Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Penghantar makanan kongsi cabaran di tengah-tengah pandemik

Ibu 2 anak kecil sukakan fleksibiliti kerja sebagai penghantar makanan
Jun 22, 2021 | 05:30 AM



Satu sesi dialog bersama penghantar makanan dan pemilik syarikat penghantaran makanan dan barangan, yang turut disertai oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Anggota Parlimen GRC Pasir-Ris Punggol, Encik Sharael Taha, telah dianjurkan BERITA HARIAN baru-baru ini. Dalam sesi tersebut, banyak perkara yang telah dikemukakan. Kami sempat menemu ramah tiga di antara peserta yang telah mengikuti dialog tersebut dan berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi khususnya di waktu pandemik ini.




DARIPADA bidang kejururawatan bertukar ke industri penghantaran makanan.



Begitulah laluan yang dipilih Cik Noraisha Jamil Mohamed, 33 tahun, yang telah menceburi bidang penghantaran atau juga dikenali sebagai pekerja ekonomi gig sejak 2017.



Semua penghantaran yang dilakukan Cik Noraisha adalah dengan menaiki motor kepunyaannya.



Bukan itu sahaja, selain bekerja bersama Grab, wanita bersemangat waja ini juga turut mengendalikan dua perniagaan dalam talian miliknya sendiri.



Sebelum menyertai industri penghantaran makanan, Cik Noraisha bekerja di Hospital Universiti Singapura (NUH), di bahagian unit jagaan rapi (ICU).



Menurut Cik Noraisha, pada mulanya beliau menginginkan pekerjaan yang memberikan beliau waktu untuk bersama kededua anak kecilnya.



Sejak berhenti dari hospital pada tahun 2013, beliau banyak menguruskan keluarganya selain menjalankan perniagaan online, secara sampingan. Baginya, menceburi bidang penghantaran ini merupakan satu tugasan yang murni, dan mampu memberikan dirinya fleksibiliti yang diinginkan.



''Setelah menjadi jururawat selamat enam tahun di NUH, saya nekad berhenti ketika anak sulung berusia lapan bulan dan ingin menguruskan keluarga sendiri.



''Bermula dari situ, saya juga mengasaskan dua perniagaan yang berbeza dalam talian.



''Ketika anak-anak sudah besar sedikit, saya pun menyertai bidang penghantaran makanan, kerana pekerjaan ini sangat fleksibel dan saya juga gemar menunggang motosikal.



''Tahun ini, sudah tiga tahun saya bersama Grab, dan setakat ini walaupun menjadi penghantar makanan secara sambilan, namun inilah pilihan yang terbaik untuk saya di masa ini,'' kata Cik Noraisha yang berpengalaman lebih sedekad menaiki motosikal.



PERLU RAJIN DAN TERUS PEKA DALAM PEKERJAAN



Ibu kepada dua orang anak berusia sembilan dan enam tahun ini berkata, secara rambang, seorang pekerja penghantaran boleh meraih daripada $120 hingga $200 sehari, bergantung kepada slot penghantaran yang diterima. Asal sahaja seseorang itu rajin berusaha dan perlu senantiasa peka dengan persekitaran mereka.



Selain itu juga, Cik Noraisha akur walaupun tiada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) diberikan kepada pekerja sepertinya, namun baginya, pekerja itu sendiri perlu terus bersedia dan menyedari hakikat tersebut.



Selain itu, Cik Noraisha juga turut membeli insurans tambahan untuk melindungi dirinya.



''Bekerja dalam bidang penghantaran ini memang banyak cabarannya. Selain menjaga keselamatan di jalan raya, kita juga perlu mengutamakan keselamatan diri sendiri.



''Kita perlu menyedari bahawa pekerja penghantaran sebegini tidak mempunyai CPF, dan kita perlu membuat penyesuaian dan tabungan sendiri. Antaranya, adalah dengan membeli insurans tambahan, kerana ini dapat membantu jika terjadinya kecelakaan atau ketika kita dimasukkan ke hospital.



''Dari pengalaman peribadi, pekerjaan penghantaran juga boleh mendapat pendapatan yang agak lumayan, asal sahaja kita rajin berusaha. Bagi saya, jika bekerja selama 10 jam, saya boleh memperoleh pendapatan sehingga $150 atau lebih dalam sehari, bergantung pada jadual penghantaran dan tentunya ada ruang untuk berehat di antara waktu tersebut.



''Walau apapun, keselamatan dan kesihatan diri sendiri perlu diberikan keutamaan,'' jelas pemilik perniagaan barangan penggayaan rambut juniorluxurystyle dan minuman aixatebu_official ini dengan ramah.



Cik Noraisha juga berharap, lebih banyak lagi sokongan dan bantuan dari pemerintah yang dapat disalurkan kepada pekerja penghantaran seperti dirinya.




"Setelah menjadi jururawat selamat enam tahun di NUH, saya nekad berhenti ketika anak sulung berusia lapan bulan dan ingin menguruskan keluarga sendiri. Bermula dari situ, saya juga mengasaskan dua perniagaan yang berbeza dalam talian. Ketika anak-anak sudah besar sedikit, saya pun menyertai bidang penghantaran makanan, kerana pekerjaan ini sangat fleksibel dan saya juga gemar menunggang motosikal.
- Cik Noraisha Jamil Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >