Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUR INSAN

Harap kumpul $500,000 untuk pelbagai kos

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



SEPERTI tahun-tahun sudah, pertubuhan pendidikan agama, Nur Insan menganjurkan program amal semasa Ramadan dalam usaha membantu golongan memerlukan di serata Singapura.



Diberi nama Ramadan Charity Ride, inisiatif yang dimulakan sejak enam tahun lalu itu melibatkan pengagihan barangan dapur kepada sasaran golongan tersebut.



Pada masa sama, Nur Insan turut mengadakan satu lagi usaha amal, Santapan Aidilfitri Nur Insan, di mana golongan memerlukan menerima lauk pauk sehari sebelum Syawal.



Bagi memastikan ia berjalan lancar, Nur Insan memerlukan sokongan para sukarelawan untuk sama-sama menjayakan acara tersebut.



Menyatakan demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Harian, Pegawai Kebajikan Nur Insan, Encik Noor Izuwan Jaafar, berkata:



"Seperti tahun-tahun sebelum ini, antara 70 dengan 100 sukarelawan turut serta dalam kededua kerja amal yang dilakukan badan ini.



"Mereka sama-sama bergotong-royong untuk memastikan segala persiapan dan pelaksanaan kerja amal kami berjalan lancar.''



Selain itu, Nur Insan akan turut sediakan santapan iftar kepada keluarga yang memerlukan di bawah senarai pangkalan data mereka setiap minggu.



"Para sukarelawan perlu ambil gambar dan laporkan kepada kami setiap agihan itu. Namun semua gambar ini tidak akan dipaparkan pada umum tanpa izin mereka.



"Jika ia dipaparkan, kami akan pastikan wajah penerima tidak terlihat," ujarnya.



Biasanya, Nur Insan menerima tajaan bagi menjayakan projek kemasyarakatannya.



Nur Insan ditubuhkan pada 2013 dengan matlamat menyediakan pendidikan Islam percuma untuk semua lapisan masyarakat.



Antara usaha tahun ini adalah memindahkan pusat timurnya ke pusat yang lebih dekat dengan masyarakat, selesa dan berupaya untuk menampung lebih ramai pelajar.



Nur Insan juga sedang dalam usaha membuka cawangan barat, namun usaha ini belum dapat dilaksanakan atas sebab sukar mencari dan mendapat tempat yang sesuai.



Sasaran Nur Insan adalah untuk mengumpulkan sebanyak $500,000.



Dana ini akan digunakan untuk bayaran sewa bulanan cawangan pusat pendidikan, gaji kakitangan dan asatizah, kos operasi dan sejumlah juga akan disalurkan untuk pembukaan lebih banyak cawangan di Singapura agar lebih ramai masyarakat Melayu/Islam terus meraih manfaat daripada usaha ini.



Dana ini terus membantu menampung program-program percuma yang dikendalikan pertubuhan itu.




DERMA DIALU-ALU



Sumbangan anda memang dialu-alukan. Sumbangan anda nanti akan membantu anak-anak Melayu/Islam membesar dengan ilmu agama di dada.



Untuk itu, sila lungsuri: https://www.nurinsan.sg/donation




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >