Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Hidup' jadi paparan kehidupan Saifullah

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



Di sebalik syahdunya sebuah lagu atau rancaknya irama, tersemat kisah peribadi si pencipta lagu atau penyanyi yang mendendangkannya. Dua bakat tempatan berkongsi tentang cerita sebenar yang mencorak tema lagu terbaru mereka. BERITA HARIAN melaporkan.




KESAN calar pada pergelangan tangan bakat tempatan Saifullah Raman mengingatkannya pada kisah silam yang mendukacitakan.



Dek dibelenggu kemurungan yang melanda sewaktu meniti usia remaja dan berada di Perkhidmatan Negara (NS), pemuda yang kini berusia 26 tahun itu pernah ingin menamatkan hayatnya dengan mengelar tangan dan menelan banyak Panadol sekali gus.



Beliau, yang menyifatkan dirinya sebagai pendiam tetapi memberontak dek tekanan kehidupan, teman kaki lepak dan masalah cinta hati mendapatkan rawatan psikiatri di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Selepas kemurungan reda, Saifullah dihimpit pula masalah hutang dengan pemiutang wang berlesen bagi mengekalkan gaya hidup mewah dan bergaya anak muda.



Beliau bertukar ganti barangan seperti telefon bimbit dan komputer riba meskipun akur keadaan kewangannya tidak stabil dek kepayahan kekal lama dalam satu bidang kerja.



Perjalanan penuh jerih payah inilah yang ingin Saifullah kongsi secara jujur melalui luahan rasa dalam lagu pertamanya, Hidup, yang sudah berkumandang di corong radio.



Lagu ini hasil ciptaan mentor sebilangan penyanyi muda yang mencari arah tuju dalam muzik, Ashidy Ridwan.



Ashidy membantu Saifullah merangkaikan kata-kata yang selama ini tidak dapat diluahkan tentang kemurungan yang menjadi jerangkap kemajuannya dalam hidup.



Menurut Saifullah, kepekaan dan kepakaran Ashidy 'menangkap' kisah hidupnya yang dialihkan pada lirik Hidup mengagumkannya.



Bait-bait lirik itu mudah tetapi cerminan jalan hidup yang selama ini ingin dikongsi buat iktibar remaja dan golongan sebaya.



Ketika dihubungi melalui Zoom baru-baru ini, Saifullah berkata:



"Saya ni macam tak serik-serik. Tugasan NS bukanlah masalah. Tapi orang sekeliling baik kawan mahupun kekasih pada waktu itu memberi impak pada hidup saya sampai saya berfikir bukan-bukan.



"Saya tidak menyalahkan teman-teman atau lingkungan sosial saya yang mengamalkan budaya tidak sihat. Sebaliknya, saya selalu menyalahkan diri saya kerana membiarkan diri saya terjebak dalam masalah sebegini.



"Bagaimana pakar psikiatri cuba menasihati atau merawat, pada akhirnya, saya yakin penyembuhan dan penawar terletak pada diri saya sendiri - bagaimana saya ingin pulih, bangkit dan teruskan kehidupan.



"Mujur, saya ada teman yang menyemai semangat positif dalam diri saya. Dua tahun lamanya saya murung. Selepas satu masalah, satu lagi masalah melanda. Saya tak habis-habis susahkan ibu bapa, keluarga dan teman baik saya ini. Kerja pun tak kekal. Kesedaran itu yang membuatkan saya ingin berubah."



Saifullah, yang kini bertugas di pusat panggilan, bagaimanapun cekal ingin bina hidup baru dengan tumpuannya kini pada usaha menjadi anak seni yang mekar dengan muzik pencetus iktibar buat pendengar.



"Saya ingin berpesan kepada belia di luar sana agar bijak memilih teman, kelilingi diri anda dengan orang positif agar anda terdorong ke arah kebaikan, jangan terlalu ikut nafsu ingin jalani hidup mewah sampai berhutang serta ambil tugasan anda secara serius.



"Keadaan saya kini masih berhutang tetapi ia berada pada paras dikawal dengan pendapatan saya digunakan untuk membayar hutang.



"Yang menyedihkan, sebab perlu membereskan hutang dengan pendapatan saya, nak simpan $10 dalam bank pun tak termampu," ceritanya.



Hidup adalah kisah perjuangan Saifullah yang pernah tiada wang untuk makan dan enggan menyusahkan ibu bapanya lantas hanya makan sos cili daripada restoran makanan segera yang diperolehi percuma.



"Saya harap penyesalan ini akan menghentikan segala kemurungan dan penderitaan emosi yang saya hadapi.



"Saya pasti ada di luar sana yang menghadapi keadaan seperti saya atau lebih meruncing lagi tetapi masih takut dan malu bercerita.



"Moga luahan hati saya dalam lagu ini dapat menjadi inspirasi untuk bebaskan diri anda daripada belenggu kemurungan dan keresahan," jelas Saifullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >