Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Himpunan puisi 'Gandoura' hikmah di sebalik pandemik

Karya sastera pertama yang dilancarkan melalui media maya
Dec 28, 2020 | 05:30 AM



PERCAYA dengan hikmah di sebalik pandemik Covid-19, Cik Hartinah Ahmad memanfaatkan masa beliau mengeluarkan buku himpunan puisi berjudul Gandoura.



Dengan sokongan Majlis Kebudayaan Kebangsaan Singapura, pelancaran buku di bawah Ombak Scripthouse Production ini menjadi karya sastera pertama dilancarkan melalui media maya pada 12 Disember lalu.



Walaupun tumpuan Cik Hartinah lebih kepada penulisan lirik lagu dan skrip drama televisyen, sebenarnya beliau sudah lama mengimpikan untuk membuahkan penghasilan buku puisi.



Beliau menjelaskan: "Saya telah mula menulis sejak 1971 lagi dan banyak karya saya yang dimuatkan dalam buku-buku antologi di Indonesia dan Malaysia.



"Setelah saya memenangi Anugerah Pena Emas pada tahun lepas, lahirlah hasrat mengumpulkan semua bahan penulisan.



"Buku ini adalah himpunan puisi perjalanan saya ke beberapa tempat di Malaysia, Indonesia, India, Korea Selatan, Mesir, Turkey, New Zealand, Madinah dan beberapa negara lagi.



"Jumlah puisi saya tidaklah begitu banyak kerana selama hampir 40 tahun menulis, tumpuan saya hanya kepada skrip drama dan lirik lagu.



"Tetapi saya rasa sudah sampai masanya menyebarkan pemikiran yang diluahkan melalui buku ini kepada para pembaca.



"Alhamdulillah, buku Gandoura berjaya diterbitkan. Ternyata suasana Covid-19 menjadi dorongan kuat untuk saya mengumpulkan senarai puisi dan menyudahkan penghasilannya dalam masa empat hingga lima bulan.



"Terima kasih kepada semua yang membeli Gandoura, di mana semua hasil jualan disalurkan kepada beberapa badan kebajikan. Hampir 100 unit buku sudah terjual buat masa ini."



Cik Hartinah Ahmad juga menjunjung budi beberapa teman rapat yang banyak memberikan sokongan sepanjang beliau berkecimpung dalam arena persuratan sastera.



Selain mendapat bantuan suntingan daripada Dr Mohamad Saleeh Rahamad dan rekaan kulit buku oleh Encik Lan Hussain (Sinaganaga), ramai teman beliau yang sudi, seperti Encik Samsudin Said, yang banyak membantunya dalam memilih puisi-puisi yang ingin dibukukan.



"Tambahan lagi, saya amat gembira dengan kehadiran cucu saya sendiri, Cik Hani Marsya, dan teman seperjuangan, Encik Mohd Ihsan Ali, yang sudi mendeklamasi puisi dalam pelancaran ini.



"Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Jaffar Haron atas nyanyian puisinya dan Cik Zuhaina Ahmad Azmi atas kesudian mengacarakan majlis," katanya.



Dengan kerjasama semua, pelancaran buku dirasmikan oleh Dr Ahmad Magad iaitu mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol.



Turut memberikan ulasan positif dalam majlis pelancaran ini ialah Profesor Madya Dr Norhayati Ab. Rahman; Dr Raja Rajeswari Seetha Raman dan Encik Isa Kamari.



Profesor Madya Dr Norhayati, dari Universiti Malaya, berkata:



"Saya dapati sebanyak 68 peratus puisi yang dimuatkan dalam Gandoura ialah puisi berbentuk perjalanan dan 32 peratus ialah puisi yang dihasilkan di Singapura.



"Perkara ini menjadi prinsip penting untuk seorang sasterawan yang membayangkan bahawa ke mana sahaja mereka pergi, sensiviti dan daya kreativiti tidak pernah ditinggalkan."



Bekas pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Dr Raja Rajeswari, turut meluahkan kegembiraan dan sokongannya terhadap Gandoura.



Dr Raja memberitahu: "Puisi-puisi yang ditampilkan dalam Gandoura bersifat universal. Cik Hartinah melafazkan kecantikan fikiran melalui kemanisan bahasa agar khalayak boleh mengambil iktibar daripada kisah sejarah dan pelbagai isu semasa baik di Singapura mahupun serata dunia."



Manakala, tokoh sasterawan Singapura, Encik Isa Kamari, merungkaikan: "Kumpulan puisi Gandoura yang menampilkan 55 kuntum puisi perjalanan ini adalah isyarat kepada keberanian Cik Hartinah dalam menyuarakan pandangannya.



"Bahasa yang disulam sangat lembut dan matang. Perjalanan yang ditawarkan dalam buku ini bukan sekadar berbentuk lahiriah, tetapi mencangkup suara rohaniah yang halus ketika menghadapi isu atau gejala."



Sebelum menyurai kata-kata, Cik Hartinah meletakkan harapannya:



"Tidak ada kata yang mampu diungkapkan selain harapan melihat buku-buku yang telah dinobatkan dalam beberapa anugerah sastera, diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Singapura.



"Jika buku yang telah diiktiraf ini tidak diketengahkan dalam kalangan remaja, maka ia satu pembaziran kerana mereka tidak dapat melihat nilai yang terkandung dalam buku tersebut."




 HARAPAN PENULIS



"Tidak ada kata yang mampu diungkapkan selain harapan melihat buku-buku yang telah dinobatkan dalam beberapa anugerah sastera, diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Singapura.



Jika buku yang telah diiktiraf ini tidak diketengahkan dalam kalangan remaja, maka ia satu pembaziran kerana mereka tidak dapat melihat nilai yang terkandung dalam buku tersebut."
- Cik Hartinah Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >