Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Hidup saya untuk mak, ayah'

Kisah Rozanah yang jaga kededua ibu bapa berpenyakit, cerminan perlunya lebih sokongan bagi golongan penjaga
Oct 04, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG hayat dewasanya, Cik Rozanah Samsudin hanya tertumpu kepada menjaga kededua orang tuanya.



Lebih sedekad lalu, tanggungjawab tersebut menjadi semakin mendesak, dengan ibu dan bapanya mula dibelenggu pelbagai penyakit sehinggakan beliau tidak boleh keluar dari rumah buat masa yang terlalu lama.



Bila ke pasar berhampiran rumah, beliau perlu tergesa-gesa semasa berbelanja supaya dapat pulang ke rumah secepat mungkin.



Untuk keluar bersiar-siar atau sekadar berjumpa kawan-kawan, "jangan haraplah", kata Cik Rozanah sambil tertawa.



Namun, dalam tawanya itu, Cik Rozanah, 48 tahun, yang belum berumah tangga, terselindung rintihan insan yang keletihan dan pasrah, meskipun menerima keadaannya sebagai ketentuan yang Maha Esa.



Bapa beliau, Encik Samsudin Yusoff, 89 tahun, sudah tidak boleh bergerak dengan sendiri, dan perlu dirawat di katil setelah diserang angin ahmar sekitar lapan tahun lalu.



Beliau juga menghidap gout dan membuang air menerusi tiub justeru memerlukan penjagaan rapi setiap hari.



Ibunya pula, Cik Sakdiah Yusof, 81 tahun, perlu sering dipantau, kerana menghidap artritis dan kerap terjatuh di rumah dek keadaannya yang lemah.



Cik Rozanah, anak sulung dalam kalangan tiga beradik menginap di flat sewa dua bilik di Tampines.



"Selagi mereka hidup, saya hidup untuk mereka," katanya ringkas.



"Memang saya tak ada masa untuk diri saya sendiri, dah lama saya hidup macam ni," ujar beliau, dalam wawancara dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Sebelum berpindah ke flat sewa sekitar 2011, Cik Rozanah dan kededua ibu bapanya pernah menumpang bersama rumah saudara mereka setelah flat milik ibu bapanya dijual pada 2003.



Dahulu, ibunya mengendali gerai makan di sebuah kantin sekolah dan bapanya yang sudah lama tidak bekerja ekoran penyakit kroniknya 'kerja kontrak' menolong perniagaan pemindahan barang.



Cik Rozanah, yang tidak boleh membaca atau menulis selepas meninggalkan sekolah semasa di darjah empat dalam aliran monolingual yang dikhususkan bagi murid-murid lemah akademik ketika itu, pernah bekerja di sebuah kilang elektronik secara sambilan.



Namun, beliau sudah agak lama tidak bekerja, katanya, kerana menjaga kededua ibu bapanya adalah "tugas 24 jam".



"Saya tidak ada masa untuk berrumah tangga kerana saya ada tanggungjawab lain yang lebih penting dan berat," katanya ringkas.



Dua adik lelakinya pula, berusia 40 dan 42 tahun, masing-masing mempunyai rumah tangga sendiri dengan setiap mereka mempunyai lima anak yang perlu dijaga dan dibesarkan.



Dalam flat sewa mereka itu, ayah dan ibu Cik Rozanah tidur di bilik tidur, manakala beliau pula tidur di ruang tamu, beralaskan tilam.



Namun, perkataan rehat hampir tidak wujud dalam istilah Cik Rozanah.



"Saya perlu sentiasa berjaga-jaga, bila-bila masa perlu tukar pampers (lampin pakai buang) dia (ayahnya), beri makan dan layan ayah dan ibu berbual.



"Kadang-kadang saya kena marah sebab lakukan sesuatu yang mereka tidak berkenan," katanya lagi.



Cik Rozanah berkata, beliau bersyukur mendapat bantuan daripada Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East yang turut menanggung bayaran bil api air dan yuran penyelenggaraan flat yang beliau diami itu.



Baru-baru ini, pihak tersebut juga telah membantu melakukan kerja-kerja perbaikan semula rumah yang belum diubah elok sejak mereka berpindah ke situ.



Selain menerima bantuan itu, beliau juga menerima wang daripada anggota keluarga dan saudara-mara, malah ada jiran-jiran juga yang kerap menghulurkan bantuan kewangan, cukup untuk beliau membeli barang dapur setiap bulan.



"Jiran saya di flat sebelah pun baik hati. Bila saya perlu keluar rumah untuk ke pasar atau kedai, mereka akan tolong tengok-tengokkan orang tua saya," katanya.



Ditanya mengenai rancangannya untuk masa depan, Cik Rozanah berfikir panjang sebelum menjawab:



"Memang macam inilah hidup saya, kalau mereka tak sakit, saya fikir saya dapat keluar bekerja dan itu pun supaya mereka dapat menikmati hidup lebih selesa.



"Pasal diri saya? Itu saya sudah tidak fikirkan. Dalam fikiran saya ialah hanya untuk jaga mak dan bapak dengan baik," ujarnya.




`Project Refresh perbaiki flat golongan memerlukan



SEJAK berpindah ke flatnya lebih sedekad lalu, rumah Cik Rozanah Samsudin tidak pernah dicat baru.



Justeru, apabila diberitahu beliau antara penerima bantuan Project Refresh, Cik Rozanah tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.



Malah, Projek Refresh, yang diadakan buat kali ke-19, bukan hanya mengecat flat Cik Rozanah, malah membantu memperbaiki semula ruang-ruang di rumah yang perlu diperbaiki selain menyediakan perabot supaya rumahnya itu lebih selesa.



Lima flat di Tampines baru-baru ini telah menerima bantuan Project Refresh, yang turut membantu penduduk membersihkan rumah mereka dan membuang barang yang tidak lagi diperlukan.



Dianjurkan bersama Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Young NTUC dan pakar penghasil perabot khusus, SP Homes, projek itu disokong 25 relawan yang telah berkunjung ke rumah-rumah penerima bantuan berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >