbaik mereka.



"Untuk memastikan saya menunjukkan prestasi yang sama, saya banyak bertanya soalan kepada Hossan dan pelakon lain untuk mendapatkan nasihat.



"Saya bersyukur sangat kerana banyak orang menghulurkan bantuan kepada saya," kongsinya.



Ghairah untuk membuat persembahan di atas pentas secara fizikal buat pertama kali sejak Singapura dilanda wabak Covid-19, anak kedua dalam tiga beradik itu berharap orang ramai dapat menikmati persembahannya.



"Saya percaya bahawa ramai penonton menantikan persembahan ini.



"Seperkara yang utama ialah membiarkan semangat anda memandu anda dalam hidup.



"Saya harap ramai antara kita dapat kaitkan diri mereka dengan Edith dan meraih inspirasi untuk memenuhi minat dan mencapai impian mereka dalam hidup," ujarnya.




"Sebahagian besar kehidupan Edith diceritakan melalui muzik.Sekiranya anda mendengarnya, anda dapat mempelajari dan mengetahui identitinya sebagai seorang individu... Seperkara yang utama ialah membiarkan semangat anda memandu anda dalam hidup. Saya harap ramai antara kita dapat kaitkan diri mereka dengan Edith dan meraih inspirasi untuk memenuhi minat dan mencapai impian mereka dalam hidup."
- Maya Raisha Zainudin, 18 tahun, yang akan membuat persembahan teater 'No Regrets - A Tribute to Edith Piaf' di Teater Alliance Francais. Beliau akan juga menyanyi tiga lagu Perancis.




TEATER MUSIKAL: NO REGRETS - A TRIBUTE TO EDITH PIAF



Di mana: Teater Alliance Française



Bila: 14 hingga 25 April 2021



Tiket: $75 (tidak termasuk bayaran pengendalian SISTIC).



Maklumat lanjut: Laman https://www.sistic.com.sg/ atau hubungi 6348-5555.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >