Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ikuti kursus penulisan sebab sedar media baru, filem kembang pesat

Dec 14, 2020 | 05:30 AM



BELIAU bawa kamera bukan setakat untuk main-main sahaja, juga bukan suatu fasa hobi seorang belia.



Bagi Noor Mohamed Hakimi Razmi, beliau sedar dunia media baru dan filem semakin pesat berkembang dan disebabkan itu, tercetus minatnya untuk menyertai kursus Penulisan Kreatif bagi TV dan Media Baru di Politeknik Singapura (SP).



"Dulu Instagram dan YouTube hanya aplikasi hiburan. Tapi ketika itu belum ada fungsi 'subscribe.'



"Sekarang perkataan 'subscribe' dilihat di mana-mana sahaja, termasuk beberapa wadah yang kita gunakan setiap hari seperti Netflix.



"Instagram dan YouTube pula telah menjadi ruang perusahaan, perniagaan dan pemasaran dan kini adanya jawatan seperti influencer (pempengaruh), pencipta kandungan, penerbit dan analisis media sosial dan sebagainya," katanya.



"Jadi saya kira inilah peluang saya meluahkan perasaan, menulis dan mencipta kandungan menarik untuk orang ramai," tambahnya.



Malah, menurut pelajar tahun akhir tahun itu, dunia filem juga semakin berkembang, termasuk adegan filem setempat dan beliau, menerusi kursusnya, diberi kesempatan menjadi kurator Pesta Filem True Colors yang berlangsung dari 3 hingga 12 Disember lalu.



"Saya dapat inspirasi melihat filem-filem di Netfix dan semasa menonton filem di pawagam sewaktu di sekolah menengah.



"Dengan kemahiran dalam penulisan kreatif, peluang saya pada masa depan nanti tentu tidak ada batasnya," jelas beliau, yang mempunyai impian menjadi pengarah pada masa depan nanti.



Encik Hakimi berkata, beliau ingin mencuba pelbagai media untuk meluahkan dan menerbitkan pandangannnya sama ada menerusi filem, penulisan, atau pun dalam dunia komersial seperti pencipta kandungan untuk kandungan yang berjenama atau periklanan.



Beliau berkongsi, antara pengalaman yang amat menarik semasa menjalani kursusnya ialah modul filem yang mendapat bimbingan oleh pensyarahnya, Encik Tan Bee Thiam, yang telah mengarah filem bertajuk Tiong Bahru Social Club dan diterbitkan pada Pesta Filem Antarabangsa Busan Oktober lalu.



"Encik Tan juga telah menawarkan peluang menjadi kurator pesta filem True Colors dan mendorong saya menjadi pelatih di Mediacorp Eaglevision," katanya.



Di situ, beliau bertanggungjawab mencipta kandungan prapenerbitan dan secara keseluruhan sedar akan betapa kompleks kerjanya seorang penerbit.



Namun, Hakimi berkata keputusannya menyertai kursus ini pernah mendapat tentangan ibu bapanya.



Justeru selepas beberapa tahun, anak bongsu dalam keluarga dua anak itu berjaya membuktikan beberapa hasil kerjayanya yang amat menarik dan memuaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >