Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORBAN 2022: AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Hasil korban turut disalur ke pusat tahfiz

May 27, 2022 | 05:00 AM



SYARIKAT Al-Imtaq International & Services telah berada dalam pengurusan ibadah korban sekitar 16 tahun dan aktif menganjurkan ibadah korban di luar negara dalam tempoh tersebut.



Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Encik Musa Zulkifli, berkata untuk lebih diyakini, pihaknya sertakan dua keping gambar bersama sijil.



Pelaksanaan acara korban tersebut diabadikan termasuk gambar dan nama-nama peserta di laman Internetnya.



"Sebanyak $5 hasil korban akan disalurkan kepada ma'ahad tahfiz dan sijilnya akan akan dihantar (paling lambat tiga bulan) setelah berakhirnya hari pelaksanaan korban.



UBATI PENYAKIT DENGAN MEMBERI



Encik Musa menerangkan, pelaksanaan korban tentunya mendatangkan kebaikan pada penderma atau peserta di akhirat kelak. Malahan, pemberian kita kepada sesama manusia adalah penting, terutamanya dalam usaha membantu mereka yang miskin lagi fakir.



Beliau berkata, musim pandemik ini tentu memberi impak besar kepada mereka yang berdoa, doa ini juga tidak terhijab oleh Allah swt dalam hadis yang bermaksud "ubatilah penyakitmu dengan memberi".



Dengan izin Allah swt, pemberian kita tahun lalu mungkin menjadi penyebab kita berada dalam keadaan sihat hingga ke hari ini.



SANTUNI PENDUDUK PEDALAMAN



Dalam menyantuni masyarakat kurang mampu, Al-Imtaq International berkongsi kegembiraan bersama penduduk pedalaman Lombok Nusa Tenggara Barat dan di daerah pedalaman lain, yang mungkin penduduknya hanya menikmati daging ketika musim korban sahaja.



Kumpulan penerima yang bakal menikmati daging korban hasil agihan Al-Imtaq ini terdiri daripada petani, penternak dengan usia lingkungan antara 40-an hingga 60-an.



Untuk agihan daging korban kali ini, Al-Imtaq menumpukan kawasan pedalaman di Lombok, termasuk di desa-desa Kampung Bandok, Kampung Tembeng, Mamben, Temanjor, Labuan, Aikmel dan banyak lagi.



Al-Imtaq juga bercadang menghulurkan bantuan daging korban di kawasan-kawasan terpencil lain yang tidak pernah menerima bantuan pada tahun-tahun sebelumnya.



RAI KEGEMBIRAAN



Encik Musa berkata kumpulan tersebut menjadi sasaran berdasarkan pengalaman beliau melihat secara dekat keperitan hidup yang dialami para penerima bantuan itu.



Tambah beliau:



"Apa yang menyedihkan, masyarakat di sana berada dalam keadaan hidup serba kekurangan. Saya melihat sendiri kesukaran hidup yang mereka alami.



"Justeru, Al-Imtaq ingin meringankan sedikit beban mereka dengan mengagihkan bantuan daging korban agar mereka juga berpeluang menggembirakan hati di Hari Raya Aidiladha nanti.



"Semoga lebih ramai dermawan tampil membantu agar lebih ramai golongan miskin dapat menikmati agihan daging korban yang pastinya menceriakan kehidupan mereka," ujarnya.




CARA MENYUMBANG



Sumbangan atau pembayaran boleh dilakukan melalui:



  • Pemindahan wang ke akaun bank DBS yang bernombor 019-904263-9.

  • PayNow ke UEN 53202179K. Selepas transaksi berjaya, sila sertakan bukti/resit dan WhatsApp kepada 8454-3782.

    Sertakan cek di bawah nama Al-Imtaq International & Services.

  • Untuk pendaftaran atau pengambilan derma dari rumah, sila hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073.

Sebarang pertanyaan lanjut, layari http://www.al-imtaq.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >